Jesse Abraham Arthur McCartney (dilahirkan pada 9 April 1987) ialah seorang penyanyi pop Amerika dan dicalonkan sebagai pelakon Daytime Emmy. McCartney mula-mula mencapai kemasyhuran pada awal 2000-an, sebagai salah seorang ahli kumpulan Dream Street, dan kemudian bekerja solo, setelah kemunculan pertamanya di sebuah siri televisyen Summerland.

Jesse McCartney
Latar belakang
Nama lahirJesse Abraham Arthur McCartney
Berasal dariAmerika Syarikat Westchester, New York
Genrepop
PekerjaanPelakon, penyanyi
Tahun aktif1998–kini (actor)
2003–kini (singer)
Syarikat rakaman
Hollywood (2003–kini)
Pengkarya berkait
Disney
All My Children
Summerland
Laman sesawang
JesseMcCartney.com

Kehidupan Awal sunting

Jesse McCartney dilahirkan di Ardsley, New York, kepada Scott dan Ginger McCartney. McCartney bermula melakukan persembahan dalam muzikal komuniti setempatnya pada usia 7 tahun sebelum menyertai tour nasional The King and I pada usia 10 tahun bersamaan pelakon Phil of the Future, Ricky Ullman.

Kerjaya perlakonan sunting

McCartney berlakon dengan The Who's Roger Daltrey dalam A Christmas Carol di Madison Square Garden, New York. Dari 1998–2001, McCartney melakonkan watak Adam Chandler, Jr. dalam soap opera ABC, All My Children, watak yang dicalonkan untuk memenangi satu Daytime Emmy. Dia juga berlakon dalam siri Summerland, yang disiarkan oleh WB network untuk dua musim.

Dalam 2005, McCartney berlakon sebagai watak undangan dalam rancangan Disney Channel, The Suite Life of Zack & Cody. Dalam 2006 pula, McCartney menyumbangkan suaranya dalam Roxas, permainan video Disney/Square Enix Kingdom Hearts II. Dalam 2007, McCartney berlakon sebagai watak undangan dalam rancangan televisyen Disney Channel, Hannah Montana. Dalam 2008, McCartney sekali lagi menyumbangkan suaranya untuk watak Jojo McDodd dalam filem Horton Hears A Who!'s. McCartney juga merupakan suara Theodore dalam filem 2007 Alvin and the Chipmunks dan sebagai Terrence dalam filem 2008 Tinker Bell.

In 2008, McCartney berlakon di samping Elisabeth Harnois dalam filem remaja, Keith, sebuah filem Todd A. Kessler. Ini merupakan filem pertamanya sebagai seorang watak utama. Keith disiarkan pada 19 September 2008.

Menurut kata Entertainment Weekly pada Disember 2008, McCartney berbincang memainkan watak putera Zuko, Fire's Nation dalam filem adapsi M. Night Shyamalan, Avatar: The Last Airbender.[1] Dalam Februari 2009, pelakon Briton Dev Patel mengambil tempat McCartney yang mempunyai tarikh tour yang dilaksanakan pada masa yang sama.[2] McCartney mempunyai minat dalam pembuatan filem sehingga melaporkan untuk memasuki sekolah pembuatan filem .[3]

Dalam 2009, McCartney bersetuju untuk mengambil satu watak dalam siri ABC Family, GRΣΣK.

Lagu Popular sunting

Lagu Jesse McCartney yang popular adalah:-

  • Beautiful Soul

Beautiful Soul merupakan lagu pertamanya yang dikeluarkan oleh beliau dan merupakan lagu yang menjadikannya terkenal terutamanya di luar Amerika Syarikat. Lagu ini berjaya meraih tangga yang pertama di German, Ireland, Taiwan, Australia, New Zealand dan Belgium. Lagu ini pula berjaya meraih tempat ke-16 dalam US Billboard Hot 100. Lagu ini merupakan lagu paling popular beliau di negara-negara Eropah dan merupakan satu-satunya lagu beliau yang dapat meraih tangga pertama dalam lebih daripada 6 buah negara dan tangga kesupuluh dan ke atas di lebih daripada 10 buah negara di seluruh dunia. Di India, lagu ini merupakan lagu paling popular beliau sehinnga kini.

