Jayalalithaa Jayaram (24 Februari, 1948-05 Disember 2016) atau Jayalalithaa , adalah ahli politik India dan bekas Ketua Menteri Tamil Nadu . Beliau menjadi Ketua Menteri sejak 2011 dan hilang kelayakan kerana rasuah pada 27 September 2014 [1]. Tetapi, kembali menjadi ketua menteri pada akhir tahun 2014 selepas didapati tidak bersalah.

Jayalalithaa
Ketua Menteri Tamil Nadu
Dalam jawatan
16 May 2011 – 27 September 2014
Didahului olehM.Karunanidhi
Digantikan olehO.Panneerselvam
Kawasan pilihan rayaSrirangam
Dalam jawatan
2 March 2002 – 12 May 2006
Didahului olehO. Panneerselvam
Digantikan olehM.Karunanidhi
Kawasan pilihan rayaAndipatti
Dalam jawatan
14 May 2001 – 21 September 2001
Didahului olehM.Karunanidhi
Digantikan olehO. Panneerselvam
Kawasan pilihan rayaDid not contest
Dalam jawatan
24 June 1991 – 12 May 1996
Didahului olehPresident's rule
Digantikan olehM.Karunanidhi
Kawasan pilihan rayaBargur
Butiran peribadi
Lahir (1948-02-24) 24 Februari 1948 (umur 76)
Mandya, Mysore State, India
Parti politikAll India Anna Dravida Munnetra Kazhagam
Kediaman“Veda Nilayam”, 81, Poes Garden, Chennai-600 086

Sebelum ini pernah menjadi Ketua Menteri 1991-1996. Dari 2002-2006 beliau pernah menjadi bintang filem popular di pawagam India.Beliau berlakon dalam 140 filem termasuk filem berbahasa Tamil , Telugu , Kannada dan filem Hindi. Beliau adalah Setiausaha Agung 'All India Anna Dravida Munnetra Kazhagam' (AIADMK).

Jayalalithaa diperkenalkan kepada politik oleh pelakon / ahli politik MG Ramachandran tapi segera menafikannya.Beliau terpilih sebagai Rajya Sabha mewakili Tamil Nadu (1984-1989). Selepas kematian Ramachandran, Jayalalithaa mengisytiharkan dirinya sebagai waris politiknya. Dia dipilih ketua menteri kedua wanita Tamil Nadu.Dia Kawan VK Sassikala.

Didapati bersalah mengumpul harta sunting

Pada 27 September 2014, Mahkamah Khas India mendapati Jayalalithaa (66 tahun) bersalah mengumpulkan harta di luar kemampuannya. Beliau dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan dihalang dari turut serta dalam politik selama 10 tahun. Dia akan dipenjara di Bangalore. Turut didapati bersalah ialah adik ipar dan anak saudaranya. Perbicaraan itu diadakan di Bangalore atas sebab-sebab keselamatan. Kes ini berlarutan selama dua dekad kerana Jayalalithaa dan pengikutnya mempunyai kuasa dan karisma yang besar di Tamil Nadu.[2]

Jayalalithaa didakwa pada 1997 kerana memiliki kekayaan dengan cara haram di mana pihak polis turut merampas lebih 28 kilogram emas dan 10,000 pasang kain sari. Oleh itu beliau menerima jolokan 'Imelda Marcos' kerana memilik lebih 750 pasang sepatu. Dua hartanah 1,000 ekar persegi (1991-1996) tidak mungkin dari gaji sebagai Ketua Menteri.

Konsul Besar Malaysia di Cheenai, Chitra Devi Ramiah memberi amaran terutamanya golongan pelajar. Bernama melaporkan terdapat 5,000 pelajar Malaysia kini belajar di negeri-negeri di selatan India. Gambar-gambar menunjukkan kejadian membakar tayar dan sebagainya di negeri itu.[3]

Rujukan sunting

  1. ^ Indian court convicts chief minister of graft[pautan mati kekal]
  2. ^ "Amma, Didi, Behenji: India's female kingmakers". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 2014-09-27.
  3. ^ Tunjuk perasaan di Tamil Nadu, rakyat Malaysia dinasihat tidak keluar rumah