Jürgen Klinsmann (Sebutan bahasa Jerman: [ˈjʏʁɡŋ̩ ˈkliːnsˌman], lahir 30 Julai 1964) merupakan seorang bekas pemain dan pengurus bola sepak Jerman. Sebagai seorang pemain, Klinsmann bermain untuk beberapa kelab terkemuka Eropah dan sebahagian daripada pasukan Jerman Barat yang menjuarai Piala Dunia FIFA 1990 dan merangkul trofi UEFA Euro 1996 selepas penyatuan Jerman. Salah satu daripada penyerang utama pasukan Jerman ketika era 1990an, beliau menjaringkan gol dalam keenam-enam kejohanan antarabangsa yang disertainya dari UEFA Euro 1988 sehinggalah kejohanan Piala Dunia 1998. Pada tahun 1995, beliau di tempat ketiga dalam anugerah Pemain Terbaik Dunia FIFA. Pada tahun 2004, beliau dipilih Pelé dalam senarai FIFA 100.[1]

Jürgen Klinsmann
Maklumat peribadi
Tarikh lahir (1964-07-30) 30 Julai 1964 (umur 59)
Tempat lahir Göppingen, Jerman Barat
Ketinggian 1.81 m (5 ka ​11 516 in)
Posisi permainan Penyerang
Kerjaya remaja
1972–1974 TB Gingen
1974–1978 SC Geislingen
1978–1981 Stuttgarter Kickers
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1981–1984 Stuttgarter Kickers 61 (22)
1984–1989 VfB Stuttgart 156 (79)
1989–1992 Internazionale 95 (34)
1992–1994 AS Monaco 65 (29)
1994–1995 Tottenham Hotspur 41 (21)
1995–1997 Bayern Munich 65 (31)
1997–1998 Sampdoria 8 (2)
1997–1998Tottenham Hotspur (pinjaman) 15 (9)
2003 Orange County Blue Star 8 (5)
Jumlah 514 (232)
Pasukan kebangsaan
1980–1981 Jerman Barat B16 3 (0)
1984–1985 Jerman Barat B21 8 (3)
1987–1988 Olimpik Jerman 14 (8)
1987–1990 Jerman Barat 26 (7)
1990–1998 Jerman 82 (40)
Pasukan diurus
2004–2006 Jerman
2008–2009 Bayern Munich
2011–2016 Amerika Syarikat
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Klinsmann mengendalikan pasukan kebangsaan Jerman yang menduduki tempat ketiga dalam saingan Piala Dunia 2006. Pada 12 Julai 2006, beliau secara rasminya meletak jawatan sebagai ketua jurulatih Jerman dan jawatan tersebut digantikan oleh pembantunya, Joachim Löw. Beliau seterusnya mengambil alih jawatan ketua jurulatih Bayern Munich pada Julai 2008 apabila Ottmar Hitzfeld telah dipecat. Pada 27 April 2009, beliau telah dipecat[2] bahkan pada waktu itu, beliau berjaya memungut lima kemenangan daripada tujuh perlawanan liga sebelum ini dan hanya ketinggalan tiga mata berbanding pendahulu liga, VfL Wolfsburg. Hal ini tidak menolak timbulnya perselisihan antara jurulatih dan pihak pengurusan kelab. Pada 29 Julai 2011, Persekutuan Bola Sepak Amerika Syarikat menamakan Klinsmann sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan Amerika Syarikat.[3] Pada tahun 2013, beliau meraih kejohanan Piala Emas CONCACAF 2013 dan dinamakan sebagai Jurulatih Terbaik CONCACAF 2013. Beliau turut membimbing Amerika Syarikat untuk mara ke pusingan 16 Piala Dunia 2014 di Brazil.

Pada 21 November 2016, Klinsmann dipecat daripada jawatan ketua jurulatih pasukan kebangsaan Amerika Syarikat selepas tewas kepada Mexico dan Costa Rica dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2018.[4]

Kehidupan awal sunting

Jurgen Klinsmann telah dilahirkan pada 30 Julai 1964 di Goppingen, Jerman Barat. Ibu bapanya adalah Siegfried Klinsmann dan Martha Klinsmann. Bapanya merupakan seorang pembuat roti dan mempunyai kedai bakerinya sendiri. Jurgen mempunyai tiga abang.

Beliau mula bermain bola sepak sejak kecil dan pada usia lapan tahun, beliau bermain untuk kelab bukan-profesional, TB Gingen sebelum beliau menjadi penjaring gol prolifik kelab. Pada usia sepuluh tahun, beliau berpindah ke SC Geislingen. Apabila Jurgen mencapai usia 14 tahun, keluarganya berpindah ke Stuttgart berikutan keputusan ayahnya ingin membuka bakerinya di bandar itu. Jurgen seterusnya menandatangani kontrak bersama kelab Stuttgarter Kickers pada usia 16 tahun.

