Jam 12 jam merupakan kelaziman waktu yang mana 24 jam dalam sehari terpecah kepada dua kala:[1] a.m. (dari bahasa Latin ante meridiem, bererti "sebelum tengah hari") dan p.m. (post meridiem, "selepas tengah hari").[2] Setiap kala terdiri daripada 12 jam yang berbilang: 12 (yang berfungsi sebagai sifar),[3] 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, dan 11.

Jam 12 jam dimajukan sepanjang zaman dari pertengahan alaf kedua SM ke abad ke-16 M.

Sistem 24 Jam Sistem 12 Jam
00:00:00 - 00:59:59 12:00:00 tengah malam - 12:59:59 tengah malam
01:00:00 - 01:59:59 01:00:00 pagi - 01:59:59 pagi
02:00:00 - 02:59:59 02:00:00 pagi - 02:59:59 pagi
03:00:00 - 03:59:59 03:00:00 pagi - 03:59:59 pagi
04:00:00 - 04:59:59 04:00:00 pagi - 04:59:59 pagi
05:00:00 - 05:59:59 05:00:00 pagi - 05:59:59 pagi
06:00:00 - 06:59:59 06:00:00 pagi - 06:59:59 pagi
07:00:00 - 07:59:59 07:00:00 pagi - 07:59:59 pagi
08:00:00 - 08:59:59 08:00:00 pagi - 08:59:59 pagi
09:00:00 - 09:59:59 09:00:00 pagi - 09:59:59 pagi
10:00:00 - 10:59:59 10:00:00 pagi - 10:59:59 pagi
11:00:00 - 11:59:59 11:00:00 pagi - 11:59:59 pagi
12:00:00 - 12:59:59 12:00:00 tengah hari - 12:59:59 tengah hari
13:00:00 - 13:59:59 01:00:00 petang - 01:59:59 petang
14:00:00 - 14:59:59 02:00:00 petang - 02:59:59 petang
15:00:00 - 15:59:59 03:00:00 petang - 03:59:59 petang
16:00:00 - 16:59:59 04:00:00 petang - 04:59:59 petang
17:00:00 - 17:59:59 05:00:00 petang - 05:59:59 petang
18:00:00 - 18:59:59 06:00:00 petang - 06:59:59 petang
19:00:00 - 19:59:59 07:00:00 malam - 07:59:59 malam
20:00:00 - 20:59:59 08:00:00 malam - 08:59:59 malam
21:00:00 - 21:59:59 09:00:00 malam - 09:59:59 malam
22:00:00 - 22:59:59 10:00:00 malam - 10:59:59 malam
23:00:00 - 23:59:59 11:00:00 malam - 11:59:59 malam
* Rujuk "Perbezaan penyataan
tengah hari dan tengah malam
"

Sejarah dan kegunaan sunting

 
Jam astronomi di Gereja Besar Exeter dengan skema penomboran "12 berganda".

Pembahagian sehari kepada siang dan malam membentuk asas untuk sebab sehari dibahagikan kepada dua kitaran. Asalnya ini terdiri daripada satu kitaran yang boleh dikesan oleh kedudukan Matahari (siang) yang disusuli oleh satu lagi kitaran yang boleh dikesan oleh Bulan dan bintang-bintang (malam). Lama-kelamaan ini berubah kepada dua kala 12 jam yang masing-masing bermula pada waktu tengah malam (a.m.) dan tengah hari (p.m.) seperti yang digunakan hari ini.

Sejarah jam 12 jam boleh disusur-galurkan seawal zaman tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba:[4] Sebuah jam matahari untuk kegunaan waktu siang[5] serta sebuah jam air untuk waktu malam dijumpai di dalam makam Firaun Amenhotep I.[6] Dengan tarikh sekitar 1500 M, setiap jam tersebut memecahkan waktu masing-masing kepada 12 jam.

Masyarakat Rom juga pernah menggunakan jam 12 jam: waktu siang terbahagi kepada 12 jam yang sekata (tetapi berubah-ubah tempohnya sepanjang tahun) sementara waktu malam terbahagi kepada empat jam. Masyarakat Rom menomborkan jam-jam siang secara songsang pada mulanya. Misalnya, "3 a.m." atau "3 jam ante meridiem" bermaksud "tiga jam sebelum tengahari", dan bukannya "tiga jam dalam kala 12 jam terawal dalam sehari" seperti masa kini.

