Jigme Khesar Namgyel Wangchuck

Jigme Khesar Namgyel Wangchuck (འཇིགས་མེད་གེ་སར་རྣམ་རྒྱལ་དབང་ཕྱུག་, trans. Wylie: 'jigs med ge sar rnam rgyal dbang phyug;[1], lahir 21 Februari 1980) ialah Raja Naga ke-5 Bhutan dan ketua kerabat Wangchuck.[2] Baginda naik takhta pada 14 Disember 2006, dan ditabalkan secara rasmi pada 6 November 2008. Baginda kini merupakan ketua negara yang paling muda di dunia.

Jigme Khesar Namgyel Wangchuck
འཇིགས་མེད་གེ་སར་རྣམ་རྒྱལ་དབང་ཕྱུག
Druk Gyalpo
Raja Bhutan
Pemerintahan14 Disember 2006 – kini
Kemahkotaan6 November 2008
Didahului olehJigme Singye Wangchuck
Pewaris langsungJigyel Ugyen Wangchuck
Perdana Menteri
Keputeraan (1980-02-21) 21 Februari 1980 (umur 44)
Istana Dechencholing, Bhutan
PasanganJetsun Pema (2011–kini)
KerabatKerabat Wangchuck
AyahandaJigme Singye Wangchuck
BondaTshering Yangdon
AgamaBuddhisme Vajrayana

Kerabat diraja sunting

Khesar ialah putera sulung kepada Raja Naga Bhutan keempat, iaitu Jigme Singye Wangchuck, dan permaisurinya yang ketiga, Permaisuri (Ashi) Tshering Yangdon. Baginda mempunyai seorang adinda perempuan dan seorang adinda lelaki, di samping empat adik-beradik tiri perempuan dan tiga adik-beradik tiri lelaki.[3]

Semasa membuka sesi parlimen pada 20 Mei 2011, baginda mengumumkan pertunangannya dengan Jetsun Pema, berusia 21 tahun, seorang awam lahir di Thimphu pada 4 Jun 1990. Mereka berkahwin pada 13 Oktober 2011 di Punakha Dzong.[4][5][6]

Pendidikan sunting

Setelah tamat pendidikan asas di Bhutan, Khesar melanjutkan pelajarannya ke Akademi Phillips (Andover), Akademi Cushing dan Wheaton College di Massachusetts, Amerika Syarikat, sehingga tamat pengajian di Kolej Magdalen, Universiti Oxford, United Kingdom, tempat baginda melengkapkan Program Perkhidmatan Luar dan ijazah Sarjana Falsafah dalam bidang Politik.[7]

Baginda banyak melancong ke luar negeri, selaku wakil rasmi Bhutan serta memainkan peranan penting dalam pelbagai pertubuhan kebudayaan, pendidikan dan ekonomi.

Naik takhta sunting

Pada Disember 2005, Raja Jigme Singye Wangchuck mengumumkan hajat baginda untuk turun takhta serta-merta agar memberi laluan kepada anakanda baginda pada tahun 2008.[8] Pada 14 Disember 2006, baginda mengumumkan yang baginda menuruni takhta dan menyerahkannya kepada Khesar Wangchuck.[9]

Khesar secara rasminya dimahkotakan pada 6 November 2008 di istana diraja di Thimphu. Istiadat pertabalan gilang-gemilang terdiri daripada upacara kuno yang berwarna-warni dihadiri ribuan tetamu kehormat dari luar negeri, termasuk Presiden India Pratibha Patil, Sonia Gandhi, Menteri Luar Pranab Mukherjee dan bintang-bintang Bollywood.[10] CNN melaporkan rakyat jelata mengecat papan tanda, menggantungkan sepanduk keraian, menghiasi bulatan trafik dengan bunga segar untuk meraikan naik takhta raja baru.[11] Baginda menjadi raja termuda di dunia pada usia 28 tahun.[10]

