Jawatankuasa Timbangan dan Ukuran Antarabangsa

Jawatankuasa Timbangan dan Ukuran Antarabangsa (Perancis: Comité international des poids et mesures, CIPM) ialah sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada 18 buah negara anggota Konvensyen Meter (Convention du Metre) dengan tujuan utamanya memastikan keseragaman penggunapakaian unit ukuran seluruh dunia secara tindakan langsung atau pengemukaan cadangan kepada Persidangan Am Timbang dan Ukur (Conférence générale des poids et mesures, CGPM).

Wakil negara-negara ahli CIPM bertemu setiap tahun di Biro Timbang dan Ukur Antarabangsa (BIPM, Bureau international des poids et mesures) untuk membincangkan laporan yang disajikan kepada mereka oleh Jawatankuasa Mesyuarat.

Lihat juga sunting