J Revolusi

Filem aksi Malaysia 2017 arahan Zulkarnain Azhar

J Revolusi[1][2] ialah sebuah filem aksi Malaysia 2017 terbitan bersama Grand Brilliance dan Infinitus Productions arahan Zulkarnain Azhar. Filem ini dibintangi oleh Haji Zul Ariffin, Iedil Putra, Nur Fazura, Izara Aishah dan Farid Kamil.[3] Filem yang menelan belanja RM2.7 juta ini mula ditayangkan di pawagam pada 2 Mac 2017.[4]

J Revolusi
PengarahZulkarnain Azhar
Lakon layarAlfie Palermo
Dihasilkan oleh
Dibintangi
Disunting olehNazim Shah
Muzik olehOnn San
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehPrimeworks Studios
Tarikh tayangan
Masa tayangan
100 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 2.70 Juta
Pecah panggungRM 7.00 Juta

Treler rasmi filem ini dimuat naik di akaun YouTube tayangan rasmi Grand Brilliance (kini dikenali sebagai Primeworks Studios - Film) pada 22 Januari 2017.[5] Sebuah aplikasi permainan mudah alih berdasarkan daripada filem ini, telah dilancarkan pada 17 Januari 2017. Kesinambungannya, J2: J Retribusi dikeluarkan pada 1 Jun 2021, manakala filem ketiganya dalam perancangan.

Sinopsis sunting

Mengisahkan tentang Jay Zulkarnain lakonan Haji Zul Ariffin yang merupakan seorang ketua pegawai Unit Tindakan Khas (UTK). Pasukannya begitu digeruni penjenayah kerana kepakaran mereka berdepan dengan musuh. Konflik bermula apabila kakak Jay, Dian lakonan Nur Fazura yang juga seorang ejen ditangkap oleh pengganas misteri dikenali sebagai Andra lakonan Farid Kamil. Andra merupakan ketua dalam satu kumpulan pengganas yang telah menghasilkan satu virus diberi namanya Ultra Virus. Jay ditugaskan dalam memberkas kumpulan Andra bagi mengelakkan penularan virus tersebut. Walau bagaimana pun, Dian telah dijadikan tebusan oleh Andra sebagai pertukaran dengan Ultra Virus yang telah dirampas oleh UTK.

Dalam misi menyelamat kakaknya itu, Jay terperangkap dan dituduh menyebabkan kematian skuad pasukannya. Selepas insiden tersebut, maka tercetuslah pelbagai tuduhan dan insiden mengejutkan yang menghantui Jay. Bersama pasukannya Eddie lakonan Izara Aishah dan Jiman lakonan Iedil Putra, Jay berusaha menyelamatkan Dian daripada Andra.

Pelakon sunting

Penerbitan sunting

J Revolusi merupakan arahan sulung Zulkarnain Azhar dan juga terbitan sulung Primeworks Studios dan Infinitus Entertainment, syarikat milik Datuk Sri Robin Tan bersama pelakon terkenal Hong Kong, Mr. Andy Lau yang bertindak sebagai penasihat dan turut membimbing produksi dalam mendapat garapan cerita terbaik yang boleh menambat hati penonton. Filem yang menelan kos belanjawan sebanyak RM 3 juta ini menjalani penggambaran awal tahun 2016 dan mengambil masa 60 hari untuk disiapkan, melibatkan kawasan di kapal korek di Tanjung Tualang, Perak.[9] Selain itu, filem ini turut menjalani penggambaran di sekitar KLCC dan beberapa lokasi lain di Kuala Lumpur.[9] Pembikinannya turut mendapat kerjasama Unit Tindakan Khas (UTK) dengan penampilan istimewa bintang One FC Mixed Martial Arts (MMA), Peter Davis dan Saiful Merican. Zulkarnain berkata, beliau bersyukur apabila filem ini berjaya disiapkan dalam tempoh ditetapkan.[9] Beliau juga mahu J Revolusi berkembang menjadi sebuah francais filem pada masa akan datang.[9]

Penerbit filem ini, Gayatri Su-Lin Pillai menjelaskan huruf J dalam filem itu membawa maksud Jefri Zain iaitu berdasarkan watak yang dilakonkan Allahyarham Jins Shamsuddin dalam filem Jurang Bahaya.[10] Beliau berkata dalam temuramah dengan Projek MMO:[10]

"Tetapi bila kami mahu buat cerita perisik, macam tidak sesuai pula buat masa ini. Jadi kami gunakan jalan cerita pasukan Unit Tindakan Khas (UTK),[10]

Keluaran sunting

Sambutan sunting

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar memuji J Revolusi kerana hasil garapannya yang menarik perhatian penonton ke pawagam. Beliau turut memuji pengarahnya, Zulkarnain yang menyuntik elemen termasuk drama dan romantik yang menjadi daya penarik jalan cerita secara keseuruhan.[11]

