Javed Ahmad Ghamidi

Javed Ahmad Ghamidi (Urdu: جاوید احمد غامدی‎) (lahir 1951) adalah seorang ahli teologi, tafsir dan sarjana Quran serta pendidik Muslim Pakistan terkenal. Bekas anggota Jamaat-e-Islami, beliau menyambung kerja tutornya, Amin Ahsan Islahi.[1] Ghamidi merupakan pengasas Institut Sains Islam Al-Mawrid dan pertubuhan saudaranya Danish Sara.[1] Beliau merupakan anggota Majlis Ideologi Islam sejak 28 Januari 2006,[2][3] suatu badan perlembagaan yang bertanggungjawab memberikan nasihat perundangan berkenaan isu Islam kepada kerajaan Pakistan dan Parlimen. Beliau juga pernah mengajar di Akademi Perkhidmatan Awam Lahore daripada 1980 hingga 1991.[1] Beliau kini menjalankan gerakan intelektual serupa dengan Wastiyya di Mesir menggunakan media elektronik popular Pakistan.[4]

Javed Ahmad Ghamidi
EraEra moden
FalsafahUlama Pakistan
SekolahFarahi-Islahi
Kepentingan utama
Tafsir Quran dan Syariah
Idea cemerlang
Pemisahan fiqh daripada syariah; Penyempadanan jelas peraturan mentadbir sumber primer agama; Rangka kerja lengkap pengajian Islam

Nota sunting

  1. ^ a b c Esposito (2003) m/s. 93
  2. ^ Council's two new members appointed Diarkibkan 2007-09-28 di Wayback Machine, Siaran akhbar 30-01-2006
  3. ^ Council of Islamic Ideology Diarkibkan 2007-09-28 di Wayback Machine, Kerajaan Pakistan
  4. ^ Masud (2007)