Isyana Sarasvati

penyanyi dan penulis lagu wanita Indonesia

Isyana Sarasvati (lahir di Bandung, 2 Mei 1993; umur 30 tahun) ialah seorang penyanyi dan penulis lagu asal Indonesia. Beliau ialah alumni Nanyang Academy of Fine Arts, Singapura dan Royal College of Music, Britania Raya.[1][3] Beliau mengarang semua lagunya sendiri[4] dan pernah menjadi penyanyi opera di Singapura.[5][6] Dia telah mendapatkan penghargaan sebagai "Best Asian Artist Indonesia 2016", "Best Composer of the Year 2017" dari MAMA Awards dan dinobatkan dalam "30 Under 30 Asia 2020" oleh Forbes.

Isyana Sarasvati
Isyana Sarasvati di Magnofestwo 2020
Kelahiran (1993-05-02) 2 Mei 1993 (umur 30)[1]
WarganegaraIndonesia
PendidikanRoyal College of Music
Nanyang Academy of Fine Arts
Pekerjaan
PasanganRayhan Maditra Indrayanto (k. 2020)[2]
IbuLuana Marpanda
BapaSapta Dwikardana
KeluargaRara Sekar Larasati (kakak)
Anugerah
Kerjaya muzik
Genre
Instrumen
Tahun aktif2014 - kini
Syarikat rakaman
Sony Music Indonesia (2014 - 2020)
REDROSE RECORDS (2020 - kini)
Maklumat YouTube
Saluran
Pelanggan1M
Jumlah tontonan292.506.640 juta
Dikemaskini pada 12 April 2022

Sebelum umum mengenali Isyana Sarasvati sebagai penyanyi pop dan penulis lagu ternama, beliau juga telah membina reputasi sebagai seorang pemuzik solo. Isyana Sarasvati juga telah mengambil bahagian dalam banyak pertandingan muzik yang membentuknya sebagai pemuzik yang berbakat pada masa kini. Pencapaiannya termasuk menjadi komposer terbaik pada usia 15 tahun, beliau mencipta komposisi bertajuk "Wings of Your Shadow", lagu itu dipilih sebagai komposisi terbaik ke-12 di dunia daripada 3,500 kanak-kanak yang bersaing. Beliau dipilih untuk menjayakan konsert IJOC 2008 di Tokyo, Jepun. Isyana Sarasvati menandatangani perjanjian rakaman dengan Sony Music Indonesia pada tahun 2014 dan mula mengeluarkan dua single, "Keep Being You" (2014) dan "Tetap Dalam Jiwa" (2015).[7]

Pada 2 September 2018, pada Sukan Asia ke-18 di Jakarta-Palembang, Indonesia, Isyana Sarasvati menyimpulkan Majlis Penutup dengan lagu "Asia Who We Are" di hadapan penonton seorang 55.000 orang di Stadium Gelora Bung Karno.[8] Pada Julai 2019, Isyana Sarasvati menyertai panel bimbingan musim 4 The Voice Indonesia bersama Armand Maulana, Titi DJ, Nino RAN & Vidi Aldiano.[9]

Pada April 2020, Isyana Sarasvati tersenarai dalam senarai 30 Under 30 Forbes Asia versi Forbes bagi kategori Entertainment & Sports[10] dan juga tersenarai di kategori Celebrities (kategori khas).[11] Setelah 6 tahun bernaung dibawah label Sony Music Indonesia, pada 20 Oktober 2020, Isyana Sarasvati mengumumkan di akaun media sosial peribadinya bahawa beliau telah menubuhkan label muzik sendiri yang bernama REDROSE RECORDS. Alasan ia memberikan nama REDROSE ialah apa yang dirintisnya dapat mekar dan berkembang indah seperti bunga mawar.[12]