Jam mekanik pertama (yang bermuka) dari abad ke-14, memaparkan semua 24 jam dengan muka analog 24 jam atas pengaruh pengetahuan ahli astronomi dengan astrolab dan jam matahari, serta hasrat mereka untuk memodelkan "pergerakan" Matahari. Di Eropah Utara, muka jam ini umumnya memaparkan kesemua 24 jam yang terbahagi kepada dua kala 12 jam iaitu a.m. dan p.m.. Ini dikenali sebagai sistem "12 berganda" dan masih banyak terdapat pada jam-jam lama yang masih ada di rantau tersebut. Di negara-negara Eropah yang lain pula, terutama sekali di Itali, penomboran jam lebih barangkali berasaskan sistem 24 jam (I ke XXIV) untuk mencerminkan cara mengira jam di Itali.

Pada abad ke-15 dan ke-16, muka jam analog dan sistem waktu 12 jam dengan struktur yang lebih ringkas dan menjimatkan lama-kelamaan menjadi kelaziman di seluruh Eropah Utara untuk kegunaan umum. Muka jam analog 24 jam pula dipelihara untuk penggunaan yang lebih khusus seperti jam astronomi dan kronometer. Jam 12 jam digunakan di serata jajahan Empayar British.

Kebanyakan jam analog masa kini bermuka 12 jam yang mana jarum pendeknya berpusing penuh sekali dalam 12 jam dan dua kali dalam sehari.

Perbezaan penyataan tengah hari dan tengah malam sunting

Waktu mengikut pelbagai alat atau gaya
Alat atau gaya Tengah malam
pangkal hari
Tengah hari Tengah malam
hujung hari
Waktu 24 jam bertulis,
termasuk ISO 8601
00:00 12:00 24:00
Jam digital 24 jam 00:00 12:00 — *
Jam digital 24 jam
dengan a.m. dan p.m.
12:00 a.m. 12:00 p.m. — *
Waktu 12 jam bertulis
(bentuk paling umum)
12:00 a.m.
12 tgm
12:00 p.m.
12 mlm
12 tgm
U.S. Government Printing Office[7] 12 a.m. 12 p.m.
U.S. Government Printing Office (1953) 12:00 a.m. 12:00 p.m.
Kelaziman legal Jepun[8] 0:00 a.m. 12:00 a.m. 12:00 p.m.
Lapuk † 12:00 m.n. 12:00 m. 12:00 m.n.
Canadian Press, piawaian UK, NIST1 midnight noon midnight
NIST2 12:00 Midnight 12:00 Noon 12:00 Midnight
Associated Press Style[9] 12:01 a.m. noon
U.S. de facto legal 12:01 a.m. 11:59 p.m.
Encyclopædia Britannica[1] Midnight
December 11–12
12m Midnight
December 12–13
* Jam digital lazimnya tidak mencapai tengah malam di hujung hari, sebaliknya tamat pada pukul 11:59 p.m. atau 23:59 ke tengah malam di pangkal hari berikutnya.
begitu juga, gaya 12 jam tamat serta-merta ke pangkal hari berikutnya.
† Gaya-gaya ini tidak jelas sama ada tengah malam adalah pangkal dan/atau hujung setiap hari.

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Time". The New Encyclopædia Britannica. 28. 2005. m/s. 670 2a.
  2. ^ "National Institute of Standards and Technology's Physics Laboratory, Time and Frequency Division FAQ". Dicapai pada 28 November 2008.
  3. ^ Susan Addington. "Modular Arithmetic". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-07-04. Dicapai pada 28 November 2008.
  4. ^ "The History of Clocks". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-10-13. Dicapai pada 2008-10-13.
  5. ^ Berlin instruments of the old Egyptian time of day destination
  6. ^ A Walk through Time - Water Clocks
  7. ^ U.S. Government Printing Office Style Manual: Chapter 12 - Numerals
  8. ^ http://jjy.nict.go.jp/QandA/FAQ/12am-or-0pm-J.html
  9. ^ Ed. Norm Goldstein, The Associated Press Stylebook and Briefing on Media Law: with Internet Guide and Glossary, P.161, 177, Perseus Publishing, 2002, Cambridge, Massachusetts, United States, LCCN 2002105974, ISBN, 0-7382-0740-3