Kerjaya kelab sunting

Stuttgart sunting

Klinsmann memulakan kerjaya profesionalnya pada tahun 1982 bersama kelab divisyen kedua, Stuttgarter Kickers apabila beliau bermain bersama kelab itu sejak tahun 1978 sebagai pemain muda. Pada musim 1982–83, beliau menjadi pemain utama kelab dan menjaringkan 19 gol pada musim seterusnya. Horst Buhtz, bekas jurulatih Stuttgarter Kickers mengimbas kembali bahawa Klinsmann mendapat manfaat daripada latihan pecut intensif daripada Horst Allman, yang merupakan salah satu yang terbaik jurulatih pecut di Jerman pada masa itu. Pada awal musim baru ini, beliau berjaya meningkatkan larian 100 m beliau dari 11.7 ke 11.0 saat.

Pada tahun 1984, Klinsmann berpindah ke kelab divisyen pertama, VfB Stuttgart. Pada musim pertamanya, beliau menjaringkan 15 gol dan menyertai Karl Allgöwer sebagai penjaring terbanyak kelab buat musim pertamanya. Walaupun beliau mencatatkan persembahan menarik, beliau tidak mampu menghalang kelabnya daripada menamatkan saingan liga di tempat kesepuluh. Ketika musim 1985–86 dan 1986–87, beliau menjaringkan 16 gol dan melangkah ke perlawanan akhir DFB-Pokal 1986 sebelum tewas kepada Bayern Munich 2–5 dan Klinsmann menjaringkan gol terakhir perlawanan. Pada musim 1987–88, beliau menjaringkan 19 gol dan dinobatkan sebagai penjaring terbanyak Bundesliga.

Pada tahun 1988 iaitu ketika berusia 24 tahun, Klinsmann dinamakan sebagai Pemain Bola Sepak Terbaik Jerman. Selepas melangkah ke perlawanan akhir Piala UEFA pada tahun 1989 (tewas kepada Napoli dibintangi pemain legenda Diego Maradona 1-2 dan 3-3), Klinsmann berpindah ke kelab Itali, Internazionale dan sertai dua pemain antarabangsa Jerman di situ, Lothar Matthäus dan Andreas Brehme.

Internazionale sunting

Klinsmann menandatangani kontrak tiga tahun bersama Inter. Walapun banyak taktik Giovanni Trapattoni berorientasikan bertahan, Klinsmann menjaringkan 13 gol dan Nerazzurri menamatkan musim di tempat ketiga di Serie A. Beliau seterusnya menjadi salah satu pemain asing popular di Itali kerana beliau mempelajari bahasa Itali sehinggakan dirinya dihormati oleh rata-rata peminat.

Pada musim seterusnya, Klinsmann meraikan kejayaan Piala UEFA pada tahun 1991 selepas menewaskan Roma 2-1 secara agregat. Dalam saingan liga pula, beliau menyumbat 14 gol. Kontrak Klinsmann dilanjutkan sehingga tahun 1994. Bencana musim 1991-92 meruntuhkan semua rancangan tersebut. Inter gagal menguruskan sebarang momentum di bawah jurulatih Corrado Orrico sebelum Inter menamatkan musim di tempat kelapan liga di samping Klinsmann hanya menjaringkan tujuh gol. Jelaslah bagi Klinsmann bahawa beliau akan meninggalkan Stadio Giuseppe Meazza dalam masa yang singkat.

Monaco sunting

Selepas kejohanan UEFA Euro 1992, Klinsmann berpindah ke AS Monaco dan menamatkan musim di tempat kedua Liga Perancis pada musim pertamanya. Selepas skandal rasuah Olympique Marseille dan pembatalan sebagai juara liga, Monaco mengganti mereka dalam Liga Juara-Juara pada tahun berikutnya. Monaco melangkah ke peringkat separuh akhir sebelum tewas dengan Milan yang akhirnya juara. Pada musim seterusnya, Monaco hanya menduduki tempat kesembilan liga. Klinsmann yang mengalami kecederaan ligamen terpaksa berehat selama dua bulan. Pada tahun 1994, beliau meninggalkan kelab sedikit awal dengan kontraknya yang masih berbaki satu tahun.[5]

