Park Jin-young (Hangul: 박진영, Hanja: 朴軫永, lahir 13 Disember 1971[A]) juga dikenali sebagai J.Y. Park dan The Asiansoul (atau JYP sahaja) ialah seorang penyanyi, penulis lagu, penari, penerbit rakaman di Korea Selatan dan CEO semasa serta pengasas JYP Entertainment, salah satu agensi hiburan yang paling besar di Korea Selatan.[1] Sepanjang tempoh 11 tahun beliau telah menjadi seorang penerbit, komposer, dan artis yang terkenal, menjadi satu-satunya penerbit dari Asia yang berjaya memembusi pasaran AS. Sebagai ketua JYP Entertainment, Beliau telah mengembangkan dan menguruskan artis K-pop yang sangat berjaya termasuk Rain, Wonder Girls, 2PM, Miss A, Got7, Suzy, Stray Kids, Day6, Twice, Itzy, Boy Story dan NiziU.[2][3][4]

J. Y. Park
Park pada tahun 2011
Kelahiran
Park Jin-young

(1971-12-13) 13 Disember 1971 (umur 52)[A]
Seoul, Korea Selatan
PendidikanUniversiti Yonsei
Pekerjaan
Tahun aktif1992–sekarang
Kerjaya muzik
Juga dikenali sebagai
  • JYP
  • The Asiansoul
Genre
Instrumen
  • Vokal
  • piano
Tahun aktif1992–sekarang
Syarikat rakaman
JYP
Pengkarya berkait
Nama Korea
Hangul
Hanja
Perumian SemakanBak Jin-yeong
McCune–ReischauerPak Chinyŏng
Laman web rasmiJYP.jype.com

Kehidupan dan pendidikan awal sunting

Park Jin-young dilahirkan di Seoul pada 13 Disember 1971. Ayahnya adalah wartawan berita yang berpusat di Amerika Syarikat. Pada usia 9 tahun, Park Jin-young berpindah bersama ibunya ke New York berikutan perkerjaan ayahnya. Mereka tinggal di sana selama tiga tahun sebelum Park kembali ke Seoul untuk ke sekolah menengah. Dia kemudian belajar di Universiti Yonsei, selama itu dia mengeluarkan dua album pertamanya. Dia lulus dengan sarjana geologi pada tahun 1996.[5] Dia mempunyai seorang kakak perempuan.

Diskografi sunting

Album studio sunting

  • 1994: Blue City
  • 1995: Tantara
  • 1997: Summer Jingle Bell
  • 1998: Even After 10 Years
  • 1998: Kiss Me
  • 2001: Game
  • 2007: Back To Stage

Album mini sunting

  • 2012: Spring
  • 2013: Halftime

Album single sunting

  • 2009: Sad Freedom

Nota sunting

  1. ^ a b Park Jin-young dilahirkan pada 13 Disember 1971, sementara tarikh lahirnya ialah 13 Januari 1972.

Pautan luar sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Herman, Tamar (2018-01-18). "TWICE Leads JYP Entertainment To Become No. 2 K-Pop Agency". Forbes (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-05-07.
  2. ^ Yang, Jeff (2008-03-27). "Future Pop". Portfolio. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-04-01. Dicapai pada 2018-05-07.
  3. ^ Chandran, Nyshka (2016-10-24). "The future of K-pop might not be Korean, according to star-maker JYP". CNBC. Dicapai pada 2018-05-07.
  4. ^ "TWICE's Label JYP Entertainment Rises to No. 1 Market Capitalization Among K-Pop Agencies".
  5. ^ Nakayama, William. "Pop Monster Park Jin-Young". Goldsea (dalam bahasa Inggeris). Asian Media Group. Dicapai pada 2018-05-07.