Daoji (Cina Ringkas: 道济禅师; Cina Tradisional: 道濟禪師; pinyin: dào jì chán shī) (1130 – 1207), umumnya dikenali sebagai Ji Gong (Cina Ringkas: 济公; Cina Tradisional: 濟公; pinyin: Jìgōng, Master Ji) atau (Cina Ringkas: 济公活佛; Cina Tradisional: 濟公活佛; pinyin: Jìgōng huófó, Buddha Hidup Ji Gong), ialah biksu aliran Linji Chán semasa Dinasti Song Selatan di China. Dilahirkan dengan nama Li Xiuyuan (李修元), sesetengah sumber menyebut namanya sebagai 李修缘. Dao Ji juga dikenali sebagai Hu Yin (Penyendiri dari Tasik) dan Fang Yuan si Lebih Tua (Bulatan Empat Segi).

Arca Daoji

Sejarah sunting

Dilahirkan dengan nama Li Xiuyuan kepada penasihat tentera Li Maochun, Daoji dilahirkan selepas ibu bapanya yang tidak mempunyai anak memasuki sebuah kuil. Sebaik sahaja mereka sampai ke Dewan Lima Ratus Arhat, arca Mahakasyapa terjatuh dari singgahsana teratainya, suatu tanda bahawa arhat telah turun ke bumi.

Selepas kematian ibu bapanya, Ji Gong ke Hangzhou dan menjadi sami di Kuil Ling Yin yang termasyhur, berhampiran Hangzhou. Walaupun kelakuannya yang ganjil melanggar banyak peraturan vinaya (tatalaku tradisional untuk kaum sami), Daoji dikatakan berbaik hati dan sentiasa bersedia untuk membantu orang awam. Namun, tingkah lakunya ada yang kelainan dari sami biksu lain seperti memakan daging dan meminum arak yang ditegah, sehinggakan kelakuan ini membingungkan sami sekerja yang lain yang kemudian memecatnya dari biara. Sejak masa itu, Daoji berkelana dan membantu sesiapa sahaja jika dia berupaya.

Menurut legenda, semasa memupuk ajaran Buddha, Daoji dikatakan mencapai kuasa ajaib. Banyak orang yang nampak sifatnya yang ganjil tetapi berbaik hati dan penuh dengan belas kasihan mula berfikir bahawa Ji Gong ialah jelmaan bodhisatva atau arhat dan kemudian mengakuinya sebagai jelmaan Arhat Penjinakan Naga (Cina Ringkas: 降龙罗汉; Cina Tradisional: 降龍羅漢; pinyin: Xiánglóng Luóhàn), salah satu daripada lapan belas arhat legenda.

Apabila Daoji meninggal dunia di biara Jing Ci pada 14 haribulan dalam bulan qamari kelima (17 Jun 1207), Taoisme Sinkretik mula menghormatinya sebagai dewa dan menerimanya ke dalam dewata. Tidak lama kemudian, agama Buddha juga mula menghormati sifatnya yang baik dan penuh dengan belas kasihan, dengan para penganut Buddha Chán melibatkannya dalam banyak koan klasik yang dicipta mereka. Mazhab I Kuan Tao juga menerimanya ke dalam dewata mereka.

Penggambaran sunting

Ji Gong biasanya dilihat tersenyum dalam pakaian yang koyak-rabak, dengan sebotol wain di tangan kanan dan sekeping kipas (yang dipercayai mempunyai kuasa ajaib) di tangan kiri. Dia memakai topi dengan aksara Cina Fo (佛) yang membawa pengertian "Buddha". Ji Gong kekadang juga boleh dilihat memegang kasutnya di tangan kanan. Disebabkan sifatnya yang bersahaja, dia jarang dilihat dengan wajah yang serius.

Daoji dalam budaya pop sunting

  • Pengarah dan pelakon komedi Stephen Chow menggambarkan Ji Gong dalam filemnya, Si Sami Gila, pada tahun 1993.
  • Kehidupan Daoji juga dipopularkan dalam siri TV, Legenda Ji Gong, yang disiarkan juga pada 1993.

Pautan luar sunting