Selain penonton Melayu, filem ini juga turut mencuri tumpuan di kalangan penonton bukan Melayu. Pengurus Besar, Kandungan Inovasi dan Digital Primeworks Distribution, Marini Ramlan berkata, selepas empat minggu ditayangkan, ramai penonton terutama dalam kalangan masyarakat Cina turut menonton filem berkenaan.[12]

Kutipan sunting

J Revolusi ditayangkan pada 2 Mac 2017 di semua pawagam seluruh negara, berjaya meraih kutipan RM1.4 juta dalam tempoh tiga hari tayangan.[13][14] Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Datuk Ahmad Izham Omar, maklum balas penonton di media sosial sangat memberangsangkan malah ramai memuji kehebatan persembahan barisan pelakon filem ini.[15] Beliau berkata:[15][16]

"Ramai penonton berpuas hati dengan jalan cerita filem ini. Malah, mereka turut meluahkan rasa bangga kerana produksi tempatan sudah mampu menghasilkan filem bertaraf antarabangsa,"[15]

Sehingga 5 Mac 2017, filem ini telah mencatatkan rekod kutipan terbaharu apabila meraih RM2 juta dalam masa empat hari sejak ditayangkan.[17]

Ulasan sunting

Rafzan Tomomi memberi 4.5 dari lima bintang, mengulas bahawa pemilihan Zul Ariffin sebagai teraju utama filem ini amat tepat, dan memuji filem ini kerana mempunyai jalan cerita yang menarik, di samping mempunyai 'pusingan plot' di pertengahan ceritanya.[18] Aqmar Mustaza dari Sinar Harian menulis bahawa J Revolusi menyuntik adrenalin penonton serta teruja untuk mengetahui perkara yang akan berlaku seterusnya, beliau turut memuji Azad Jasmin yang memegang watak Skodeng dalam filem ini kerana tampil dengan komedi dan lawak yang bersahaja.[19]

Permainan video sunting

J Revolusi
Pembangun
  • Media Prima Labs
  • PlaySide Studios
PenerbitMedia Prima Digital
PlatformPermainan mudah alih
Pelepasan17 Januari 2017
GenreAksi

Aplikasi permainan 'first person shooter' (FPS) berasaskan filem yang pertama di Malaysia telah dibangunkan oleh Media Prima Berhad menerusi anak syarikatnya, Media Prima Digital dan Media Prima Labs dengan kerjasama pembangun permainan video Australia, PlaySide Studios.[20][21] Permainan mudah alih J Revolusi membolehkan pemain memilih dua watak utama filem itu, Eddie dan Jay yang bertugas dalam Skuad Khas Elit Malaysia menyelesaikan misi menggunakan pelbagai senjata seperti M4 Carbine, MP5, Glock 18, SPAS12 dan Remington 700. Lebih menarik, watak Eddie dan Jay menyerupai pelakon utama filem ini, iaitu Zul Ariffin dan Izara Aishah, selain suara mereka berdua turut digunakan dalam permainan itu. Selain kesan grafik tiga dimensi (3D), bunyi dan muzik menarik serta latar canggih, permainan J Revolusi turut menampilkan latar bangunan ikonik Menara Berkembar Petronas, menjadikannya dekat dengan pemain di Malaysia.[22]

Aplikasi permainan J Revolusi kini boleh dimuat turun secara percuma menerusi App Store dan Google Play Store, sekali gus menghangatkan kemunculan filem berkenaan. Pengurus Besar Kanan Kumpulan dan Operasi MP Labs, Nicholas Sagau, berkata pihaknya mensasarkan sebanyak 500,000 muat turun bagi permainan itu dalam tempoh tiga bulan ia dilancarkan.[23] Menurut Harian Metro dan Berita Harian, J Revolusi telah mencatat kira-kira 12,000 muat turun selepas seminggu dilancarkan. Malah turut tersenarai sebagai 10 permainan aksi teratas di Apple Store.[24]

Ciri-ciri permainan sunting

  • Pilih Watak anda, bermain sebagai Jay (Zul Ariffin) atau Eddie (Izara Aishah).
  • Berman di tiga dunia yang berbeza - Kilang Perlombongan, Gudang dan pusat bandar.
  • Pemilihan pelbagai senjata untuk dipilih, dari M4 Carbine, MP5, Glock 18, SPAS12 dan Remington 700.
  • Pengedaran aksesori tambahan yang terdiri daripada Red Dot Sight, Advanced Combat Optical Sight (ACOG), Grenade Launcher dan Extended Magazine.
  • Dapatkan tunai permainan tunai untuk menaik taraf senjata dan aksesori.
  • Grafik, kesan visual dan audio yang memuaskan.

