Józef Piłsudski

Polish revolutionary, statesman, independence fighter, Field Marshal, first Chief of State and leader of the Second Polish Republic, and leader of its armed forces

Józef Klemens Piłsudski (5 Disember 1867 – 12 Mei 1935) merupakan seorang ketua negara Poland, Marsyal Poland yang pertama dan ketua negara Republik Kedua Poland. Beliau juga Menteri Hal Ehwal Ketenteraan Poland. Pada pertengahan Perang Dunia Pertama, beliau menjadi orang utama dalam politik Poland. Beliau juga merupakan tokoh utama yang mengasaskan Republik Kedua Poland pada 1918, 123 tahun selepas ia diambil oleh Rusia, Austria dan juga Prusia. Di bawah era beliau, Poland menakluk Vilnius dari Lithuania kerana Lithuania menolak ajakan Poland ke dalam negara yang baru dibina olehnya. Beliau percaya Poland merupakan negara yang pelbagai budaya serta pelbagai etnik dan kaum.

Józef Piłsudski
Ketua Negara
Ketua Negara Republik Kedua Poland
Dalam jawatan
14 November 1918 – 11 Disember 1922
Perdana MenteriIgnacy Daszyński, Jędrzej Moraczewski, Ignacy Jan Paderewski, Leopold Skulski, Władysław Grabski, Wincenty Witos, Antoni Ponikowski, Artur Śliwiński, Julian Nowak
Didahului olehKemerdekaan
Digantikan olehGabriel Narutowicz
(Presiden)
Perdana Menteri Poland
Dalam jawatan
15 Ogos 1930 – 4 Disember 1930
PresidenIgnacy Mościcki
Didahului olehWalery Sławek
Digantikan olehWalery Sławek
Perdana Menteri Poland
kali ke-2
Dalam jawatan
2 Oktober 1926 – 27 Jun 1928
PresidenIgnacy Mościcki
Didahului olehKazimierz Bartel
Digantikan olehKazimierz Bartel
Butiran peribadi
LahirJózef Klemens Piłsudski
(1867-12-05)5 Disember 1867
Zułów, Empayar Rusia
(sekarang Zalavas, Lithuania)
Meninggal dunia12 Mei 1935(1935-05-12) (umur 67)
Warsaw, Poland
Parti politikTiada (dahulu PPS)
PasanganMaria Koplewska (m.1899-d.1921)
Aleksandra Szczerbinska (m.1921–1935)
Anak-anakWanda
Jadwiga
Tandatangan

Pada kerjaya politiknya peringkat awal, Piłsudski menjadi ketua Parti Sosialis Poland. Beliau kemudian mengasakan Legion Poland selepas tentera negaranya berperang dengan baik. Pada 1914, beliau bersedia menghadapi kebangkitan perang di Eropah apabila Empayar Rusia menyerah kalah daripada Kuasa Tengah dan kemudian Kuasa Tengah menyerah kalah kepada Tentera Bersekutu. Ketika Perang Dunia Pertama bermula, beliau dan tenteranya menentang kawalan di bawah kuasa Austria dan Rusia.

Dari November 1918, ketika Poland mengisytiharkan kemerdekaan sehingga 1992, Piłsudski menjadi ketua negara Poland. Pada 1919–21, beliau memerintah tentera Poland untuk berjaya pada enam sempadan negara itu untuk membentuk negara Poland. Beliau juga menjadi tokoh utama yang berjaya mengalahkan tentera Soviet pada perang 1920. Sehingga kematiannya pada 1935, beliau menjadi pemimpin ketenteraan dan hubungan luar negara.