Jalaluddin Jaafar

Pemain bola sepak

Jalaluddin bin Abu Jaafar (lahir 1 Januari 1975) merupakan pemain bola sepak Malaysia yang bermain sebagai pertahanan untuk Pahang FA.[1] [2]. Beliau juga dikenali sebagai Abam Jalal dan terkenal sebagai kepten pasukan bola sepak Pahang yang tegas dan berdedikasi. Setelah mengumumkan persaraan sebagai pemain bola sepak dari arena bola sepak negara pada akhir tahun 2015, kini beliau masih berkhidmat dengan pasukan Pahang FA sebagai penolong jurulatih bersama Ahmad Shaharuddin Rosdi di bawah kendalian Dollah Salleh.

Jalaluddin Jaafar
Maklumat peribadi
Nama penuh Jalaluddin bin Abu Jaafar
Tarikh lahir (1975-01-01) 1 Januari 1975 (umur 49)
Tempat lahir Pekan, Pahang, Malaysia
Ketinggian 1.80 m (5 ka ​10 78 in)
Posisi permainan Pertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Pahang FA
Nombor 2
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1997–2008 Pahang FA 330 (5)
2009–2010 Shahzan Muda 18
2010Pahang FA (pinjam) 30 (1)
2011– 2015 Pahang FA 89 (0)
Pasukan kebangsaan
1998– Malaysia 3 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 9 Jun 2014
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 9 Jun 2014

Tanggal 3 November 2013 merupakan kejayaan paling gemilang buat beliau ialah membawa pasukan bola sepak negeri Pahang memenangi Piala Malaysia pada tahun 2013 hasil jaringan tunggal Matias Conti setelah 21 tahun pasukan bola sepak Pahang kempunan memenangi piala tersebut. Kali terakhir pasukan bola sepak Pahang memenangi Piala Malaysia ialah pada 1992 sebelum memenangi pada tahun 2013 dimana beliau bertindak sebagai kepten pasukan bola sepak negeri Pahang pada perlawan akhir Piala Malaysia ketika itu dengan menentang pasukan The Red Warrior Kelantan di Stadium Shah Alam, Selangor.

Pada tahun berikutnya iaitu 2014, Pahang FA telah mendapat juara treble iaitu juara Piala Sumbangsih, juara Piala FA dan juara Piala Malaysia namun beliau tidak kerap diturunkan atas faktor usia yang hampir mencecah umur 40 tahun. Namun kudrat beliau masih di perlukan ketika saat getir ketika perlawanan berlangsung.

Setelah beliau mengumumkan persaraan pada akhir musin 2015, pasukan bola sepak negeri Pahang mengalami penurunan prestasi yang mendadak sehingga nyaris - nyaris terjerumus tersingkir ke Liga Perdana Malaysia pada musim 2016, namun kini pasukan bola sepak negeri Pahang kembali bangkit bersaing dengan pasukan - pasukan handalan dalam Liga Super Malaysia.

Kejayaan sunting

Kelab sunting

Pahang FA

Rujukan sunting

  1. ^ "Jalalludin bin Abu Jaafar". Soccerway. Global Sports Media. Dicapai pada 24 December 2011.
  2. ^ "Pahang ikat Ivanov, Yaw". Harian Metro (dalam bahasa Malay). Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-26. Dicapai pada 24 December 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)