Tottenham Hotspur sunting

Agak mengejutkan, Klinsmann berpindah ke kelab Liga Perdana Inggeris, Tottenham Hotspur untuk menghadapi musim 1994–95, yang mana peminat dan pihak media mengkritik Klinsmann kerana beliau beraksi dalam perlawanan separuh akhir Piala Dunia FIFA 1990 apabila pasukan Jerman Barat mengetepikan England dan sebahagiannya Klinsmann dikritk adalah beliau sengaja berlakon dijatuhkan.[6] Beliau telah dibeli Spurs pada Julai 1994 dari Monaco dengan harga 2 juta paun sterling.[7] Dalam penampilan sulungnya menentang Sheffield Wednesday, beliau menjaringkan gol menerusi tandukan dan segera memenangi hati peminat Spurs.[8][9] Seorang wartawan Guardian menulis sebuah artikel yang berjudul "Mengapa Saya Benci Jürgen Klinsmann", sebelum beliau menulis artikel lain dua bulan kemudian yang bertajuk "Mengapa Saya Sayang Jürgen Klinsmann".[10] Klinsmann seterusnya meraih anugerah Pemain Terbaik Tahunan FWA 1995.[11]

Oleh sebab kelucuannya dan gaya permainnya yang agresif, Klinsmann dengan cepat menjadi popular di England. Kira-kira 150 ribu jersinya telah dijual.[12] Beliau kini memegang status legenda di Spurs dan dimasukkan ke dalam Muzium Lilin Madame Tussauds.[13]

Klinsmann menjaringkan 21 gol pada musim 1994-95 untuk Spurs dan 30 gol dalam semua kejohanan termasuk jaringan kemenangan pada lewat permainan menentang Liverpool pada aksi suku akhir Piala FA. Beliau juga menjaringkan gol pada peringkat separuh akhir kejohanan tetapi Spurs akhirnya tumpas 4-1 kepada Everton.[14]

Tahun-tahun akhir sunting

Klinsmann mempunyai perjalanan kerjaya yang baik ketika di Bayern Munich pada musim 1995–96 dan 1996–97. Pada kedua-dua musim, beliau merupakan penjaring terbanyak kelab. Selain itu, kelabnya menjuarai Piala UEFA 1995-96 dan mencatatkan rekod jaringan 15 gol dalam 12 perlawanan ketika kejohanan (rekod bertahan sehingga tahun 2011).[15] Setahun kemudian, beliau sebahagian daripada pasukan Bayern yang merangkul kejuaraan Bundesliga pada tahun 1997. Beliau seterusnya berpindah ke Sampdoria sebelum berpindah ke Tottenham semula pada musim sejuk. Ketika tempoh keduanya di Tottenham pada musim 1997-98, jaringan gol Klinsmann menyelamatkan Tottenham daripada penyingkiran khususnya empat jaringannya ketika menewaskan Wimbledon 6-2.[16] Beliau beraksi dalam perlawanan terakhirnya pada tahun 1998 iaitu pada hari terakhir Liga Perdana menentang Southampton.[17]

Selepas bersara dan berpindah ke Amerika Syarikat (A.S.), Klinsmann bermain secara berseronok untuk kelab Orange County Blue Star pada tahun 2003, sebuah kelab amatur dalam divisyen keempat A.S.[18]

Kerjaya antarabangsa sunting

Klinsmann mempunyai kerjaya antarabangsa yang cukup baik. Beliau pertama kali menerima tugas antarabangsa pada tahun 1987 dan telah beraksi dalam 108 perlawanan antarabangsa menjadikan Klinsmann pemain keempat mengumpul kaps antarabangsa terbanyak bersama Jerman di belakang Lothar Matthäus, Miroslav Klose dan Lukas Podolski. Klinsmann menjaringkan 47 gol buat pasukan Jerman Barat dan Jerman dalam perlawanan antarabangsa dan berkongsi kedudukan tempat keempat penjaring gol terbanyak Jerman sepanjang masa dengan Rudi Völler dan berada di belakang Miroslav Klose (71 gol), Gerd Müller (68) dan Podolski (48). Beliau menjaringkan sebelas gol dalam saingan Piala Dunia dan berada di senarai keenam penjaring gol terbanyak Piala Dunia sepanjang zaman.

Pada tahun 1987, beliau beraksi dalam penampilan sulungnya buat Jerman menentang Brazil yang berkesudahan seri 1-1. Beliau mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik 1988 yang meraih pingat gangsa. Klinsmann beraksi dalam tiga edisi Kejohanan Eropah iaitu pada 1988, 1992 dan 1996 (Jerman dinobatkan juara edisi tersebut). Klinsmann merupakan pemain pertama yang menjaringkan gol dalam tiga edisi Kejohanan Eropah berbeza. Seterusnya empat pemain lain iaitu Vladimír Šmicer, Thierry Henry, Nuno Gomes dan Cristiano Ronaldo menyamakan rekod ini.

