Jajahan Jeli

(Dilencongkan dari Jeli)

Jajahan Jeli (Jawi: جلي) merupakan salah satu daripada 11 jajahan pentadbiran negeri Kelantan. Jajahan Jeli terletak di barat negeri Kelantan. Beberapa kawasan utama di Jeli termasuklah Batu Melintang, Air Lanas dan Kuala Balah. Jajahan Jeli juga merupakan jajahan ketiga terbesar di Kelantan.[5]

Jeli
Jajahan Jeli
Transkripsi lain
 • Tulisan Jawiجلي
 • Tulisan Cina日里县
Bendera Jeli
Lokasi Jajahan Jeli di Kelantan
Lokasi Jajahan Jeli di Kelantan
Map
Jajahan Jeli is located in Bumi
Jajahan Jeli
Jajahan Jeli (Bumi)
Koordinat: 5°42′N 101°50′E / 5.700°N 101.833°E / 5.700; 101.833Koordinat: 5°42′N 101°50′E / 5.700°N 101.833°E / 5.700; 101.833
Negara Malaysia
Negeri Kelantan
Penubuhan1986[1]
PusatJeli
Pihak berkuasa tempatanMajlis Daerah Jeli
Pentadbiran
 • Pegawai daerahNik Raisnan Daud[2]
Keluasan
 • Jumlah1,280.21 km2 (494.29 batu persegi)
Penduduk
 (2020)[4]
 • Jumlah54,656
 • Kepadatan43/km2 (110/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (Tidak dinilai)
Poskod
176xx
Kod panggilan+6-09
Plat pendaftaran kenderaanD

Sejarah sunting

Pada mulanya Jeli berada di bawah pentadbiran jajahan Tanah Merah. Pada 1 Julai 1982, Jeli telah diisytiharkan sebagai sebuah jajahan kecil iaitu hasil daripada pecahan jajahan Tanah Merah dan Kuala Krai. Pada 1 Januari 1986, Jajahan Kecil Jeli telah dinaikkan taraf sebagai sebuah Jajahan penuh.[6]

Geografi sunting

Jajahan Jeli terletak di barat negeri Kelantan dan berkeluasan lebih 1,280 kilometer persegi.[5] Jajahan Jeli bersempadan dengan Jajahan Machang di timur, Jajahan Kuala Krai di tenggara, Jajahan Gua Musang di barat daya, negeri Perak di barat dan negara Thailand di utara. 82% kawasan dalam jajahan Jeli mempunyai bentuk muka bumi yang berbukit bukau, berhutan rimba, dan banyak alur serta sungai. Jajahan ini secara puratanya berketinggian antara 90 meter – 500 meter dari paras sungai. Jajahan ini terletak diantara lembah Sungai Pergau, Sungai Renyut, Sungai Suda dan Sungai Balah.[6]

Pecahan pentadbiran sunting

Jajahan Jeli ditadbir satu pihak berkuasa tempatan, iaitu Majlis Daerah Jeli dan dibahagikan kepada tiga daerah dan tujuh mukim. Terdapat sebanyak 26 kampung dalam jajahan Jeli.

 
Peta Jajahan Jeli

Demografi sunting

Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
199132,720—    
200035,988+10.0%
201039,170+8.8%
202054,656+39.5%
Sumber: [4]

Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di Jajahan Jeli ialah seramai 54,656 orang dengan kepadatan penduduk 43 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk jarang. Majoriti penduduk di Jajahan Jeli berbangsa Melayu, seramai 51,943 orang.[7][8]

Bilangan penduduk mengikut bangsa pada tahun 2020.[7]
Status Bangsa Jumlah
Warganegara Melayu 51,943
Bumiputera lain 920
Cina 142
India 175
Lain-lain 79
Bukan warganegara - 1,397
Jumlah 54,656

Agama sunting

Di jajahan Jeli, agama Islam merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan 99 peratus diikuti agama Buddha, Kristian, Hindu dan lain-lain serta tidak beragama yang mencatatkan kurang satu peratus.[8]

Kemudahan sunting

Terdapat pelbagai kemudahan yang dibina di seluruh jajahan Jeli. Terdapat sebanyak 21 buah sekolah di jajahan ini;[9]

Jenis sekolah Bilangan
Sekolah Kebangsaan 15
Sekolah Menengah Agama 5
Sekolah Berasrama Penuh 1

Jajahan Jeli juga mempunyai sebuah hospital daerah, tiga klinik kesihatan dan 11 klinik desa di sekitar jajahan Jeli.[10]

Pengangkutan sunting

Jaringan jalan raya yang utama di jajahan Jeli termasuklah Lebuhraya Timur-Barat dan Laluan Persekutuan 66.

Kawasan pelancongan menarik sunting

  • Tasik Pergau, Lebuhraya Timur Barat
  • Gunung Reng, Batu Melintang, Jeli
  • Kolam Air panas Jeli di Kampung Kolam Air Panas, Lebuhraya Timur Barat
  • Lata Kashmir
  • Lata Janggut, Kuala Long, Jeli
  • Lata Keding Resort(Hadapan UMK Jeli)
  • Lata Renyok, Jalan Jeli-Dabong, Kg Renyok Jeli.
  • Lata Chenang, Jalan Jeli-Dabong, Kg Relak,Jeli

Rujukan sunting

  1. ^ "Laman Web Rasmi Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli - Sejarah Jajahan". www.ptjj.kelantan.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-12. Dicapai pada 2017-11-27.
  2. ^ "Laman Web Rasmi Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli - Perutusan Ketua Jajahan". www.ptjj.kelantan.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-12. Dicapai pada 2017-11-27.
  3. ^ "Laman Web Rasmi Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli - Keluasan Dan Penduduk". www.ptjj.kelantan.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-12. Dicapai pada 2017-11-27.
  4. ^ a b "Key Findings of Population and Housing Census of Malaysia 2020" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-2000-85-3.
  5. ^ a b User, Super (2024-03-07). "Keluasan Dan Komposisi Penduduk". ptjj.kelantan.gov.my. Dicapai pada 2024-03-07.
  6. ^ a b "Latarbelakang Jajahan". ptjj.kelantan.gov.my. 2024-03-07. Dicapai pada 2024-03-07.
  7. ^ a b "MyCendash-Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020". dosm.gov.my. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2023-12-16.
  8. ^ a b "Indikator Utama Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 Pihak Berkuasa Tempatan" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-253-697-0. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2023-07-24. Dicapai pada 2023-07-24.
  9. ^ "Sekolah di PPD Jeli-Data Sekolah di Malaysia". myschool.daa-taa.com. Dicapai pada 2023-12-16.
  10. ^ User, Super (2024-03-07). "Infrastruktur Jajahan". ptjj.kelantan.gov.my. Dicapai pada 2024-03-07.