Jean-Baptist-Marie Vianney (8 Mei 1786, Dardilly - 4 Ogos 1859, Ars-sur-Formans, Perancis (umur 73), atau lebih dikenali sebagai John Vianney, adalah seorang pembaptis Perancis.

John Vianney

Biografi sunting

John Vianney telah dilahirkan pada tahun 1786, di sebuah perkampungan kecil di negara Perancis. Bapanya seorang petani. Semasa Jean meningkat dewasa, dia telah bekerja membantu ibu bapanya di ladang. Jean tidak dapat pergi ke sekolah kerana keluarganya miskin. Ketika berumur 16 tahun, beliau memberitahu ibu bapanya tentang keinginannya untuk menjadi seorang imam. Pada mulanya bapanya menolak kehendaknya, tetapi kemudian beliau ubah fikiran, lalu beliau memasuki Seminari di bandar Lyons.

Semasa berada di seminari, Jean menghadapi masalah dalam pelajarannya. Ini disebabkan dia tidak berpeluang untuk bersekolah semasa dia masih muda. Dia belajar dengan bersungguh-sungguh tetapi dia selalu gagal dalam peperiksaannya. Oleh sebab itu dia diminta supaya meninggalkan seminari. Walau bagaimanapun, seorang imam, Paderi Balley, dari kampung berdekatan, menasihatinya tidak putus asa, serta mengajar Jean. Lapan tahun kemudian, Jean ditahbiskan menjadi imam.

Setelah ditahbis, paderi tersebut menjadi imam paroki di Ars. Ramai orang tinggal di sana sehingga tidak berminat untuk datang ke gereja, serta menyusahkan mereka hidup. Beliau tidak berputus asa. Jean berdoa, berpuasa, melawat rumah, mengajar katekimus, menderma dan meluangkan masa untuk mendengar pengakuan dosa. Beliau melakukan ini selama 25 jam. Akhirnya orang di sana mengagumi beliau disebabkan cara hidup yang sederhana. Mereka juga mulai mengubah cara hidup dan selalu datang ke gereja.

Beliau meninggal dunia pada 1859, pada ketika berusia 73 tahun.

Pautan luar sunting