Jelai[2] (Jawi: جلاي) atau enjelai[3] (Jawi: انجلاي‎, nama saintifik: Coix lacryma-jobi) adalah sejenis tumbuhan saka tropika tinggi yang digolongkan dalam keluarga rumput Poaceae. Ia berasal dari Asia Tenggara[4] disebar luas ke utara tanah China dan India. sehingga ke kawasan-kawasan lembap dan tropika Dunia Baru. Di persekitaran asalnya ia ditanam di kawasan tanah tinggi di mana padi dan jagung tidak tumbuh dengan baik.

Jelai
Enjelai
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Poaceae
Genus:
Coix
Spesies:
lacryma-jobi
Sinonim[1]
  • Coix agrestis Lour.
  • Coix arundinacea Lam.
  • Coix chinensis Tod.
  • Coix chinensis Tod. ex Balansa nom. illeg.
  • Coix exaltata Jacq. ex Spreng.
  • Coix gigantea J.Jacq. nom. illeg.
  • Coix lacryma L. nom. illeg.
  • Coix ma-yuen Rom.Caill.
  • Coix ouwehandii Koord.
  • Coix ovata Stokes nom. illeg.
  • Coix palustris Koord.
  • Coix pendula Salisb. nom. illeg.
  • Coix pumila Roxb.
  • Coix stenocarpa (Oliv.) Balansa
  • Coix stigmatosa K.Koch & Bouché
  • Coix tubulosa Hack.
  • Lithagrostis lacryma-jobi (L.) Gaertn.
  • Sphaerium lacryma (L.) Kuntze nom. illeg.
  • Sphaerium tubulosum (Warb.) Kuntze

Terdapat dua kultivar yang dibezakan dari tumbuhan ini: kultivar liar yang berbiji keras dimanfaatkan untuk tujuan perhiasan dam kultivar tanaman yang mempunyai biji lebih lembut sehingga boleh dimakan.[5]

Taksonomi sunting

Sebanyak empat jenis diterima oleh Senarai Semak Dunia Keluarga Tumbuhan Terpilih setakat Februari 2015:[6]

  • Coix lacryma-jobi var. lacryma-jobi
  • Coix lacryma-jobi var. ma-yuen (Rom.Caill.) Stapf
  • Coix lacryma-jobi var. stenocarpa Oliv.

Pada zaman moden, biji-bijian jelai yang dieksport dari China sering disalah isytiharkan sebagai "barli"[7] ( Hordeum vulgare) meskipun jauh berbeza rumpun dari tumbuhan ini sehinggakan sering terjual dengan nama ini yang telah dilazimkan.

Botani sunting

Jali merupakan pokok saka atau tahunan yang tumbuh merimbun. Ia berbatang tegak dan besar yang mampu menumbuh tinggi sehingga 1-3 m dengan akarnya bersifat serabut kasar yang sukar untuk dicabut.[5] Dedaunnya tumbuh bersilang tentang melapisi batang, setiap helai berbentuk tirus hujung runcing dan tepi rata dengan ukuran 8-100 sm panjang × 1.5-5 sm lebar.[5]

Bunganya keluar dari ketiak daun berbentuk bulir.[5] Buahnya keras bulat lonjong, pada varietas ma-yuen berwarna putih/biru-ungu, dan berkulit keras apabila sudah tua.[5]

Kegunaan sunting

Sebagai perhiasan sunting

Biji-biji baka jelai yang liar boleh digunakan sebagai manik hiasan kalung lagi-lagi dengan sifat biji-biji ini yang keras dan berongga boleh dimasukkan benang ke dalamnya.[8][5] Biji jelai keras boleh dijadikan buah tasbih[9][10] atau langsir.

Masyarakat pulau Borneo terutamanya dalam kalangan orang-orang Dayak Kelabit di Sarawak dan Kalimantan Utara, serta orang Dusun dan Murut di Sabah semuanya menggunakan manik tanaman sebagai hiasan.[11] Orang Kayan of Borneo menggunakan biji jelai untuk menghias pakaian adat dan pahlawan.[12]

Dalam pemakanan sunting

Biji-biji jelas kultivar lembut dituai dan dimakan sebagai bijirin[13] boleh dimasak menjadi bubur dan makan seumpamanya.[14]

Biji-biji jelai turut dibuat menjadi minuman arak di Korea (sebagai okroju, Korea: 옥로주 ) dan China, bir jelai turut didapati di timur laut India serta beberapa bahagian lain di Asia Tenggara.[15]

Rujukan sunting

  1. ^ The Plant List: A Working List of All Plant Species, dicapai pada 6 Ogos 2017
  2. ^ Lihat:
    • "jelai". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
    • "jelai". Kamus Besar Bahasa Indonesia (ed. ke-3). Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa Kemendikbud. 2016.
  3. ^ Lihat:
    • "enjelai". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
    • "enjelai". Kamus Besar Bahasa Indonesia (ed. ke-3). Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa Kemendikbud. 2016.
  4. ^ Taylor, G.D. (Autumn 1953). "Some crop distributions by tribes in upland Southeast Asia". Southwestern Journal of Anthropology. University of New Mexico. 9 (3): 296–308. doi:10.1086/soutjanth.9.3.3628701. JSTOR 3628701. S2CID 129989677.
  5. ^ a b c d e f Dalimartha, Setiawan (2008). Atlas Tumbuhan Obat Indonesia. 5. hal.41-44 & 47. Jakarta: Puspa Swara. ISBN 978-979-1480-18-5.
  6. ^ "Search for Coix lacryma-jobi". World Checklist of Selected Plant Families. Royal Botanic Gardens, Kew. Dicapai pada 2015-02-01.
  7. ^ Bretschneider (1895).
  8. ^ Watt (1904).
  9. ^ Brown, William Henry (1919). Wanderings in the Great Forests of Borneo: Travels and Researches of a Naturalist in Sarawak. Manila: Bureau of printing. m/s. 281.
  10. ^ Ochiai (2010), m/s. 11.
  11. ^ Iwata (1991).
  12. ^ Beccari, Odoardo (1904). Wanderings in the Great Forests of Borneo: Travels and Researches of a Naturalist in Sarawak. London: Archibald Constable. m/s. 281.
  13. ^ Hill, A.F. (1952) [1937]. Economic Botany. McGraw-Hill. m/s. 332. ISBN 9780070287891.
  14. ^ Corke, Huang & Li (2015), m/s. 186.
  15. ^ Nesbitt, Mark (2012) [2005]. "Grains". Dalam Prance, Ghillean; Nesbitt, Mark (penyunting). The Cultural History of Plants. Routledge. m/s. 53, 343–344. ISBN 9781135958114.
Sumber utama