Jehan Miskin

Pelakon, peragawan dan pengacara Malaysia

Mohamad Jehan bin Miskin (lahir 4 Disember 1979) ialah seorang pelakon, pengacara dan pengarah Malaysia.[1] Semenjak memulakan kerjaya dalam iklan Winston Kickboxer pada tahun 2001, anak kelahiran Pulau Pinang ini sudah terlibat dalam penggambaran empat iklan televisyen dan satu iklan cetak. Beliau memulakan kerjaya lakonan dalam rancangan 3R pada tahun 2003, dan memegang peranan watak utama buat julung kalinya dalam telemovie Dengan Nama Cinta pada tahun yang sama. Semenjak itu, beliau sudah terlibat dalam lebih 20 judul rancangan televisyen yang berbeza, terutamanya Gila-Gila Pengantin, Manjalara dan Inspirion. Jehan mula berkecimpung dalam lakonan layar besar pada tahun 2005 melalui filem Qaisy & Laila yang dirakam di Afghanistan. Jehan juga dikenali sebagai pengacara televisyen versi Malaysia rancangan realiti So You Think You Can Dance dan tiga acara luar.

Jehan Miskin
Kelahiran
Mohamad Jehan bin Miskin

(1979-12-04) 4 Disember 1979 (umur 44)
PekerjaanPelakon, pengacara, pengarah
Tahun aktif2001–kini
PasanganJulie Camelia Rhee Abdullah (k. 2013)
BapaProfesor Miskin Pakir Mohamad
SaudaraFaiznur "Heidi" Miskin (kakak)

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2005 Qaisy & Laila Qaisy Filem pertama
2006 Gong Rozan
Nana Tanjung Dzulkarnain
2007 Nana Tanjung 2
Anak Halal Ijam
2009 Skrip 7707 Bob
2011 Hikayat Merong Mahawangsa Embi
Cun! Ryan Hidayat
Tolong Awek Aku Pontianak Eddy Santorio
Nur Kasih The Movie Iskandar
2012 Sepah The Movie Based
Ngorat Farhan Penampilan khas
Prince Of The City Putra Sibuyan
2013 Awan Dania The Movie Benjy
2014 Apokalips X Kala / Y
2015 Suamiku, Encik Perfect 10 Akram
2021 10 Tips Tipu Bini Johan
The Code of Happiness Penampilan khas

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2006–2007 Dunia Baru Abang Don TV3
2007 Manjalara Eskandar Karim
2008 5 Jingga Irwan 8TV
Puteri Salju TV3
2009 Matahari
Suria Kasandra Jehan
2010 K.I.T.A Isaac Astro Ria
2013 What If 8TV Sebagai pengarah
2014 Seludup Astro Prima

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2003 Dengan Nama Cinta
2004 Miftahul Jamilah TV3
2010 Buta Warna Astro Ria
2011 Taubah TV1
Nasi Kosong Ikan Kering Astro Prima
2013 Baran TV3

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2007 So You Think You Can Dance (Musim 1) Pengacara 8TV
2012 Roda Igauan Artis undangan Astro Warna
MasterChef Selebriti Malaysia Peserta Astro Ria
2012–2013 Fear Factor Malaysia Peserta
2017 Resipi Sunnah - bersama Chef Andre & Haizi Artis undangan Astro Oasis

Rujukan sunting

  1. ^ Haryati Karim (7 Ogos 2014). Jehan Miskin balik Korea Selatan setahun sekali Diarkibkan 2018-09-25 di Wayback Machine Kosmo!. Diperoleh pada 25 September 2014.

Pautan luar sunting