James Schoolcraft Sherman (Jawi: جيم‌س سکولکرف‌ت شرمين; lahir 24 Oktober 1855 - 30 Oktober 1912) ialah Naib Presiden Amerika Syarikat yang ke-27 dari tahun 1909 sehingga kematiannya pada bulan Oktober 1912 di bawah pemerintahan Presiden William Howard Taft. Kesihatan Sherman (dia telah disahkan menghidap penyakit Bright pada tahun 1904) telah gagal pada masa kempen pilihan raya tahun 1912. Kurang daripada seminggu sebelum pilihan raya, beliau meninggal dunia di Utica, enam hari selepas ulang tahun hari kelahirannya yang ke-57, dan Presiden Taft ditinggalkan tanpa gandingan, walaupun Nicholas Murray Butler telah dilantik untuk menerima undi pilihan raya yang Sherman akan diterima.

James S. Sherman
جيم‌س ايس. شرمين
Naib Presiden Amerika Syarikat ke-27
Dalam jawatan
4 Mac 1909 – 30 Oktober 1912
PresidenWilliam Howard Taft
Didahului olehCharles W. Fairbanks
Digantikan olehThomas R. Marshall
Butiran peribadi
Lahir(1855-10-24)24 Oktober 1855
New York, A.S.
Meninggal dunia30 Oktober 1912(1912-10-30) (umur 57)
New York, A.S.
KerakyatanRakyat Amerika
Parti politikRepublikan
PasanganCarrie Babcock Sherman

Taft dan Butler berada di tempat ketiga dalam pilihan raya, hanya membawa lapan undi dari pilihan raya Utah dan Vermont. Calon Demokrat Woodrow Wilson dan gandingan beliau, Thomas R. Marshall memenangi pilihan raya. Jawatan Naib Presiden kekal kosong sehingga pelantikan Marshall pada 4 Mac 1913.