Jeongol adalah sejenis stu atau kaserol dalam masakan Korea. Ia sama dengan kategori stu Korea yang dikenali sebagai jjigae, dengan perbezaan utama ialah bahawa jjigae biasanya dibuat dengan hanya satu bahan utama, dan dinamakan sempena bahan tersebut (seperti kimchi jjigae atau sundubu jjigae), sementara jeongol biasanya mengandungi pelbagai bahan-bahan utama.[1] Perbezaan tambahan adalah bahawa jeongol (seperti gujeolpan) pada asalnya adalah suatu hidangan untuk masyarakat Korea kelas atasan dan keluarga diraja, manakala jjigae adalah hidangan yang lebih mudah untuk orang kebanyakan.[2]

Jeongol
Seperiuk haemul jeongol (jeongol dengan pelbagai makanan laut)
JenisStu atau kaserol
Tempat asalKorea
Bahan utamaDaging lembu atau makanan laut, sayuran, cendawan, perasa, rebusan
Keragaman/variasiSinseollo
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Jeongol
Hangul전골
Hanjan/a
Perumian Semakanjeongol
McCune–Reischauerchŏnkol

Sejarah sunting

Menurut buku lewat era Joseon Manguksamulkiwon Yeoksa (hangul: 만국사물기원역사, hanja: 萬國事物紀原歷史, "Sejarah Pelbagai Objek dari Seluruh Dunia"), jeongol berasal dari zaman purba apabila tentera akan memasak makanan mereka dalam topi keledar besi ketika masa perang kerana kekurangan peralatan memasak.[3][1] Dalam dokumen lain era Joseon seperti Kyeongdo Jabji (hangul: 경도잡지, hanja: 京都雜志), ada dinyatakan bahawa jeongol dimasak dalam bekas yang dipanggil jeolliptu (전립투, topi askar) kerana ia menyerupai topi keledar askar. Dalam Siuijeonseo (hangul: 시의전서, hanja: 是議全書), ia menyatakan bahawa daging lembu yang diperisakan dihiris nipis dan dimasak di dalam periuk dan ditaburi dengan serbuk kacang pain, dan kadang-kadang dimasak dengan rebung, anak kurita dan tiram.[1]

Penyediaan sunting

Jeongol biasanya mengandungi hirisan daging lembu atau makanan laut, sayuran, cendawan, dan perasa lain, yang direbus dengan sedikit air rebusan dalam jeongolteul (전골틀, periuk yang digunakan untuk memasak jeongol). Bahannya juga mungkin termasuk Mandu (ladu). Beberapa jenis jeongol adalah pedas, yang mengandungi gochujang atau serbuk cili, tetapi bahan-bahan ini boleh diabaikan. Kepelbagaian air rebusan yang digunakan adalah berbeza-beza mengikut jenis jeongol yang disediakan.[1]

Kepelbagaian sunting

  • Sinseollo (신선로) - sejenis jeongol pernah disaji dalam masakan diraja Korea[4]
  • Haemul jeongol (해물전골) - dimasak dengan makanan laut[4]
  • Nakji jeongol (낙지전골) - dimasak dengan kurita kecil[4]
  • Sogogi jeongol (소고기전골) - dimasak dengan daging tanpa makanan laut[4]
  • Mandu jeongol (만두전골) - dimasak dengan mandu[5][6][7]
  • Dubu jeongol (두부전골) - dimasak dengan tauhu[4]
  • Beoseot jeongol (버섯전골) - dimasak dengan cendawan[4]
  • Gopchang jeongol (곱창전골) - dimasak dengan organ lembu[4]
  • Gaksaek jeongol, (각색전골) - dimasak dengan pelbagai bahan.[8]
  • Gaegogi jeongol (개고기 전골) - dimasak dengan daging anjing.[9][10]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d (Korea) Jeongol Diarkibkan 2011-06-10 di Wayback Machine at Encyclopedia of Korean Culture
  2. ^ (Korea) Jeongol at Doosan Encyclopedia
  3. ^ (Korea) Manguksamulkiwon Yeoksa Diarkibkan 2011-06-10 di Wayback Machine at Encyclopedia of Korean Culture
  4. ^ a b c d e f g (Korea) Jeongol Diarkibkan 2011-06-10 di Wayback Machine t Britannica Korea
  5. ^ Kim Hyeong-woo (김형우) (2006-11-08). 만두집 '다락정' (dalam bahasa Korean). Chosun Ilbo.CS1 maint: unrecognized language (link)
  6. ^ Park Je-seong (박제성) (2007-09-06). 샐러리맨의 만찬]삼선교·양재동 ‘하단’ (dalam bahasa Korean). Kyunghyang Sinmun.CS1 maint: unrecognized language (link)
  7. ^ Gwon Se-jin (권세진) (2006-11-16). 겨울철 별미 만두 맛있는 집 (dalam bahasa Korean). Sekye Ilbo.CS1 maint: unrecognized language (link)
  8. ^ (Korea) Gaksaek jeongol at Doosan Encyclopedia
  9. ^ "Cuisine of Dog Meat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-22. Dicapai pada 7 January 2015.
  10. ^ 더위 달구는 개고기 열전 (dalam bahasa Korean). 22 July 2004. Dicapai pada 7 January 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)

Pautan luar sunting