Beliau merupakan tonggak utama pasukan Jerman Barat ketika Piala Dunia FIFA 1990. Selepas layak ke pusingan 16, Jerman berhadapan dengan pasukan Belanda, lawan yang menyingkirkan mereka daripada saingan Euro 1988. Perlawanan ini antara perlawanan antarabangsa terbaik Klinsmann. Selepas Rudi Völler dibuang padang pada minit ke-22, Klinsmann dipaksa bermain sebagai penyerang bersendirian. Namun itu tidak mematahkan semangat beliau. Beliau menjaringkan gol pembukaan perlawanan dan melancarkan ancaman berbahaya ke gawang gol Belanda sehinggalah wisel penamat ditiupkan. Selepas melakar kemenangan ke atas Czechoslovakia (1–0) dan England (1–1 selepas masa tambahan, 4–3 dalam penentuan penalti), Klinsmann menjadi juara dunia selepas menumbangkan Argentina 1-0 pada perlawanan akhir. Klinsmann diingati akibat dikasari oleh pemain Argentina, Pedro Monzón yang akhirnya dibuang padang sebelum pasukan Argentina terpaksa beraksi dengan sepuluh pemain. Ramai pihak mengkritik insiden Klinsmann dikasari yang menyaksikan beliau terjatuh dalam kotak penalti.

Klinsmann seterusnya mengambil bahagian dalam Piala Dunia 1994 (lima gol) dan 1998 (tiga gol). Beliau menjadi pemain pertama yang menjaringkan sekurang-kurangnya tiga gol dalam tiga edisi Piala Dunia berturut-turut sebelum rekod tersebut disertai Ronaldo dari Brazil dan rakan senegara, Miroslav Klose. Klinsmann kini penjaring gol keenam tertinggi dalam saingan Piala Dunia dan penjaring gol ketiga terbanyak dalam kalangan pemain Jerman di belakang Klose (16 gol) dan Gerd Müller (14 gol).

Kerjaya jurulatih sunting

Pasukan kebangsaan Jerman sunting

Pada 26 Julai 2004, Klinsmann kembali ke Jerman sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan Jerman yang baru menggantikan bekas rakan sepasukannya, Rudi Völler. Klinsmann kemudiannya memulakan program agresif untuk merombak pengurusan pasukan. Beliau membawa bekas penyerang Jerman, Oliver Bierhoff ke dalam barisan pengurusan pasukan. Tambahan lagi, beliau menubuhkan pergerakan belia untuk memberi nafas kepada pasukan Jerman setelah dilanda bencana pada kejohanan UEFA Euro 2004. Dalam menghadapi Piala Dunia 2006, Klinsmann dilempar kritikan oleh penyokong dan media Jerman berikutan beberapa keputusan hambar pasukan seperti kekalahan 4-1 kepada Itali. Beliau mengumumkan pemain-pemain muda yang beraksi untuk Piala Dunia 2006 berdasarkan poisi pemilihannya berdasarkan persembahan bukan reputasi.

Ketika kejohanan Piala Konfederasi 2005, Klinsmann sering memutar penjaga gol mengikut persembahan mereka. Pada 7 April 2006, Klinsmann akhirnya menentukan untuk meletakkan Oliver Kahn di bangku simpanan dan memilih Jens Lehmann sebagai pilihan pertama penjaga gol. Pemilihan ini ditentukan selepas persembahan Lehmann dalam aksi Liga Juara-Juara 2006 yang mana Arsenal layak ke perlawanan akhir sebelum tumpas kepada Barcelona.

Dalam saingan Piala Dunia 2006, kritikan terhadap pasukan kendalian Klinsmann terus membisu. Hal ini kerana Jerman mencatatkan keputusan kemenangan berterusan dalam saingan peringkat kumpulan menentang Costa Rica, Poland dan Ecuador sekali gus meletakkan Jerman sebagai juara kumpulan A. Dalam saingan seterusnya, mereka mengetepikan cabaran Sweden dengan kemenangan bergaya 2-0. Mereka seterusnya melakar kemenangan dramatik ke atas Argentina menerusi penentuan penalti selepas terikat seri 1-1 hasil jaringan penyamaan Miroslav Klose pada minit ke-80.[19]

 
Klinsmann saat menjadi pengurus Bayern Munich.

Pada perlawanan separuh akhir bertemu Itali, pasukan Jerman terpaksa akur menerima kekalahan 2-0 hasil jaringan lewat masa tambahan oleh Fabio Grosso dan Alessandro Del Piero.[20] Selepas perlawanan tersebut, Klinsmann memuji persembahan pemain mudanya. Mereka seterusnya menewaskan Portugal 3-1 pada perlawanan penentuan tempat ketiga dan Kahn beraksi menggantikan tempat Lehmann.[21] Kemenangan itu mencetuskan perarakan besar-besaran di Berlin di mana Klinsmann dan pasukan kendaliannya diberi penghormatan orang ramai.