Platform lain sunting

Selain filem dan permainan video, sebuah buku berdasarkan daripada filem ini dijangka akan dikeluarkan pada April 2017. Buku ini akan menampilkan pelbagai maklumat berguna tentang filem, gambar-gambar eksklusif, watak dan senjata yang digunakan dan mempunyai komik 16 halaman dengan kisah baru yang masih mengekalkan watak utama filem. Selain itu juga, siri TV, laman web dan runut bunyi filem ini juga akan dikeluarkan.[25]

Kesinambungan sunting

Kesinambungan filem ini, iaitu J2: J Retribusi dikeluarkan untuk tayangan eksklusif di Disney+ Hotstar bermula 1 Jun 2021.[26]

Rujukan sunting

  1. ^ Farihad Shalla Mahmud (20 April 2016). Ketangkasan UTK jadi taruhan filem J Revolusi Berita Harian Online. Dicapai pada 11 Januari 2017.
  2. ^ Syafil Syazwan Jefri (27 April 2016). J Revolusi filem ala James Bond Diarkibkan 2017-01-13 di Wayback Machine Harian Metro. Dicapai pada 11 Januari 2017.
  3. ^ "Azad Jazmin, Izara Aishah & Hans Isaac hidupkan 'J Revolusi'". Astro Gempak. 15 Mac 2017. Dicapai pada 18 April 2017.
  4. ^ "Jaguh MMA negara ditampilkan dalam filem aksi 'J Revolusi'". Astro Awani. Dicapai pada 2016-04-22.
  5. ^ "J REVOLUSI - OFFICIAL TRAILER (HD)". YouTube. Dicapai pada 2017-02-06.
  6. ^ Farid cipta penjahat sendiri dalam J Revolusi Malaysiakini. 21 Jun 2016.
  7. ^ Diyana Ibrahim (17 Februari 2017). "Fazura tidak kisah badan tercalar demi 'J Revolusi'". The Malay Mail Online. Dicapai pada 6 Mac 2017.
  8. ^ a b Isaac dan Azad Jazmin menyerlah dalam J Revolusi Suria FM (3 Mac 2017). Diperoleh pada 6 Mac 2017.
  9. ^ a b c d Zulkarnain mahu J Revolusi jadi filem francais Perak Today (18 Februari 2017). Diperoleh pada 6 Mac 2017.
  10. ^ a b c Filem J Revolusi Inspirasi Watak Jins Shamsuddin Diarkibkan 2017-03-07 di Wayback Machine My News Hub (2 Mac 2017). Dicapai pada 6 Mac 2017.
  11. ^ Syafil Syazwan Jefri (4 April 2017). "Bekas KPN puji J Revolusi". Harian Metro. Dicapai pada 18 April 2017.
  12. ^ Syafil Syazwan Jefri (29 Mac 2017). "J Revolusi tarik bukan Melayu". Harian Metro. Dicapai pada 18 April 2017.
  13. ^ Zaidi Mohamad (6 Mac 2017). "J Revolusi kutip RM1.4j tiga hari tayangan". Berita Harian. Dicapai pada 6 Mac 2017.
  14. ^ Tahir Alhamzah (March 5, 2017). "J-Revolusi bulldozes through box office, earns RM1.4 mil in 3 days". New Straits Times. Dicapai pada March 6, 2017.
  15. ^ a b c Michelle Gun (6 Mac 2017). "J Revolusi bertaraf antarabangsa". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-03-06. Dicapai pada 6 Mac 2017.
  16. ^ "Baru tiga hari J Revolusi raih kutipan RM1.4 juta". SelangorKini. March 5, 2017. Dicapai pada March 6, 2017.
  17. ^ "'J Revolusi' Kutip RM2 Juta Dalam Masa Empat Hari". mSTAR Online. March 6, 2017. Dicapai pada March 13, 2017.
  18. ^ Zaidi Mohamad (6 Mac 2017). "J Revolusi - Movie Review". Rafzan Tomomi. Dicapai pada 6 Mac 2017.
  19. ^ Aqmar Mustaza (4 Mac 2017). "J Revolusi padat dan tangkas". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-03-06. Dicapai pada 6 Mac 2017.
  20. ^ Ahmad Suhael Adnan (17 Januari 2017). MPD lancar J Revolusi, permainan berasas filem pertama Berita Harian. Diperoleh pada 25 Februari 2017.
  21. ^ Media Prima Labs Launch J Revolusi Mobile Game Media Prima. Press Releases. January 17, 2017.
  22. ^ Nurul Izza (24 Januari 2017). 12,000 Muat Turun Permainan Mudah Alih J Revolusi Rojak Daily. Dicapai pada 25 Februari 2017.
  23. ^ Malati Siniah (18 January 2017). Upcoming local movie J Revolusi promoted through a new gaming app Marketing Magazine. Retrieved 25 February 2017.
  24. ^ John Lim (25 Januari 2017). Malaysia's First Shooting Game Has Been Downloaded 15,000 Times In Its First Week Says. Retrieved 25 February 2017.
  25. ^ Bibi Nurshuhada Ramli (27 Decemebr 2016). Counting down to Primework Studio's J-Revolusi film, TV series, book, mobile app, website and soundtrack The New Straits Times. Retrieved on 25 February 2017.
  26. ^ Jay Zulkarnain kembali dalam sekuel J2: J Retribusi Kakimuvee. 4 Mei 2021. Dicapai pada 31 Mei 2021.

Pautan luar sunting