Johan Mohamed Nawawi (29 Jun 1966 – 24 Mac 2017)[1] ialah penggubah lagu dan penerbit rakaman Malaysia. Antara lagu popular ciptaannya berjudul "Hanya Satu", "Desa Tercinta", "Naluri" dan "Samudera" nyanyian Nora yang juga merupakan isterinya. Johan boleh bermain alat-alat muzik seperti piano dan gitar dan aktif bermain muzik dari 1986 hingga kematiannya.

Johan Nawawi
Nama lahirJohan bin Mohamed Nawawi
Kelahiran29 Jun 1966
Ipoh, Perak, Malaysia
Meninggal dunia24 Mac 2017 (umur 50)
Pekerjaanpemuzik, komposer, pengarah muzik, penerbit rakaman
Instrumenpiano, gitar
Tahun aktif1986–2017
Syarikat rakaman
Johan Nawawi Sdn. Bhd.

Kehidupan peribadi sunting

Beliau berasal dari Ipoh, Perak, namun kampung halamannya ialah Pasir Mas, Kelantan. Beliau ialah anak bekas Ketua Pengarah Pusat Islam pertama, Mohd Nawawi Mahmud. Mereka menetap di Petaling Jaya, Selangor. Beliau memiliki diploma bidang arkitek daripada Federal Institute of Technology (FIT).

Lagu KeIslaman sunting

Antara karyanya yang berunsur Islam ialah Erti Al-Fatihah, nyanyian Putri yang merupakan salah seorang dari anaknya. Lagu ini hasil adaptasi daripada pengertian surah dari kitab suci umat Islam (al-Quran). Surah tersebut ialah al-Fatihah. Beliau mendapat persetujuan daripada Tan Sri Prof. Kamal Hassan yang merupakan bekas Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Ustaz Aminullah Saliman dan Ustaz Che Bakar Che Mat. Lagu Erti Al-Fatihah ini dimuatkan dalam siri animasi Ummi - Ceritalah Pada Kami terbitan Hud-Hud Media, dan Erama Records. Lagu yang bertemakan ketuhanan ini pernah dipopularkan oleh kumpulan nasyid Raihan pada 1990-an.

Antara penyanyi yang diminatinya ialah Ebiet G. Ade dan M. Nasir yang turut menyelitkan mesej-mesej ketuhanan. Beliau juga rapat dengan aktivis nasyid Farihin Abdul Fatah yang pernah bekerja dengan kumpulan Raihan pada penghujung tahun 1990-an. Baginya lagu-lagu yang bertemakan ketuhanan boleh dianggap sebagai nasyid kerana lirik-liriknya mendorong ke arah kebaikan.[2]

Kematian sunting

Johan meninggal dunia di sebuah pusat perubatan di Subang Jaya, kira-kira jam 6.30 pagi, Jumaat, 24 Mac 2017, dipercayai akibat serangan jantung, Allahyarham meninggal dunia pada usia 50 tahun. Berita itu disahkan oleh Nora dalam satu kiriman ringkas mesej suara. Jenazah Allahyarham dimandikan dan dikafankan di Masjid Kampung Tunku, Subang Jaya dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Jumaat.[3][4][5]

Rujukan sunting

  1. ^ Zaidi Mohammad (24 Mac 2017). "Komposer Johan Nawawi meninggal dunia". Berita Harian. Dicapai pada 24 Mac 2017.
  2. ^ Johan adaptasi al-Fatihah jadi lagu[pautan mati kekal] Utusan Malaysia. 6 Ogos 2011. Dicapai pada 3 September 2011.
  3. ^ "Suami Nora, Johan Nawawi Meninggal Dunia". MSTAR Online. 24 Mac 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-03-24. Dicapai pada 24 Mac 2017.
  4. ^ "Composer Johan Nawawi passes away". The Star Online. 24 Mac 2017. Dicapai pada 24 Mac 2017.
  5. ^ "Johan Nawawi selamat dikebumi". Astro Awani. 24 Mac 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-21. Dicapai pada 21 Mac 2018.