Jalaluddin Alias

ahli politik Malaysia

Yang Berhormat Datuk Seri Haji Jalaluddin bin Haji Alias ialah seorang ahli politik Malaysia dari BN-UMNO. Beliau kini berkhidmat sebagai EXCO Kanan Negeri Sembilan, ADUN Pertang dan Ahli Parlimen Jelebu. Di peringkat parti beliau merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan menggantikan Mohamad Hassan.

Yang Berhormat Datuk Seri Haji

Jalaluddin Alias

SMW (Wilayah Persekutuan); DPNS (Negeri Sembilan); PGDK (Sabah); DNS; JP
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan
Memegang jawatan
24 Ogos 2023
Portfolio
  • Kemajuan Desa, Perladangan dan Komoditi;
  • Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup
Menteri BesarAminuddin Harun
Kawasan pilihan rayaPertang
Dalam jawatan
2013–2018
PortfolioKesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Menteri BesarMohamad Hasan
Kawasan pilihan rayaPertang
Anggota Dewan Undangan Negeri Sembilan
untuk Pertang
Memegang jawatan
12 Ogos 2023
Didahului oleh Noor Azmi Yusof
Majoriti
  • 2,790 (2023)
Dalam jawatan
2013–2018
Didahului oleh Razak Mansor
Digantikan oleh Noor Azmi Yusof
Majoriti
  • 2,163 (2013)
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Jelebu
Memegang jawatan
16 Julai 2018
Didahului oleh Zainudin Ismail
Majoriti8,125 (2022)
2,045 (2018)
Anggota Dewan Undangan Negeri Sembilan
untuk Klawang
Dalam jawatan
2004–2008
Didahului oleh Shamsul Bahari @ Ramli Mat
Digantikan oleh Yunus Rahmat
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Malaysia
Dalam jawatan
30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob
Menteri Shahidan Kassim
Didahului oleh Edmund Santhara Kumar Ramanaidu
Digantikan olehjawatan dihapuskan
Jawatan dalam Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
Pengerusi Badan Perhubungan Negeri, Negeri Sembilan
Memegang jawatan
22 Mac 2023
PresidenAhmad Zahid Hamidi
Didahului olehMohamad Hassan
Ahli Majlis Tertinggi
Memegang jawatan
2018
Pengerusi
UDA Holdings Berhad
Dalam jawatan
2020–2021
Didahului olehHisham Hamdan
Digantikan olehNorliza Abdul Rahim
Butiran peribadi
Lahir15 September 1963 umur 60
Parti politik
PasanganDatin Seri Hajah Maziah Haji Mohd Nor
PekerjaanAhli politik

Politik sunting

Pada Pilihan raya umum Malaysia 2004 (PRU-11) beliau bertanding di DUN Kelawang dan menang di DUN tersebut mengalahkan calon PAS dengan majoriti 1,308 undi.

Beliau bagaimanapun tidak dicalonkan pada Pilihan raya umum Malaysia 2008 (PRU-12).

Pada Pilihan raya umum Malaysia 2013 (PRU-13), beliau bertanding di DUN Pertang dan berjaya mengalahkan calon daripada PKR dengan majoriti 2,163 undi. Beliau dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan di bawah kepimpinan Dato' Seri Mohamad Hassan Menteri Besar Negeri Sembilan ketika itu. Portfolio yang dipegangnya ialah EXCO Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesejahteraan Bandar.

Semasa Pilihan raya umum Malaysia 2018 (PRU-14) beliau bertanding di parlimen Jelebu. Beliau berjaya mengekalkan kerusi itu dengan mengalahkan calon daripada parti PH-AMANAH dan calon PAS sebanyak majoriti 2,045 undi. Beliau berkhidmat sebagai ahli parlimen pembangkang dari tahun 2018-2020

Semasa kerajaan Perikatan Nasional (Gabungan PN,BN,GPS,PBS,BEBAS) mengambil alih kerajaan, beliau dilantik menjadi pengerusi UDA Holdings Berhad (UDA). Sebuah syarikat berkaitan kerajaan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia (MEDAC).

Keputusan pilihan raya sunting

Dewan Undangan Negeri Sembilan[1]
Tahun Konstituensi Undian Peratus Pesaing Undian Peratus Undian Ballot Majoriti Keputusan
2013 N02 Pertang, P126 Jelebu Jalaluddin Alias (UMNO) 5,090 63.49% Muhamad Syamwill Mertadza (PKR) 2,927 36.51% 8,140 2,163 83.60%
Dewan Rakyat[2][3][4][5][6][7]
Year Konstituensi Undian Peratus Pesaing Undian Perarus Undian Ballots Majoriti Keputusan
2018 P126 Jelebu Jalaluddin Alias (UMNO) 19,062 48.93% Mustafar Ab Kadir (AMANAH) 17,017 43.68% 39,733 2,045 81.89%
Norman Ipin (PAS) 2,878 7.39%

Anugerah dan pengiktirafan sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 14 April 2010. Percentage figures based on total turnout, including votes for third parties. Results before 1986 election unavailable.
  2. ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Results only available from the 2004 election.
  3. ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum. Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 24 March 2017.
  4. ^ "my undi : Kawasan & Calon-Calon PRU13 : Keputusan PRU13 (Archived copy)". www.myundi.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 March 2014. Dicapai pada 9 April 2014.
  5. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 March 2018. Dicapai pada 26 October 2014.
  6. ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 17 May 2018. Percentage figures based on total turnout.
  7. ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 May 2018. Percentage figures based on total turnout.