Setelah itu, Franz Beckenbauer sebelum ini yang lantang mengkritik Klinsmann mengatakan keinginan beliau untuk melihat Klinsmann terus menjadi jurulatih Jerman. Bukan itu sahaja, orang ramai turut menyatakan sokongan secara meluas terhadap Klinsmann disebabkan semangat juang pasukannya dan gaya permainan yang menarik. Prestasi kukuh pasukan itu dianggap oleh sesetengah pihak telah memperbaharui "kebanggaan negara" dan memulihkan reputasi Jerman sebagai sebuah negara besar dalam arena bola sepak. Disebabkan kejayaan mengendalikan pasukan kebangsaan, Klinsmann dianugerahkan Bundesverdienstkreuz.

Walaupun Klinsmann mempamerkan prestasi yang cemerlang semasa mengendalikan Jerman di Piala Dunia dan memperoleh banyak pujian, Klinsmann enggan memperbaharui kontraknya dan beliau memaklumkan kepada DFB mengenai keputusannya pada 11 Julai 2006. Keputusan tersebut secara rasminya diumumkan DFB pada 12 Julai 2006. Pembantu Klinsmann, Joachim Löw dilantik menjadi ketua jurulatih baru dalam sidang yang sama.[22][23]

Bayern Munich sunting

Pada Julai 2008, Klinsmann mengambil alih jawatan ketua jurulatih Bayern Munich dengan menggantikan Ottmar Hitzfeld.[24] Klinsmann mmereka pembangunan pemain baru dan pusat prestasi Bayern bagi membentuk pasukan baru untuk menghadapi kempen Bundesliga dan Liga Juara-Juara UEFA. Di bawah kendaliannya, Bayern melangkah ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara dan mereka tewas kepada FC Barcelona yang akhirnya menjadi juara edisi tersebut. Klinsmann dipecat pada 27 April 2009 dengan berbaki lima perlawanan. Perlawanan terakhirnya ialah kekalahan 1–0 kepada FC Schalke 04. Bayern menghuni tempat ketiga liga saat pemecatannya. Sepanjang mengendali Bayern, beliau mencatatkan 25 kemenangan, sembilan seri dan sepuluh kekalahan dalam semua kejohanan.

Toronto FC sunting

Pada November 2010, Klinsmann dilantik menjadi konsultan teknikal bagi kelab Major League Soccer, Toronto FC untuk memberi nasihat mengenai baik pulih latihan dan kakitangan kelab tersebut yang membawa perlantikan Aron Winter sebagai ketua jurulatih dan Paul Mariner sebagai pengarah teknikal pada tahun berikutnya.[25] Seterusnya, Winter dan Mariner dipecat oleh pihak kelab apabila Toronto menghuni tempat tercorot pada musim 2012.

Pasukan kebangsaan Amerika Syarikat sunting

Pada 29 Julai 2011, Klinsmann telah dinamakan sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan Amerika Syarikat (A.S.) sekali gus meletakkannya sebagai jurulatih ke-35 dalam sejarah membimbing pasukan negara "Uncle Sam".[26]

Pasukan A.S. pada mulanya bergelut dengan empat kekalahan dan satu seri sebelum menamatkan tahun 2011 dengan kemenangan ke atas Slovenia. Pada 29 Februari 2012, pasukan A.S. memulakan kebangkitannya dengan kemenangan bersejarah 1-0 ke atas Itali. Kejayaan ini merupakan kemenangan pertama ke atas juara dunia empat kali itu sejak tahun 1934.[27] Pada 15 Ogos 2012, Klinsmann mengendali A.S. melakar kemenangan bersejarah sekali lagi kali ini ke atas musuh ketat Mexico, 1-0 di Estadio Azteca, sekali gus meletakkan kemenangan pertama A.S. ke atas Mexico di stadium tersebut. Tahun 2012 Klinsmann membimbing Amerika Syarikat mencapai peratusan kemenangan terbaik mereka dalam sejarah.

Pada 2 Jun 2013, pasukan A.S. beraksi dengan cemerlang di bawah pengurusan Klinsmann apabila menentang negara tanah airnya, Jerman yang berkesudahan A.S. menang 4-3. Pada 28 Julai, Klinsmann membimbing A.S. untuk meraih Piala Emas CONCACAF kelima dengan menewaskan Panama 1-0 pada aksi final.[28] Pada 10 September 2013, selepas menang 2-0 ke atas Mexico, Amerika Syarikat menempah tempatnya ke Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil. Pada 12 Disember 2013, Klinsmann menandatangani kontrak baru bersama Persekutuan Bola Sepak Amerika Syarikat sehingga tahun 2018.[29]

Klinsmann dilontar kritikan pada Mei 2014 apabila beliau meminggirkan Landon Donovan daripada senarai akhir pemain A.S. ke Piala Dunia.[30] Klinsmann mengungkapkan perkara ini sebagai "keputusan sukar dibuat sebagai jurulatih" tetapi beliau melihat pemain-pemain lain lebih ke hadapan berbanding Donovan.[31] Klinsmann seterusnya menghadapi kontroversi lagi apabila anaknya, Jonathan menghantar komen di Twitter menghina Donovan[32] menyebabkan beberapa pihak membuat spekulasi bahawa keputusan itu dipengaruhi oleh permusuhan peribadi antara Klinsmann dan Donovan.[33]

 
Klinsmann saat mengendali pasukan Amerika Syarikat.

Pada 16 Jun, Klinsmann mengendali pasukan Amerika Syarikat meraih kemenangan 2-1 ke atas Ghana dalam aksi pembukaan Piala Dunia 2014. Pada 22 Jun, pasukannya mencatat keputusan seri 2-2 bertemu Portugal pada perlawanan seterusnya. Pada 26 Jun, pasukan A.S. berhadapan dengan Jerman. Biarpun tumpas 1-0, harapan ke pusingan 16 masih terbuka kerana Portugal berjaya menewaskan Ghana 2-1.[34]

Pasukan Amerika Syarikat dicabut bertemu dengan Belgium dalam peringkat kalah mati. Selepas 90 minit perlawanan, skor masih menunjukkan keputusan tanpa jaringan sekali gus membawa ke masa tambahan. Pasukan Belgium yang kerap melancarkan serangan bertali arus akhirnya menjaringkan dua gol pada masa tambahan. Namun, Julian Green berjaya menghasil gol buat A.S. menerusi gol voli menarik. Namun, pasukan A.S. gagal mencari gol penyamaan sebelum mereka tersingkir daripada saingan.[35]

Pasukan A.S. mencatat kemenangan 1-0 ke atas Republik Czech dalam perlawanan persahabatan pada 3 September dan kejayaan ini merupakan kemenangan pertama A.S. ke atas negara Czech. Pada 5 Jun 2015, Klinsmann mengendali A.S. melakar kemenangan dramatik 4-3 ke atas Belanda di Amsterdam dan menang ke atas Jerman selang lima hari kemudian.[36]

Pasukan Amerika Syarikat melangkah ke peringkat akhir kelayakan Piala Dunia 2018 pada November 2016. Klinsmann seterusnya menyusun pasukan dengan membawa masuk pemain muda seperti Christian Pulisic, pemain remaja yang sering dimasukkan ke dalam kesebelasan utama Borussia Dortmund, Jordan Morris, Pemain Remaja Terbaik MLS 2016 dan Gyasi Zardes, penyerang untuk pasukan Los Angeles Galaxy. Pasukan A.S. terpaksa memulakan kempen akhir kelayakan Piala Dunia 2018 dengan berhadapan dua penghuni ranking tertinggi CONCACAF iaitu Mexico dan Costa Rica. Walaupun tewas kedua-dua perlawanan tersebut, pasukan A.S. masih mempunyai lapan perlawanan dan berpotensi mengutip 24 mata untuk layak ke Piala Dunia 2018.

Namun, Persekutuan Bola Sepak A.S. secara rasminya melucutkan Klinsmann dari jawatan pengurus pasukan kebangsaan A.S. pada 21 November 2016 dan menggantikan beliau dengan Bruce Arena, bekas pengurus pasukan A.S. yang dipecat selepas kempen Piala Dunia 2006.

Statistik kerjaya sunting

Kelab sunting

Kelab Musim Liga Piala Piala Liga Eropah Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
  Stuttgarter Kickers 1981–82 6 1 0 0 6 1
1982–83 20 2 2 1 22 3
1983–84 35 19 2 2 37 21
Jumlah 61 22 4 3 65 25
  VfB Stuttgart 1984–85 32 15 4 2 2 0 38 17
1985–86 33 16 6 4 39 20
1986–87 32 16 1 2 4 1 37 19
1987–88 34 19 1 0 35 19
1988–89 25 13 4 2 8 4 37 19
Jumlah 156 79 16 10 14 5 186 94
  Internazionale 1989–90 31 13 4 2 2 0 37 15
1990–91 33 14 4 0 12 3 49 17
1991–92 31 7 5 1 1 0 37 8
Jumlah 95 34 13 3 15 3 123 40
  Monaco 1992–93 35 20 0 0 4 0 39 20
1993–94 30 10 0 0 10 4 40 14
Jumlah 65 30 8 0 14 4 79 34
  Tottenham Hotspur 1994-95 41 21 6 5 3 4 50 30
  Bayern Munich 1995–96 32 16 1 0 12 15 45 31
1996–97 33 15 4 2 2 0 39 17
Jumlah 65 31 5 2 14 15 84 48
  Sampdoria 1997-98 8 2 0 0 1 0 9 2
  Tottenham Hotspur 1997-98 15 9 3 0 18 9
Jumlah kerjaya 506 228 47 18 3 4 58 27 614 227

