Jatuh bebas dalam ilmu fizik Newton merujuk kepada sebarang pergerakan jarak fizikal di mana graviti merupakan satu-satunya daya yang bertindak ke atasnya. Sebuah jasad yang jatuh bebas - dalam konteks kerelatifan am, di mana kegravitian dikurangkan kepada kelengkungan ruang-masa - tiada daya yang bertindak ke atasnya.

Komander David Scott menjalankan uji kaji jatuh bebas sewaktu misi pendaratan bulan Apollo 15.

Sesuatu objek yang "jatuh bebas" tidak semestinya bergerak menurun seperti yang difikirkan secara amnya; objek yang bergerak naik tidak dianggap menjatuh jika ia bergantung kepada daya graviti sahaja, maka ia turut dianggap menjatuh bebas - misalnya Bulan yang saling bergantungan dengan medan graviti Bumi.