Jeremain Lens

Dutch footballer

Jeremain Marciano Lens (lahir 24 November 1987) merupakan pemain bola sepak Belanda yang kini bermain untuk FC Dynamo Kiev dan pasukan kebangsaan Belanda. Beliau bermain di posisi pemain tengah atau penyerang kedua.

Jeremain Lens
Maklumat peribadi
Nama penuh Jeremain Marciano Lens[1]
Tarikh lahir (1987-11-24) 24 November 1987 (umur 36)
Tempat lahir Amsterdam, Belanda
Ketinggian 1.78 m (5 ka 10 in)
Posisi permainan Sayap / Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
FC Dynamo Kyiv
Nombor 7
Kerjaya remaja
Spartaan
Ajax
Omniworld
AZ
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2006–2010 AZ 55 (13)
2007–2008NEC (pinjaman) 31 (9)
2010–2013 PSV 96 (34)
2013– Dynamo Kiev 39 (10)
Pasukan kebangsaan
2006 Belanda B19 2 (1)
2006–2007 Belanda B20 4 (0)
2007–2008 Belanda B21 5 (0)
2010– Belanda 29 (8)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 5 Disember 2014
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 18 Jun 2014

Kerjaya kelab sunting

AZ sunting

Lens membuat debut profesional ketika musim 2005-06. Beliau hanya bermain dua perlawanan untuk AZ Alkmaar ketika musim itu. Sebelum beliau bermain pada kelab remaja AZ, beliau telah ke FC Omniworld dan Ajax Amsterdam.

Pada Jun 2007, Lens dipinjam ke kelab NEC pada musim panas 2007. Lens berjaya mejaringkan lapan gol dalam 16 perlawanan. NEC juga berjaya layak ke Piala UEFA.

Ketika jurulatih Louis van Gaal meninggalkan AZ untuk ke Bayern Munich, Lens menerima banyak peluang untuk bermain. Beliau diberi peluang bermain ketika di bawah jurulatih baru.

PSV sunting

Pada 21 Mei 2010, Lens menandatangani kontrak empat tahun bersama PSV Eindhoven. Beliau diberi jersi nombor 9. Beliau telah menjaringkan tiga gol daripada 11 perlawanan di Liga Europa. Beliau menjaringkan 11 gol daripada 33 perlawanan liga. Ketika permulaan musim 2011-12, beliau menukar jersi 11. Pada 6 November 2011 ketika menentang Heracles, beliau menjaringka hatrik pertama untuk kelab.

Dynamo Kiev sunting

Pada 18 Jun 2013, Lens menandatangani kontrak empat tahun bersama kelab Ukraine, FC Dynamo Kiev.[2] Pada 29 Ogos 2013, Lens menjaringkan gol pertamanya untuk Dynamo ketika menang 5-1 ke atas FC Aktobe pada perlawanan play-off Liga Europa. Pada 6 Oktober, Lens menjaringkan dua gol pertamanya di liga ketika menang 9-1 ke atas FC Metalurh Donetsk.

Kerjaya antarabangsa sunting

Walaupun Lens bermain untuk pasukan bawah-21 Belanda, tetapi beliau memilih untuk bermain bersama pasukan kebangsaan Suriname kerana beliau berkata beliau orang Suriname. Pada 2009, Lens dipanggil oleh jurulatih kebangsaaan Suriname, Wensley Bundel untuk Piala Bier PARBO. Beliau menjaringkan dua gol daripada tiga perlawanan dan membantu Suriname menduduki tempat kedua kejohanan. Kejohanan itu bukan di bawah FIFA dan Lens masih dipanggil untuk sertai Belanda.

Pada 3 Mei 2010, Lens dipanggil oleh pasukan kebangsaan Belanda untuk sebahagian daripada persiapan Piala Dunia FIFA 2010. Walau bagaimanapun pada 27 Mei 2010, pengurus Belanda, Bert van Marwijk menyenaraikan 23 pemain yang mengambil bahagian tetapi Lens tiada dalam senarai itu. Pada 11 Ogos 2010, Lens membuat debut untuk Belanda ketika seri 1-1 menentang Ukraine dan beliau juga menjaringkan gol pada perlawanan iut.

Lens menjaringkan lima gol ketika kempen kelayakan Piala Dunia FIFA 2014 dan terpilih dalam skuad Piala Dunia FIFA 2014.

Gol antarabangsa sunting

# Tarikh Lokasi Lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
11 Ogos 2010 Donetsk. Ukraine   Ukraine
0–1
1–1
Persahabatan
2
11 September 2012 Budapest, Hungary   Hungary 0–1 1–4 Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014
3
1-3
4
16 Oktober 2012 Bucharest, Romania   Romania
0–1
1-4
Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014
5
6 Februari 2013 Amsterdam, Belanda   Itali
1–0
1–1
Persahabatan
6
26 Mac 2013 Amsterdam, Belanda   Romania
4–0
4–0
Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014
7
11 Oktober 2013 Amsterdam, Belanda   Hungary
3–0
8–1
Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014
8
4 Jun 2014 Amsterdam, Belanda   Wales
2–0
2–0
Persahabatan

Penghargaan sunting

Kelab sunting

AZ
PSV
Dynamo Kiev

Antarabangsa sunting

Belanda

Rujukan sunting

  1. ^ "2014 FIFA World Cup Brazil: List of Players" (PDF). FIFA. 11 June 2014. m/s. 25. Dicapai pada 11 June 2014.
  2. ^ Dynamo Kyiv signs Dutch striker, Interfax-Ukraine (19 June 2013)
  3. ^ "2014 FIFA World Cup Brazil: Brazil-Netherlands". FIFA. 12 July 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-04-16. Dicapai pada 21 August 2014.