John Chrysostom (349– ca. 407) ialah ketua biskop Constantinople. Beliau terkenal dengan kepetahan berkhutbah dan ucapan umum, kecaman terhadap penyalahgunaan kuasa oleh pemimpin-pemimpin agama dan politik, Liturgi St. John Chrysostom, dan sensibiliti pertapaan beliau. Setelah kematiannya (atau, menurut beberapa sumber, semasa hayatnya), beliau diberi nama keluarga dalam bahasa Yunani chrysostomos yang bermaksud 'bermulut emas', dieja sebagai Chrysostom dalam bahasa Inggeris.

John Chrysostom

Gereja Ortodoks dan Gereja Katolik Timur menyanjung beliau sebagai wali (hari jamuan: 13 November dan 27 January 27) dan menganggap beliau sebagai salah seorang daripada Tiga Orang Pembesar Agama Yang Suci (berkemungkinan setara dengan Imam Fiqh Yang Empat di kalangan orang Islam Sunnah) di samping Basil Agung dan Gregory si Ahli Teologi. Beliau diiktiraf oleh Gereja Katolik Rom sebagai seorang wali dan Doktor Gereja. Tradisi gereja-gereja Barat, termasuklah Gereja Katolik Rom, Gereja Inggeris dan Gereja Luther meraikan beliau pada 13 September.