Ivan Lanin (lahir di Jakarta, Indonesia, 16 Januari 1975; umur 49 tahun; lahir dengan nama Ivan Razela Lanin)[1] merupakan seorang pakar internet Indonesia.[3] Ivan Lanin terutamanya dikenali sebagai seorang aktivis yang menganjurkan penggunaan bahasa Indonesia baku serta memperkenalkan padanan Indonesia daripada istilah-istilah asing antara lain di beberapa laman web seperti Facebook dan Twitter.[4]

Ivan Lanin
Ivan Lanin (2018)
Kelahiran
Ivan Razela Lanin[1]

(1975-01-16) 16 Januari 1975 (umur 49)
PasanganAnanda Prilianti[2]
Anak-anakArka Baskara Lanin[2]
Laman web rasmiivan.lanin.org

Ivan mula menulis di Wikipedia bahasa Indonesia sejak tahun 2006 (dia berdaftar dengan nama pengguna "IvanLanin" pada 18 Februari 2006)[5] dengan suntingan pertamanya di WBI pada rencana Pajak.[6][7][8] Sejak saat itulah dia barulah benar-benar memerhatikan bahasa Indonesia.[2] Pada tahun 2007, beliau bergabung dengan Milis Bahtera yang beranggotakan para pemerhati bahasa Indonesia.[4] Pada akhir tahun 2008, Wikimedia Indonesia dibangunkan oleh 19 orang, dua di antaranya adalah Ivan Lanin dan Revo Arka Giri Soekatno.[9][10] Dalam Rapat Umum Anggota pada akhir tahun 2008, beliau terpilih menjadi Pengarah Eksekutif Wikimedia Indonesia.[9] Ivan berundur diri dari kedudukan tersebut pada akhir tahun 2009 kerana kesibukannya.[2] Pada pertengahan tahun 2009, beliau diterima kuliah di Magister Teknologi Maklumat Universiti Indonesia.[2] Pada masa yang hampir sama, beliau pun diterima menjadi penyunting Google berbahasa Indonesia.[2]

Untuk membantu meluaskan pengetahuan mengenai bahasa, Ivan mengembangkan "Kateglo" yang merupakan singkatan dari "kamus", "tesaurus", dan "glosarium".[2] Dia mengembangkan Kateglo bersama rakannya, Romi Hardiyanto yang merupakan penterjemah Firefox ke dalam bahasa Indonesia.[4] Ivan pertama kali mendapat idea membuat Kateglo pada 9 Mei 2009.[2] Dia lalu mencipta struktur pangkalan data Kateglo hanya dalam masa 3 hari. Ivan bertanggungjawab mencipta program, sedangkan Romi melakukan debugging programnya.[2]

Pendidikan sunting

Pekerjaan sunting

  • Chief Technology Officer, APB Group[2]
  • Editor Google Indonesia[2]

Lihat juga sunting

  • IvanLanin, akaun milik Ivan Lanin di Wikipedia bahasa Indonesia

Nota sunting

  1. ^ a b "Finally, next challange on Flickr" (dalam bahasa Inggris). Dicapai pada 2010-06-26.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ a b c d e f g h i j k l m n Andre M. Mantiri, penyunting (2010). "Ivan Lanin, Bangga Berbahasa Indonesia". CHIP Indonesia (dalam bahasa Indonesia) (ed. 04-2010). m/s. 42-43.
  3. ^ "Wikipedia Indonesia Terbesar Ketiga di Asia" (dalam bahasa Indonesia). 2007-11-20. Dicapai pada 2010-04-27. Pada rencana ini ditulis bahawa Ivan Lanin merupakan seorang pensyarah ICT.
  4. ^ a b c d e f "Ivan Lanin: Indonesian language evangelist" (dalam bahasa Inggeris). 2010-01-25. Dicapai pada 2010-04-24.
  5. ^ "Log pengguna baru pengguna IvanLanin" (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2010-04-24.
  6. ^ "Daftar suntingan IvanLanin di Wikipedia bahasa Indonesia" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2010-04-24.[pautan mati]
  7. ^ "Kontribusi pengguna IvanLanin" (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2011-01-08.
  8. ^ "Pajak - Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas" (dalam bahasa Indonesia). 2006-02-23. Dicapai pada 2010-04-24.
  9. ^ a b "Peresmian Wikimedia Indonesia" (dalam bahasa Indonesia). Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-27. Dicapai pada 2010-04-24.
  10. ^ "Daftar pendiri Wikimedia Indonesia" (dalam bahasa Indonesia). Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-07-12. Dicapai pada 2010-04-24.

Pautan luar sunting