Mengenai sunting

Isyana Sarasvati dilahirkan di Bandung, Jawa Barat pada 2 Mei 1993. Beliau menghabiskan zaman kanak-kanaknya di pelbagai lokasi, kerana ibu bapanya bekerja dan meneruskan pengajian mereka di Belgium. Bagaimanapun, pada usia 7 tahun keluarganya berpindah ke Bandung, Indonesia. Isyana Sarasvati ialah anak perempuan bongsu kepada Luana Marpanda, seorang guru muzik dan Sapta Dwikardana, Ph.D seorang pensyarah dan ahli terapi (grafologis). Beliau mempunyai kakak sulung, Rara Sekar Larasati, MA dalam Antropologi Kebudayaan. seorang penyelidik dan pemuzik yang merupakan seorang vokalis kumpulan bernama Banda Neira. Dibesarkan dalam keluarga pendidik, Isyana Sarasvati diperkenalkan kepada muzik pada usia 4 tahun oleh ibunya. Isyana Sarasvati telah menguasai beberapa instrumen, termasuk piano, elekton, seruling, biola, dan saksofon. Pada 26 September 2015, Isyana lulus dari NAFA dengan gelaran "Bachelor of Music" (B.Mus) dan menerima Anugerah Siswazah Terbaik & Kedutaan Peru.

Kerjaya muzik komersial Isyana Sarasvati di industri musik Indonesia berawal dari beberapa lagu saduran popular Billboard pada era 2012 dan 2013 serta beberapa lagu lain yang dimuat naik di akaun YouTube dan SoundCloud miliknya. Kemudian penerbit (A&R) Sony Music Indonesia tertarik dengan bakat Isyana Sarasvati untuk mempelawanya sebagai artis rakaman. Namun, kerana beliau tidak memberikan jawapan mengenai statusnya yang pada masa itu masih fokus pada tahun terakhir pelajarannya, Sony Music Asia Pacific juga turut serta untuk melamarnya sehingga Isyana Sarasvati secara rasmi meneyrtai Sony Music Entertainment Indonesia pada tahun 2014.[13]

Diskografi sunting

Album studio sunting

Tajuk Butiran album
Explore!
Paradox
LEXICON

Single sunting

Tajuk Kedudukan tertinggi carta Tahun Album Label
"Paseban Cafe" - 2014 Fariz RM & Dian PP in Collaboration With Target Pop
"Keep Being You"[16] 15 Explore! Sony Music Entertainment Indonesia
"Tetap Dalam Jiwa"[17] 1 2015
"Kau Adalah"[18]
(bersama Rayi Putra dari RAN)
12
"Mimpi"[19] - 2016
"Tanah Airku" - OST My Trip My Adventure: The Lost Paradise
"Pesta" - 2017 Explore!
"The Way I Love You" -
"Anganku Anganmu"[20][21]
(bersama Raisa)
3 Paradox Sony Music Entertainment Indonesia,
Juni Records
"Sekali Lagi" 9 OST Critical Eleven & Paradox Sony Music Entertainment Indonesia
"Terpesona"
(bersama Gamaliel Tapiheru dari GAC [fr; id])
30 Paradox
"Masih Berharap"[22] - OST Ayat-Ayat Cinta 2 MD Music Indonesia
"Lembaran Buku" - 2018 Paradox Sony Music Entertainment Indonesia
"Heaven"[23]
(bersama Afgan dan Rendy Pandugo)
10 Dekade Sony Music Entertainment Indonesia,
Trinity Optima Production
"Winter Song" - Paradox Sony Music Entertainment Indonesia
"Asia's Who We Are" 9 Asian Games 2018: Energy of Asia
"Luruh"
(bersama Rara Sekar)
5 Milly & Mamet (Original Motion Picture Soundtrack) Sony Music Entertainment Indonesia
"Feel So Right"[24]
(bersama Afgan dan Rendy Pandugo)
- 2019 EP AIR Sony Music Entertainment Indonesia,
Trinity Optima Production
"Never Let Go"
(bersama Afgan dan Rendy Pandugo)
-
"Lagu Cinta"
(bersama Afgan dan Rendy Pandugo)
45
"A Whole New World"[25]
(bersama Gamaliel Tapiheru dari GAC [fr; id])
1 Aladdin (versi Indonesia) Walt Disney Records
"untuk hati yang terluka." 27 OST Nanti Kita Cerita tentang Hari Ini & LEXICON Sony Music Entertainment Indonesia
"ragu Semesta" 66 LEXICON
"Sikap Duniawi" 36
"Lagu Malam Hari" - 2020
"UNLOCK THE KEY" - Single non-album REDROSE RECORDS
"1+1"
(bersama Rayhan Maditra)
- 2021 Single non-album REDROSE RECORDS
" IL SOGNO" - Single non-album REDROSE RECORDS

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Peranan Catatan Terbitan Ruj.
2018 Milly & Mamet Rika Kameo Starvision Plus
Miles Films
[26]
2020 Nanti Kita Cerita tentang Hari Ini Anak Awan Kameo Visinema Pictures [27]

