Jari hantu (Jawi: جاري هنتو) atau jari tengah (Jawi: جاري تڠه‎) ialah jari ketiga pada tangan manusia dan biasanya jari terpanjang, ia terletak di antara jari telunjuk dan jari manis. Jari ini juga digelar jari ketiga, digitus medius, digitus tertius, atau digitus III dalam konteks sains anatomi.

Jari hantu
جاري هنتو
Jari hantu
Butiran
Pengenalpastian
nama bahasa Latindigitus medius
TAA01.1.00.055
FMAFMA:24947
Terminologi anatomi
Jari

Ibu jari  • Telunjuk  • Hantu  • Manis  • Kelengkeng

Di banyak negara Barat meluruskan jari tengah dan menunjukkannya ke atas dikenali ramai sebagai suatu gerak isyarat yang lucah dan biadap. Jari tengah juga merupakan simbol melepaskan kemarahan.[1]

Penamaan sunting

Menurut Walter William Skeat dalam buku Malay Magic (1900) yang memetik suatu kitab mantera seorang pawang dari Selangor berjudul Asal Pawang, jari ini mendapat namanya kerana diceritakan bahawa semangat "hati Bumi" kononnya menarik tanah liat agak kuat dari malaikat Izrail yang mendapatkan tanah tersebut untuk diciptakan manusia daripadanya. Hal ini juga dipercayai merupakan sebab kenapa jari ini nampak lebih memanjang jika dibandingkan dengan jari-jemari lain.[2]:19-21, appdx. 584

Rujukan sunting

  1. ^ https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/01/31/mengapa-jari-tengah-dijadikan-simbol-kemarahan/ Diarkibkan 2020-02-01 di Wayback Machine Mengapa jari tengah dijadikan simbol kemarahan (dalam bahasa Bahasa Melayu)
  2. ^ Skeat, Walter William (1900). "Chapter 2: Man and his Place in the Universe". Malay Magic. London: Macmillan and Co., Limited. m/s. 16–55.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.