Jabatan Pentadbiran Angkasa Negara China

Jabatan Pentadbiran Angkasa Negara China[nota 1] (Bahasa Cina: pinyin: Guó Jiā Háng Tiān Jú, harfiah, "Biro Aeronautik Kebangsaan") ialah agensi angkasa lepas negara Republik Rakyat China yang bertanggung jawab terhadap program angkasa lepas kebangsaan China.[1] Agensi ini bertanggung jawab untuk merancang dan membangunkan kegiatan-kegiatan luar angkasa. CNSA dan Perbadanan Aeroangkasa China (China Aerospace Corporation, CASC) mengambil alih kuasa terhadap pembangunan kegiatan angkasa lepas yang dipegang Kementerian Pengindustrian Aeroangkasa. Ia sebuah agensi di bawah Pentadbiran Negara buat Sains, Teknologi dan Industri Pertahanan Kebangsaan (SASTIND), yang terletak di bawah Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat (MIIT) China.

Nota sunting

  1. ^ Istilah rasmi digunakan media rasmi berbahasa Melayu dari China, rujuk "Yutu-2 Bergerak Lancar di Sisi Jauh Bulan". China Radio International. 5 Januari 2019. Dicapai pada 6 Januari 2019.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting