Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji

Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Tulisan Jawi: جابتن واقف، زكاة دان حاج; singkatan: JAWHAR) telah diisytiharkan penubuhannya pada 27 Mac 2004 bersamaan 6 Safar 1425H oleh mantan Perdana Menteri Y.A.Bhg. Tun Abdullah bin Ahmad Badawi semasa mengumumkan kabinet kerajaan Malaysia. Penubuhan jabatan ini merupakan titik permulaan dalam usaha Kerajaan Persekutuan membantu memajukan harta umat Islam sebagai sumber kekayaan dan kekuatan ummah pada masa hadapan.

Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji
جابتن واقف، زكاة دان حاج
Kerajaan Malaysia
Intisari agensi
Dibentuk27 Mac 2004; 20 tahun yang lalu (2004-03-27)
JenisKerajaan
Ibu pejabatAras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3, 62100 Putrajaya
KakitanganN/A
Belanjawan tahunanMYR (N/A)
Menteri bertanggungjawab
Eksekutif Kerajaan
  • YBhg. Dato' Selamat bin Paigo, Ketua Pengarah
Agensi induk
Jabatan Perdana Menteri Malaysia
Agensi anak
  • Yayasan Waqaf Malaysia
Laman sesawang
www.jawhar.gov.my

Iltizam mantan Perdana Menteri seterusnya dizahirkan lagi dalam ucapan beliau semasa pelancaran Rancangan Malaysia Ke-9 pada 31 Mac 2006 di Dewan Rakyat:

Pelancaran rasmi JAWHAR telah disempurnakan oleh Y.B. Dato’ Seri Dr Abdullah bin Md. Zin, mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (menteri yang bertanggungjawab ke atas hal-ehwal Islam) pada 8 Oktober 2004 bersamaan 23 Syaaban 1425H, bertempat di Dewan 2, Aras Concourse, Pusat Konvensyen Putrajaya.Di dalam ucapan perasmiannya, mantan Y.B. Menteri menegaskan hasrat Kerajaan seperti berikut :

Objektif sunting

  1. Memperkasa dan memajukan pembangunan sosio-ekonomi ummah dalam bidang Wakaf, Zakat, Mal dan Haji/Umrah melalui kerjasama erat dengan Pihak Berkuasa Agama Negeri-negeri dan agensi-agensi berkaitan;
  2. Mempertingkatkan tadbir urus terbaik institusi Wakaf, Zakat, Mal dan Haji/Umrah;
  3. Meningkat kesedaran dan kefahaman masyarakat Islam mengenai konsep Wakaf, Zakat, Mal dan Haji/Umrah; dan
  4. Menyubur dan membudayakan turath (legasi) dalam amalan berwakaf di kalangan masyarakat Malaysia.

Fungsi sunting

  1. Merancang, melaksana, memantau dan menyelaras pembangunan institusi Wakaf, Zakat, Mal dan Haji/Umrah agar dapat berfungsi dengan lebih berkesan dalam pembangunan sosio-ekonomi ummah;
  2. Merancang dan menyelaras keperluan serta keseragaman sistem perundangan bagi pembangunan institusi Wakaf, Zakat, Mal dan Haji/Umrah;
  3. Menjalinkan kerjasama pintar dengan agensi-agensi Kerajaan serta GLC/pihak swasta dalam pembangunan institusi Wakaf, Zakat, Mal dan Haji/Umrah;
  4. Menjalankan kajian serta penyelidikan, penerbitan dan penyelarasan mengenai isu dan program-program pembangunan khazanah umat Islam supaya dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh ummah; dan
  5. Membantu dan memberi khidmat sokongan dalam pengurusan sumber manusia, kewangan dan ICT kepada Pihak Berkuasa Agama Negeri-negeri dan agensi-agensi berkaitan.

Motto sunting

“Bersama Membina Tamadun Ummah” sunting

Motto JAWHAR menunjukkan harapan dan semangat JAWHAR dalam meningkatkan pembangunan dan kemajuan sosio-ekonomi ummah. Bidang-bidang teras JAWHAR akan dibangunkan ke tahap yang lebih tinggi dan seterusnya menyumbang kepada pembinaan tamadun ummah yang cemerlang secara keseluruhannya dan di Negara ini. Sehubungan itu, warga JAWHAR akan sentiasa komited untuk melaksanakan program dan agenda ke arah pembangunan tamadun ummah ini.

Slogan sunting

“Bersama Memantapkan JAWHAR” sunting

Slogan JAWHAR pula membawa pengertian yang sangat mendalam. Slogan ini merupakan seruan kepada setiap warga JAWHAR agar sentiasa bekerjasama dalam setiap perancangan dan perkara yang dijalankan oleh jabatan agar hasil diperolehi adalah yang terbaik dan merupakan hasil paduan usahasama jitu daripada setiap warga. Hasil daya usaha yang berterusan ini mampu memberikan pencapaian yang terbaik dan seterusnya menyumbang kepada matlamat JAWHAR ke arah pembinaan tamadun ummah. Dalam melaksanakan tugasan dan tanggungjawab tersebut, setiap warga JAWHAR digesa untuk melaksanakannya dengan kaedah yang terbaik. Ia juga menunjukkan komitmen JAWHAR yang sangat mementingkan kualiti dalam setiap tindakan yang bakal diambil.

Pautan luar sunting