James Wheeler Woodford Birch atau J.W.W. Birch (3 April 18262 November 1875) ialah Residen British pertama di Perak.

James Wheeler Woodford Birch

Birch dilahirkan pada 3 April 1826. Bapanya ialah seorang paderi, Reverend James Wheeler Birch, paderi gereja All Saints di Hertford, England.

Birch pernah berkhidmat dengan Tentera Laut DiRaja British buat seketika, dan ditugaskan berkhidmat di atas kapal HMS Alfred yang ditugaskan meronda pantai di Amerika Selatan. Jawatan-jawatan yang pernah disandang oleh Birch ialah:

  • Disember 1846 – Pesuruhjaya Jabatan Jalanraya, Ceylon (sekarang Sri Lanka)
  • November 1852 – Penulis di Jabatan Perkhidmatan Awam, ditempatkan di Pejabat Wakil Kerajaan, Jaffna
  • April 1853 – Majistret Polis di Jaffna
  • Oktober 1853 - Galle.
  • Januari 1854 - Mallakam.
  • Januari 1854 - Chavakachcheri (memangku).
  • Ogos 1854 - Pemangku Penolong Wakil Kerajaan in Trincomalee – Perlantikan disahkan dalam bulan Disember 1854.
  • Mac 1856 – Hakim Daerah Batticaloa.
  • Januari 1859 to Mei 1862 - Pemangku Penolong Wakil Kerajaan, Batticaloa
  • September 1864 - Pemangku Penolong Wakil Kerajaan, Ratnapura.
  • Ogos 1865 - Kurunegala
  • Julai 1866 – Pemangku Penolong Wakil Kerajaan, Hambantota.
  • Oktober 1867 – Pemangku Wakil Kerajaan dan Pemungut Cukai, Wilayah timur. Perlantikan disahkan dalam bulan Jun 1868.
  • Mei 1870 to 1874 – Setiausaha Kolonial, Negeri-Negeri Selat.
  • November 1874 to 1875 – Residen British Pertama di Perak, dibunuh oleh orang-orang Melayu yang menentang penjajahan British

Maut di Pasir Salak sunting

Pada November 1874, Birch dilantik sebagai Residen British yang pertama di Perak. Tugasnya ialah mengutip cukai dan mentadbir Perak serta mengutip zakat

Birch mentadbir negeri tanpa mengambil tahu peraturan kerajaan negeri yang telah lama diamalkan. Beliau juga tidak berusaha belajar adat resam orang Melayu dan Raja-raja Melayu. Birch mengeluarkan arahan menuntut semua hasil cukai dan pendapatan negeri dikutip pegawai kerajaan. Hukuman akan dikenakan kepada mereka yang mengutip cukai tanpa mengikut peraturan British.

Tindak-tanduk Birch dan kelibatnya tidak menyenangkan orang Melayu. Beliau juga mendapat tentangan daripada Sultan Abdullah, yang pada masa itu merupakan Sultan Perak di bawah pemerintahan British.

Birch terus bertindak agresif dan mentadbir dengan bantuan polis untuk menakutkan orang. Dato Maharaja Lela and Datuk Sagor (Seri Agar), ketua Kampung Gajah membantah arahan daripada Birch dan pegawainya.

Pada 1 November 1875, Birch dan kumpulannya sampai di Pasir Salak. Orang Melayu yang bersenjata ketika itu sudah berkumpul di tepi sungai berhampiran dengan bot Birch dan mengoyakkan semua surat arahan British yang ditampal. Mereka kemudian membaling lembing ke arah Birch dan menghumbankannya ke dalam sungai.

Birch dikatakan dibunuh dalam insiden gigitan 75 yang menyebabkan kehilangan lobus hadapan otaknya.[1] Birch telah dibunuh oleh Pandak Indut, peneman kepada Dato Maharaja Lela. Pembunuhan ini turut dilancarkan oleh rakan-rakan Dato Maharaja Lela iaitu Datuk Sagor, Siputum, Pandak Endut, Laksamana Mohamad Amin, Ngah Ibrahim, Ngah Jabor. Birch dibunuh di dalam kamar mandi di atas kapalnya, SS Dragon pada 2 November 1875. Kerani Melayunya, Mat Arshad, turut terbunuh dalam peristiwa tersebut.

Urutan pembunuhan Birch dimulai dengan pembunuhan Mat Arshad. Mat Arshad telah dibunuh Pandak Indut semasa melarikan diri ke kapal SS Dragon. Pandak Indut telah menikam Mat Arshad sehingga mati. Pak Endut kemudiannya meneriakkan agar yang lain pergi membunuh Birch. Masing-masing melepaskan lembing mereka ke arah bot tempat permandian Birch dimulai oleh Pak Endut lalu diikuti oleh Kulup Ali (Che Ali), Nhgah Jabor dan Panjang Bur. Akibat rejaman lembing tersebut, Birch telah jatuh ke dalam sungai. Beliau kemudian timbul semula di belakang bot tersebut sebelum ditikam oleh Pandak Indut dan ditetak sebanyak dua kali di kepala dan tengkoknya oleh Seputum. Selepas pembunuhan tersebut, mayat Birch ditemukan pada jarak 200 ela oleh Dein Patundo anak Raja Dein.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ Abdullah Zakaria Ghazali (1979). "Pembunuhan J.W.W. Birch: suatu kajian tentang pembunuhannya". Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies. 09: 59–72. ISSN 2180-0251. 521.
  • Frederic Boase, (1892), 'Modern English biography: containing many thousand concise memoirs of persons who have died since... 1850'. Jilid 1: A-H. Truro: Netherton dan Worth.
  • Ceylon Civil Lists 1870.
  • Colonial Office List 1874.
  • Straits Settlement Blue Books.

Bacaan lanjut sunting