Antarabangsa sunting

Pasukan kebangsaan Jerman Barat
Tahun Kmncln Gol
1987 2 0
1988 8 2
1989 4 1
1990 12 4
Jumlah 26 7
Pasukan kebangsaan Jerman
Tahun Kmncln Gol
1990 3 2
1991 4 0
1992 13 2
1993 10 6
1994 14 11
1995 9 6
1996 14 7
1997 7 2
1998 8 4
Jumlah 82 40

Gol antarabangsa sunting

Jurulatih sunting

Sehingga 15 November 2016.
Pasukan Dari Hingga Rekod
BP M S K BJ GB PG Menang %
  Jerman 26 Julai 2004[37] 11 Julai 2006[38] &&&&&&&&&&&&&034.&&&&&034 &&&&&&&&&&&&&020.&&&&&020 &&&&&&&&&&&&&&08.&&&&&08 &&&&&&&&&&&&&&06.&&&&&06 &&&&&&&&&&&&&081.&&&&&081 &&&&&&&&&&&&&041.&&&&&041 +40 &&&&&&&&&&&&&058.82000058.82
  Bayern Munich 1 Julai 2008[39] 27 April 2009[40] &&&&&&&&&&&&&044.&&&&&044 &&&&&&&&&&&&&025.&&&&&025 &&&&&&&&&&&&&&09.&&&&&09 &&&&&&&&&&&&&010.&&&&&010 &&&&&&&&&&&&&096.&&&&&096 &&&&&&&&&&&&&050.&&&&&050 +46 &&&&&&&&&&&&&056.82000056.82
  Amerika Syarikat 29 Julai 2011[41] 21 November 2016 &&&&&&&&&&&&&098.&&&&&098 &&&&&&&&&&&&&055.&&&&&055 &&&&&&&&&&&&&016.&&&&&016 &&&&&&&&&&&&&027.&&&&&027 &&&&&&&&&&&&0178.&&&&&0178 &&&&&&&&&&&&0109.&&&&&0109 +69 &&&&&&&&&&&&&056.12000056.12
Jumlah &&&&&&&&&&&&0176.&&&&&0176 &&&&&&&&&&&&0100.&&&&&0100 &&&&&&&&&&&&&033.&&&&&033 &&&&&&&&&&&&&043.&&&&&043 &&&&&&&&&&&&0355.&&&&&0355 &&&&&&&&&&&&0200.&&&&&0200 +155 &&&&&&&&&&&&&056.82000056.82

Pencapaian sunting

Pemain sunting

Kelab sunting

Internazionale
Bayern Munich[42]

Antarabangsa sunting

Jerman Barat/Jerman[43]