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Catatan Rangkaian
2015 Berpacu Dalam Melodi Dirinya sendiri Peserta NET TV
2015 The East Dirinya sendiri Bintang Tamu (Episod 41) NET TV
2019 The Voice Indonesia Dirinya sendiri Juri (coach) GTV

Siri Web sunting

Tahun Tajuk Peranan Catatan Rangkaian Ruj.
2017 Isyana’s Story of Two Rainbows Dirinya sendiri (Episod 1 - 5) Cornetto Indonesia [28]
2018 Call Me Ai: A Story of The Expert Ai (Episod 1 - 3) Oppo Indonesia

Rujukan sunting

  1. ^ a b Jawa Pos. "Isyana Sarasvati, Bersinar karena Bakat Musik". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-08-03. Dicapai pada 2019-07-16.
  2. ^ Sah! Isyana Sarasvati & Rayhan Maditra Resmi Menikah Kompas. 2 Februari 2020. Dicapai pada 3 Februari 2020.
  3. ^ "Isyana Sarasvati, Totally untuk Musik". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-02. Dicapai pada 2019-07-16.
  4. ^ Pendatang Baru Isyana Sarasvati Menulis Semua Lagu di Album Perdananya
  5. ^ "Isyana Sarasvati – Singapore Lyric Opera". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-03-18. Dicapai pada 2019-07-16.
  6. ^ Isyana Sarasvati, 'Mariah Carey' dari Indonesia
  7. ^ Generation-T list of Isyana Sarasvati
  8. ^ Isyana Sarasvati manggung di Closing Ceremony Asian Games bikin orang nangis
  9. ^ "Isyana Sarasvati Gantikan Anggun di The Voice Indonesia". SINDOnews.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2019-07-03.
  10. ^ Isyana Sarasvati listed on Forbes 30 under 30 Asia in Entertainment & Sports category
  11. ^ Isyana Sarasvati listed on Forbes 30 under 30 Asia in Celebrities category
  12. ^ "Isyana Sarasvati Dirikan Label Musik Sendiri". pramborsfm (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2020-10-27.
  13. ^ "Awal Karir Bermusik Isyana Sarasvati". Literature Negeri. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-04-11. Dicapai pada 2020-04-11.
  14. ^ "Explore! by Isyana Sarasvati". iTunes Store.
  15. ^ "Paradox by Isyana Sarasvati". iTunes Store.
  16. ^ "Keep Being You – Single by Isyana Sarasvati" (dalam bahasa Indonesia). Apple Music.
  17. ^ "Tetap Dalam Jiwa – Single by Isyana Sarasvati" (dalam bahasa Indonesia). Apple Music.
  18. ^ Sudrajad, Risang (November 27, 2015). "Ajak Rayi RAN, 'Kau Adalah' Isyana Sarasvati Bawa Indahnya Cinta" [Invite Rayi of RAN, Isyana Sarasvati's 'Kau Adalah' brings beauty of love]. KapanLagi.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada February 1, 2018.
  19. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-02-02. Dicapai pada 2019-07-16.
  20. ^ Daftar Lengkap Pemenang SCTV Music Awards 2017
  21. ^ "Anganku Anganmu – Single by Raisa & Isyana Sarasvati" (dalam bahasa Indonesia). Apple Music.
  22. ^ Setiawan, Tri Susanto (November 2, 2017). ""Masih Berharap", Nyanyian Isyana Sarasvati untuk Ayat Ayat Cinta 2" ["Masih Berharap", lagu Isyana Sarasvati untuk 'Ayat Ayat Cinta 2']. Kompas (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada February 1, 2018.
  23. ^ Afgan, Isyana & Rendy Pandugo berkolaborasi bersama
  24. ^ Afgan, Isyana & Rendy membuat project EP AIR
  25. ^ Gamaliel & Isyana collaborate for Aladdins A Whole New World
  26. ^ "'Milly & Mamet', Film Perdana Isyana Sarasvati". kumparan.
  27. ^ "Isyana Sarasvati Muncul Menjadi Sosok teka-teki pada Film NKCTHI". detik.com. April 19, 2020.[pautan mati kekal]
  28. ^ "Beradegan romantis, tingkah malu Jaz dan Isyana bikin warganet baper". brilio.net. November 27, 2017.

Pautan luar sunting