Jambatan Sungai Mississippi

Jambatan Sungai Mississippi I-35W merupakan jambatan dengan lebuh raya 8 lorong, sepanjang 579 meter merintangi Sungai Mississippi. Ia dibina pada 1967 dan runtuh pada 2007. Jabatan Pengangkutan Minnesota menyatakan jambatan ini adalah jambatan ketiga tersibuk kerana dilalui 141,000 kenderaan setiap hari [3][2]. Sebuah jambatan ganti telah dirancang.

Jambatan Sungai Mississippi
Jambatan pada Mei 2006, melihat ke utara.
Koordinat 44°58′44″N, 93°14′42″W
LokasiMinneapolis, Minnesota, A.S.
PenyelenggaraJabatan Pengangkutan Minnesota
Nombor ID9340[1]
Ciri-ciri
Reka bentukJambatan kerangka geladak-lengkungan
Panjang keseluruhan1,907 kaki (581 m)
Lebar108 kaki (33 m)
Rentangan terpanjang458 kaki (140 m)
Kelegaan bawah64 kaki (19.5 m)
Sejarah
DibukaNovember 1967
Ditutup1 Ogos 2007
Perangkaan
Lalu lintas harian140,000[2]
Lokasi
Map
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Lokasi sunting

 
Peta menunjukkan lokasi jambatan, berwarna merah

Jambatan ini terletak di Kaunti Hennepin, Minneapolis. Ia menghubungkan kawasan kejiranan Downtown East di selatan dengan Marcy-Holmes di utara. Ia terletak bersebelahan Jambatan 10th Avenue dan 24 km ke arah hulu Jambatan Sungai Minnesota I-35W, satu lagi jambatan utama di Minnesota.

Jambatan runtuh sunting

Jambatan I-35W asal (secara rasmi dipanggil Jambatan 9340) runtuh dari tebing kiri hingga ke tebing kanan sungai menyembah bumi pada jam 6.05 petang waktu tempatan 1 Ogos 2007, ketika waktu sesak. Sehingga 7 Ogos, 5 orang telah disahkan mati, manakala 8 hilang lagi masih hilang dan dianggap telah mati [4]. Seramai 111 orang cedera, 5 daripadanya agak teruk.

 
Jambatan runtuh pada 1 Ogos 2007, melihat ke arah selatan

Lebih 50 kenderaan menggelongsor ke dalam sungai dan dihimpit oleh struktur jambatan dan sebahagian lain bertindan-tindan. Ini termasuklah sebuah trak semi-treler. Bagaimanapun, cuma beberapa kereta yang tenggelam. 61 kanak-kanak berada di dalam bas sekolah yang balik dari taman tema air turut terlibat tetapi terselamat [5].

Beberapa pekerja sedang membaiki jalan tar di jambatan ketika itu. Sejak 1990 jambatan ini dikatakan tidak cukup kukuh dan beberapa pembaikan telah dijalankan. Tetapi tidak ada pula arahan untuk menutup jambatan ini. Pihak negeri Minnesota mengisytiharkan darurat [6].

 
Imej dari kamera keselamatan, melihat ke arah utara

Kamera keselamatan berhampiran bangunan Kejuruteraan Tentera Amerika berjaya merakamkan detik-detik jambatan itu runtuh [7].

Penyiasatan sunting

Punca jambatan itu runtuh masih belum dapat dipastikan, namun bukan disebabkan aktiviti pengganas. Sebaliknya dikatakan kerana struktur binaan jambatan dan banyak jambatan lain di Amerika berusia 40 tahun itu sangat lemah dan telah dikesan sejak 1990. Lebih 700 jambatan lain mempunyai masalah yang sama. Hal ini disahkan oleh Lembaga Lebuhraya Persekutuan, Amerika Syarikat.

Gabenor Minnesota Tim Pawlenty menyatakan, pada 2005 dan 2006 beberapa kerja minor dan remeh seperti membaki lampu, konkrit dan sambungan antara jambatan telah dilakukan. Seorang profesor kejuruteraan alam sekitar dari Universiti Northwestern, Zdenek Bazant menyatakan beberapa kerja pembaikan menjadi punca jambatan itu runtuh. Jambatan tersebut tidak sepatutnya direkabina seperti itu [8].

Galeri sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Bridge was rated 'structurally deficient' in 2005". Star Tribune. 2007-08-02. Dicapai pada 2007-08-02.
  2. ^ a b "2006 Downtown Minneapolis Traffic Volumes" (PDF). Minnesota Department of Transportation. 2006. Dicapai pada 2007-08-07. This map shows average daily traffic volumes for downtown Minneapolis. Trunk highway and Interstate volumes are from 2006.
  3. ^ Weeks, John A. III (2007). "I-35W Bridge Collapse Myths And Conspiracies". John A. Weeks III. Dicapai pada 2007-08-06.
  4. ^ Scolforo, Mark (2007-08-07). "Minn. bridge searchers turn to Navy". Associated Press. Dicapai pada 2007-08-07. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  5. ^ School bus barely escapes bridge collapse Diarkibkan 2007-09-28 di Wayback Machine, AP, 1 Ogos 2007
  6. ^ Divers searching for victims in bridge collapse, Orange County Register, 1 Ogos 2007
  7. ^ "Video captures bridge collapse". CNN. 2 Ogos 2007. Dicapai pada 2007-08-02. Check date values in: |date= (bantuan)
  8. ^ Chicago Tribune, Investigators in bridge collapse focus on chilling video, 2 Ogos 2007.