Individu sunting

Jurulatih sunting

Antarabangsa sunting

Amerika Syarikat

Individu sunting

Catatan sunting

  1. ^ "Pele's list of the greatest". BBC Sport. 4 March 2004. Dicapai pada 15 June 2013.
  2. ^ "Coach Klinsmann sacked by Bayern". BBC Sport. 27 April 2009. Dicapai pada 27 April 2009.
  3. ^ "Klinsmann named coach of U.S Men's National Team". US Soccer. 29 July 2011. Dicapai pada 1 August 2011.
  4. ^ Borden, Sam (21 November 2016). "Jurgen Klinsmann Fired as U.S. Soccer Coach". The New York Times. Dicapai pada 21 November 2016.
  5. ^ Thürmer/Götting: Jürgen Klinsmann – Vom Weltmeister zum Superstar. 1996, p. 75f
  6. ^ name=442interview
  7. ^ Blickensdörfer: Jürgen Klinsmann, 1995, p. 55f
  8. ^ name=442interview
  9. ^ "Jürgen Klinsmann Bio". TalkFootball. 10 February 2011.
  10. ^ Anthony, Andrew (7 March 2004). "Klinsmann: the rise...and the falls". London: Guardian.co.uk. Dicapai pada 24 March 2010.
  11. ^ name="Observer">"Klinsmann: The rise...and the falls". Observer. London. 7 March 2004. Dicapai pada 19 March 2008.
  12. ^ Thürmer/Götting: Jürgen Klinsmann – Vom Weltmeister zum Superstar. 1996, p. 99
  13. ^ Hersh, Philip (1 June 1998). "Jürgen Klinsmann Bio". Chicago Tribune.
  14. ^ "Jurgen KLINSMANN – Tottenham Hotspur FC – Biography 1994/95, 1997/98". sporting-heroes.net. Dicapai pada 6 February 2012.
  15. ^ Ridley, Ian (13 August 1995). "Club-by-club guide: The prospects, the players to watch, the arrivals and departures". The Independent. London.
  16. ^ "Brave Barnsley go down as Klinsmann saves Spurs". Agence France-Presse. 2 May 1998.
  17. ^ "Klinsmann The Player – Official website". Official website. 10 February 2011.
  18. ^ name=442interview
  19. ^ "Germany 1–1 Argentina". BBC Sport. 30 June 2006. Dicapai pada 3 November 2009.
  20. ^ "Germany 0–2 Italy (aet)". BBC Sport. 4 July 2006. Dicapai pada 3 November 2009.
  21. ^ "Germany 3–1 Portugal". BBC Sport. 8 July 2006. Dicapai pada 3 November 2009.
  22. ^ "Klinsmann quits due to 'burned out' feeling". CBS SportsLine.com wire reports. 11 July 2006. Dicapai pada 12 July 2006.
  23. ^ "Shock for Germany – Klinsmann quits as German coach". Spiegel Online. 12 July 2006. Dicapai pada 12 July 2006.
  24. ^ "Klinsmann to take charge of Bayern". The Guardian. 11 January 2008. Dicapai pada 17 June 2014.
  25. ^ Rigg, Zac Lee (3 January 2011). "Report: Aron Winter To Become Toronto FC Technical Director". Goal. Dicapai pada 28 December 2016.
  26. ^ "Klinsmann Named Head Coach of US Men's National Team". ussoccer.com. 29 July 2011. Dicapai pada 29 July 2011.
  27. ^ "Klinsmann Italy win means a lot". miamiherald.com. 4 March 2012. Dicapai pada 23 March 2012.
  28. ^ "United States win fifth Gold Cup title". Fox Sports. 28 July 2013. Dicapai pada 30 July 2013.
  29. ^ "U.S. Soccer and Jurgen Klinsmann Agree to Four-Year Contract Extension". United States Soccer Federation. 12 December 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-12. Dicapai pada 12 December 2013.
  30. ^ Fatsis, Stefan (23 May 2014). "Why Jürgen Klinsmann Never Trusted Landon Donovan". Slate. The Slate Group. Dicapai pada 26 May 2014.
  31. ^ Borg, Simon (22 May 2014). "World Cup: Jurgen Klinsmann explains decision to leave LA Galaxy star Landon Donovan off US national team roster". MLSSoccer.com. MLSSoccer.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-30. Dicapai pada 2017-05-31.
  32. ^ Oshan, Jeremiah (23 May 2014). "Jurgen Klinsmann expresses disappointment over son's tweet about Landon Donovan". SBNation. SBNation.com.
  33. ^ Galarcep, Ives (23 May 2014). "Klinsmann's son causes a stir with tweet mocking Donovan's World Cup omission". Soccer By Ives. soccerbyives.net.
  34. ^ "Group State – Group G USA vs Germany". fifa.com. FIFA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-06-25. Dicapai pada 26 June 2014.
  35. ^ "USA coach Jurgen Klinsmann proud after exit". BBC Sport. 1 July 2014. Dicapai pada 2 July 2014.
  36. ^ "Wood winner lifts United States to historic victory in Germany". ESPN FC. 10 June 2015. Dicapai pada 8 July 2015.
  37. ^ name="Klinsmann wird neuer DFB-Teamchef"
  38. ^ name="Klinsmann quits as Germany coach"
  39. ^ name="Bayern München - Trainerhistorie"
  40. ^ name="Bayern München - Trainerhistorie"
  41. ^ name="Klinsmann trainiert das US-Team"
  42. ^ name="fussballdaten.de"
  43. ^ "J. Klinsmann". Soccerway. Dicapai pada 20 January 2015.
  44. ^ "The Player". Klinsmann.com. Dicapai pada 21 January 2015.
  45. ^ name="Fußballer_des_Jahres"
  46. ^ "FORMER RESULTS". IFFHS.de. Dicapai pada 21 January 2015.
  47. ^ "Weah crowned in Milan". FIFA.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-12. Dicapai pada 21 January 2015.
  48. ^ "Fairs/UEFA Cup Topscorers". RSSSF. 5 January 2014. Dicapai pada 21 January 2015.
  49. ^ Leme de Arruda, Marcelo (20 October 2015). "FIFA XI´s Matches - Full Info". RSSSF. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 November 2015. Dicapai pada 26 October 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  50. ^ ""The CONCACAF Awards 2013"". concacaf.com. 13 December 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-14. Dicapai pada 13 December 2013.

Pautan luar sunting

Kedudukan sukan
Didahului oleh
Lothar Matthäus
Kapten Jerman
1994–1998
Diikuti oleh:
Oliver Bierhoff