Pencapaian selaku raja sunting

Raja muda ini memulakan pemerintahan yang luar biasa dengan menyaksikan pendemokrasian negara baginda, dengan mengetuai sesi terakhir parlimen ketika itu yang mempertimbangkan undang-undang pengundian, pembaharuan dasar tanah dan pelbagai isu penting yang lain.[12] Baginda pernah bertitah bahawa generasi rakyat Bhutan masa ini memikul tanggungjawab memastikan kejayaan demokrasi. Baginda juga banyak menjelajah negara baginda agar menggalakkan orang ramai menyertai pelaksanaan demokrasi akan datang, terutamanya kepada golongan muda mengenai perlunya rakyat Bhutan mencapai peningkatan mutu tidak kira dari segi pendidikan, perniagaan, perkhidmatan awam dan perlunya warganegara kecil ini lebih gigih berusaha berbanding warganegara lain.[13][14]

Baginda menandatangani perjanjian persahabatan baru dengan India pada bulan Februari 2007, yang menggantikan perjanjian lama pada tahun 1949.[15] Kebanyakan inisiatif kerajaan dijalankan oleh raja baru ini yang berazam untuk mengukuhkan sistem agar bersedia mengalami perubahan demokratik pada tahun 2008. Setelah lama menunggu selesainya pilihan raya parlimen, akhirnya pada bulan Julai 2008 ditetapkan tarikh pemahkotaan baginda.[16][10]

Rujukan sunting

  1. ^ "A Legacy of Two Kings". Bhutan Department of Information Technology. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Mac 2012. Dicapai pada 6 November 2008.
  2. ^ Das, Biswajyoti (18 Disember 2006). "Bhutan's new king committed to democracy". Boston Globe. Dicapai pada 6 November 2008.
  3. ^ Lawson, Alistair (2008-11-04). "Profile: Jigme Khesar Namgyel Wangchuck". BBC News.
  4. ^ "Royal wedding: Bhutan king weds Jetsun Pema". NDTV. 2011-10-13. Dicapai pada 2011-10-13.
  5. ^ "Bhutan's 'Prince Charming' king marries student bride". The Daily Telegraph. 2011-10-12. Dicapai pada 2011-10-13.
  6. ^ Adam Plowright (2011-05-20). "Bhutan's 31-year-old king to marry". Sydney Morning Herald. Dicapai pada 2011-05-24.
  7. ^ "His Royal Highness Crown Prince Dasho Jigme Khesar Namgyel Wangchuck". RAOnline. Dicapai pada 2008-11-06.
  8. ^ "Bhutan king announces abdication". BBC. 2005-12-18. Dicapai pada 2008-11-06.
  9. ^ "Bhutanese king steps down early". BBC. 2006-12-15. Dicapai pada 2008-11-08.
  10. ^ a b c "Lavish coronation for Bhutan king". BBC. 2008-11-06. Dicapai pada 2008-11-06.
  11. ^ "Himalayan nation of Bhutan crowns new king". CNN. 2008-11-06. Dicapai pada 2008-11-06.[pautan mati kekal]
  12. ^ "Last National Assembly session begins". Bhutan Observer. 19 Januari 2008. Dicapai pada 6 November 2008.
  13. ^ "His Majesty to attend mock election in Dungkhar". Kuensel. 22 April 2007. Dicapai pada 6 November 2008.
  14. ^ "His Majesty speaks on Bhutan's future". Kuensel. 11 April 2006. Dicapai pada 2008-11-06.
  15. ^ "Bhutan and India sign new treaty". BBC. 8 Februari 2007. Dicapai pada 6 November 2008.
  16. ^ "Bhutan king to be crowned at last". BBC. 23 Julai 2008. Dicapai pada 2008-11-06.

Pautan luar sunting

Jigme Khesar Namgyel Wangchuck
Tarikh keputeraan: 21 Februari 1980
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Jigme Singye Wangchuck
Raja Bhutan
2006 – kini
Pemegang jawatan kini
Heir:
Jigyel Ugyen Wangchuck