Jennica Alexis Maitim Garcia (lahir 26 Disember 1989) merupakan seorang pelakon wanita Filipina. Beliau merupakan anak kepada pelakon wanita popular Filipina, Jean Garcia. Beliau juga seorang pengarah filem dengan latihan.

Jennica Garcia
Kelahiran
Jennica Alexis Maitim Garcia

(1989-12-26) 26 Disember 1989 (umur 34)
WarganegaraFilipina
Nama lainJen, Nic-Nic
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2007 - kini
MajikanGMA Network
ABS-CBN
EjenGMA Artist Center (2007-2014)
PasanganAlwyn Uytingco (k. 2014)
Anak-anakAthena Mori Garcia Uytingco
Ibu bapa

Biografi sunting

Jennica Garcia merupakan merupakan anak perempuan tunggal kepada Jean Garcia dan Jigo Garcia. Beliau memulakan kerjaya lakonannya apabila mendapat peranan sebagai Karen Manansala dalam drama Impostora, program pertamanya bersama GMA Network. Beliau kemudiannya melangkah ke layar lebar menerusi filem Hide and Seek terbitan Regal Films. Beliau berpasangan dengan Mart Escudero, yang memenangi Ultimate Loveteam (bersama Kris Bernal) dalam rancangan StarStruck di GMA. Beliau juga diberitakan berdating dengan Mart. Punca perpisahan mereka adalah kerana kehadiran orang ketiga, dan salah seorang daripada mereka yang terlibat ialah JC Tiuseco yang Jennica bekerja dengannya untuk salah satu episod rancangan Maynila. Pelakon itu dan Mart menafikannya dan tidak akan memberikan sebab mengapa mereka berpisah. Mereka putus hubungan pada awal 2009. Peranan terbesarnya ialah peranannya sebagai Eliza dalam drama Ako Si Kim Samsoon. Beliau merupakan artis kontrak Regal Films sebagai salah seorang daripada Regal Babies.

Selepas Kim Samsoon, beliau menyertai barisan pelakon Gagambino.[1] Beliau telah bekerja dengan ibunya sejak Impostora dan bergandingan sekali lagi bersama Mart Escudero menerusi projek berbeza. Ini merupakan peranan telefantasya pertama Jennica. Selepas Gagambino, Jennica merupakan salah seorang daripada empat barisan pelakon drama Adik Sa’Yo, berpasangan dengan pelakon Dennis Trillo, yang bersiaran pada 8 Jun 2009. Drama itu berakhir pada 11 September 2009 dan memproleh rating tertinggi di TV. Beliau menerima banyak ulasan baik kerana lakonannya sebagai Karen dalam drama tersebut kerana sifat terus terangnya — terutamanya babak beliau mengejar Rueben (Trillo) [2] Beliau berlakon dalam siri SRO Cinemaserye yang bertajuk Reunion bersama Sheena Halili dan bekas teman lelakinya, Mart Escudero; ia bersiaran pada 17 September 2009.

Jennica dan keluarganya terselamat daripada banjir semasa ribut taufan Ketsana (juga dikenali sebagai Taufan Ondoy) pada 26 September 2009. Ini merupakan kali kedua musnah sejak 2003.

Beliau baru-baru ini berlakon dalam drama Sine Novela keduanya, Ina Kasusuklaman Ba Kita? bersama ibunya, Jean Garcia.[3]

Beliau juga baru-baru ini membintangi drama Pilyang Kerubin bersiaran di GMA Network. Beliau kini membintangi drama sitkom pertamanya, Jejemom yang bersiaran pada Ogos 2010, dan dalam Bantatay, yang bersiaran pada September 2010.

Selepas lima bulan berehat dari drama, Jennica muncul dalam sitkom Show Me Da Manny pada 17 April 2010, bersama bintang tinju Filipina, Manny Pacquiao dan pelakon Marian Rivera. Pada bulan berikutnya, beliau muncul dalam Mind Master (7 Mei). Beliau kembali menerusi drama Captain Barbell; semasa rakaman itu dijalankan, beliau pengsan dan dikhabarkan hamil. Pada 2014, Garcia ditukarkan ke rangkaian saingan GMA Network, ABS-CBN selepas menghabiskan dramanya bersama rangkaian Kapuso, Carmela dan beliau muncul dalam episod rancangan Ipaglaban Mo!.

Beliau mengesahkan telah berkahwin dengan Alwyn Uytingco pada Februari tahun yang sama.

Filemografi sunting

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Catatan Rangkaian
2016 Yan Ang Morning! Herself/Guest Guest GMA Network
2015 Pepito Manaloto Juliet Guest
2014 Ipaglaban Mo: Pagkilala ng Ama Ana Mauricio/ Ana dela Paz Lead Role ABS-CBN
Banana Split Herself Guest
Wattpad Presents: DyepNi Nialla Main Cast TV5
Carmela Alliyah Main Cast GMA Network
2013 My Husband's Lover Aya Main Cast
Bukod Kang Pinagpala Ofelia Almazan Main Cast
2012 Kasalanan Bang Ibigin Ka? Bianca Santiago Main Cast
My Beloved Monica Quijano Main Cast
2011 Spooky Nights: Singil Lea Main Role
Captain Barbell Linda Guest
2010-2011 Bantatay Joanna Main Cast
2010 Puso ng Pasko: Artista Challenge Herself Guest
JejeMom Lovely Dela Cruz Main Cast
Pilyang Kerubin Betty Guest Role
Ina, Kasusuklaman Ba Kita? Rizzi M. Bustamante Lead Role
2009 Dear Friend: The Three Bachelors Emily Lead Role
SRO Cinema: Reunion Chanitilly Lead Role
Adik Sa 'Yo Karen Maglipot Lead Role
Maynila Apple Lead Role
Maynila: Death, Be Not Vina Lead Role
2008-2009 Gagambino Gelay Lopez Bayani Supporting Role
2008 Dear Friend: Bulong ng Puso Tony Lead Role
Ako si Kim Samsoon Eliza Buot Supporting Role
Babangon Ako't Dudurugin Kita Young Julie Maceda Supporting Role
2007 Pasan Ko Ang Daigdig Janet Supporting Role
Boys Nxt Door Summer / Winter Main Cast
Impostora Karen Manansala Supporting Role

Filem sunting

Tahun Tajuk Peranan Syarikat penerbitan filem
2012 Alyas Waway Viva Films, Regal Films, & Scenema Concept International
2009 Shake, Rattle & Roll XI Shiela Regal Films
2008 Shake, Rattle & Roll X Kaysee Regal Films
One True Love Raya Regal Films & GMA Films
2007 Hide and Seek Nica Regal Films

Rujukan sunting

  1. ^ Dinno Erece (August 22, 2008) ”Gagambino” is set to spin its web. PEP.ph. Retrieved on 2013-01-15.
  2. ^ Mark Angelo Ching (June 5, 2009) Adik Sa'Yo will premiere on June 8. Pep.ph. Retrieved on 2013-01-15.
  3. ^ Ruel J. Mendoza (January 22, 2010) Jennica Garcia has to muster up enough courage to physically hurt her mom in their new soap. Pep.ph. Retrieved on 2013-01-15.

Pautan luar sunting