  • She's No You

Ini merupakan lagu kedua beliau. Walaupun tidak menerima kejayaan yang sama dengan Beautiful Soul, lagu ini berjaya menarik lebih lagi peminat untuknya.

  • Get You Shine On

Lagu ini merupakan lagu album Beautiful Soul yang juga digunakan dalam filem 2004 Fat Albert. Lagu ini hanya mendapat sambutan yang baik di Australia kerana lagu ini hanya dikeluarkan di negara tersebut dan New Zealand.

  • Because You Live

Lagu ini dikeluarkan sebagai lagu ketiga sah beliau di Amerika Syarikat dan Eropah. Lagu ini mendapat sambutan yang paling positif di Itali.

  • Right Where You Want Me

Lagu ini merupakan lagu utama album keduanya yang mempunyai nama yang sama. Lagu ini hanya mendapat sambutan yang memuaskan di seluruh dunia tetapi tidak dapat menandingi kejayaaan yang diperolehi oleh Beautiful Soul. Lagu dikatakan tidak mempunyai keunikan yang diharapkan oleh peminat beliau kerana beliau harus memajukan diri daripada zaman remajanya jika ingin menyimpan peminatnya dan ini direalisasikan dalam album ketiganya Departure.

  • Just So You Know

Lagu ini mendapat sambutan yang baik hanya di luar Amerika Syarikat terutamanya di Asia dalam negara seperti Malaysia dan Singapura

  • Leavin'

Leavin' boleh didebatkan sebagai lagu paling popular beliau sehingga kini. Leavin' merupakan lagu paling berjaya beliau dalam Amerika Syarikat dan menduduki tempat pertama American Top 40 selama 5 minggu berturut-turut. Lagu ini merupakan lagu kedua paling lama meraihkan tempat pertama dalam Billboards Top 40 Mainstream di belakang Bleeding Love oleh Leona Lewis yang asalnya merupakan lagu beliau. Beliau juga merupakan penulis lirik Bleeding Love, lagu terbesar tahun itu dan menerima penghormatan untuknya. Leavin' mencapai tahap 2 kali platinum. Leavin' juga dinyanyi oleh penyanyi lain seperti Taylor Swift dalam konsertnya. Leavin' meraihkan lebih daripada 21 juta penonton dalam laman web youtube yang menunjukkan kehebatan lagu ini.

  • It's Over

Lagu ini merupakan lagu kedua beliau dari album ketiganya, Departure yang tidak senasib Leavin' tetapi masih menunjukkan prestasi yang memuaskan terutamanya di peringkat antarabangsa seperti di Taiwan, Malaysia dan Singapura. Lagu ini berjaya meraih tempat kedua dalam carta Fly FM Top 30.

  • How Do You Sleep?

Lagu ini berjaya mendapat lebih sambutan berbanding dengan It's Over dan dikeluarkan sebagai single bersamaan Ludacris. Lagu ini berjaya mencapai tangga keenam dalam American Top 40 semasa kemuncaknya.

  • Body Language

Lagu ini akan dikeluarkan sebagai single bersamaan T-Pain dalam pertengahan Ogos 2009 dan mempunyai persamaan dengan Leavin' seperti sepatah baris yang digunakan dari Leavin' iaitu "The thing you got behind you is amazing". Body Language dikatakan boleh meraih kejayaan lebih dari It's Over dan How Do You Sleep? kerana koloborasinya dengan T-Pain. Lagu ini juga berbeza dengan lagu lain Jesse McCartney kerana mempunyai patah kata bahasa berbeza seperti Bahasa Jepun, Bahasa Sepanyol dan Bahasa Perancis. Lagu ini juga merupakan lagu pertamanya daripada album Departure:Recharged.

Album sunting

  • Beautiful Soul
  • Right Where You Want Me
  • Departure
  • Departure:Recharged

Rujukan dan nota sunting

  1. ^ Sperling, Nicole (December 17, 2008). "Movies". Entertainment Weekly (1026): 15.
  2. ^ Fleming, Michael (2009-02-01). "Shyamalan cast floats on Air". Variety. Dicapai pada 2009-02-01.
  3. ^ Carroll, Larry. "Keith ... Set Visit". MTV. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-13. Dicapai pada 2009-02-04.