Jonjo Shelvey /ˈɒn ˈʃɛlvi/ (lahir 27 Februari 1992) ialah pemain bola sepak Inggeris yang bermain sebagai pemain tengah untuk kelab Liga Perdana Inggeris, Newcastle United dan pasukan kebangsaan England.

Jonjo Shelvey
Maklumat peribadi
Nama penuh Jonjo Shelvey[1]
Tarikh lahir (1992-02-27) 27 Februari 1992 (umur 32)
Tempat lahir Harold Hill, London, England, UK
Ketinggian 1.85 m (6 ka ​ 1316 in)[2]
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Newcastle United
Nombor 8
Kerjaya remaja
2001–2002 Arsenal
2002–2004 West Ham United
2004–2008 Charlton Athletic
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2008–2010 Charlton Athletic 42 (7)
2010–2013 Liverpool 47 (2)
2011Blackpool (pinjam) 10 (6)
2013–2016 Swansea City 79 (10)
2016– Newcastle United 120 (12)
Pasukan kebangsaan
2007–2008 England B16 6 (3)
2008–2009 England B17 7 (1)
2009–2010 England B19 4 (3)
2011–2013 England B21 13 (4)
2012– England 6 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 3 April 2020 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 3 April 2020 (UTC)

Karier kelab sunting

Charlton Athletic sunting

 
Shelvey memanaskan badan untuk Charlton pada bulan Ogos 2008

Shelvey pernah bermain untuk pasukan belia Arsenal dan kemudiannya West Ham United. Pada tahun 2004,[3] dia berpindah ke Charlton Athletic dan menembusi pasukan utama pada musim 2007-08 selepas menjaringkan 14 gol dalam 23 penampilan untuk Charlton bawah 18.[4] Apabila membuat penampilan pasukan utama pertamanya pada bulan April 2008 ketika menentang Barnsley, dia menjadi pemain termuda Charlton dalam sejarah ketika berumur 16 tahun 59 hari – mengatasi pemegang rekod sebelum ini, Paul Konchesky.[5]

Pada 3 Januari 2009, Shelvey menjadi pemain termuda Charlton untuk menjaringkan gol ketika menentang Norwich City dalam Piala FA , 54 hari sebelum hari jadi ke-17nya, mengatasi rekod sebelum ini yang dipegang Peter Reeves yang menjaringkan gol ketika berumur 17 tahun 100 hari ketika menentang Norwich pada bulan Mei 1966. Walaupun mendapat minat daripada beberapa kelab Liga Perdana, pada pagi 27 Februari, Shelvey menandatangani kontrak profesional pertamanya bersama Charlton. Pada 9 September, dia mendatangani kontrak lanjutan setahun sehingga tahun 2012. Dia menjaringkan gol liga pertamanya ketika kemenangan 3–2 ke atas Southampton pada 4 April 2009.[6][7]

Liverpool sunting

Shelvey menyertai Liverpool pada bulan Mei 2010, dengan yuran awal £1.7 juta.[8] Dia membuat penampilan pertamanya untuk kelab itu pada 22 September ketika kekalahan pusingan ketiga Piala Liga kepada Northampton Town di Anfield. Liverpool tewas 4–2 menerusi penentuan penalti selepas seri 2–2.[9] Shelvey bermain dalam kesebelasan utama buat pertama kali dalam perlawanan peringkat kumpulan Liga Europa menentang Napoli pada 21 Oktober 2010, bermain keseluruhan 90 minit yang berakhir dengan keputusan 0–0.[10] Pada 24 Oktober, Shelvey membuat penampilan Liga Perdana Inggeris pertamanya menentang Blackburn Rovers di Anfield, masuka pada minit ke-87 ketika Reds menang 2–1.

Shelvey menyertai kelab Championship]] , Blackpool secara pinjaman pada 30 September 2011.[11] Pada hari berikutnya, dia menjaringkan gol dalam perlawanan pertamanya dimana mereka menang 5–0 ke atas Bristol City di Bloomfield Road.[12] Dia juga menjaringkan gol hatrik pertamanya ketika menang 5–0 ke atas Leeds United pada bulan November 2011.[13]

Pada 30 November 2011, dia dipanggil semula oleh Liverpool akibat kecederaan beberapa pemain terutamanya Steven Gerrard dan Lucas Leiva.[14] Dia berada dalam kesebelasan utama untuk perlawanan Liga Perdana Inggeris buat pertama kali pada hujung minggu berikutnya dalam perlawanan menentang Aston Villa.[15] Pada 6 Januari 2012, dia menjaringkan gol senior pertamanya untuk kelab itu ketika mereka menang 5–1 dalam pusingan ketiga Piala FA menentang Oldham Athletic di Anfield. [16] Pada 8 Mei 2012, dia menjaringkan gol Liga Perdana Inggeris pertamanya ketika kemenangan 4–1 ke atas Chelsea di Anfield.[17]

 
Shelvey memanaskan badan untuk Liverpool, Julai 2012

Pada 10 Julai 2012 Shelvey menandatangani kontrak jangka panjang baru bersama Liverpool.[18] Pada 20 September 2012, dia masuk sebagai pemain gantian dan menjaringkan dua gol untuk menang 5–3 ke atas Young Boys dalam Liga Europa.[19] Tiga hari kemudian, dia dibuang padang dalam perlawanan liga menentang Manchester United pada 23 September 2012.[20] Shelvey juga menjaringkan gol dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan Liga Europa menentang Udinese pada 4 Oktober 2012.[21] Pada 22 November 2012, Shelvey menjaringkan gol ketika menentang Young Boys dalam Liga Europa yang berakhir dengan keputusan seri 2–2. [22]

Swansea City sunting

Pada 3 Julai 2013, Shelvey menandatangani kontrak empat tahun bersama Swansea City, dengan yuran perpindahan awal sebanyak £5 juta.[23] Dia menjaringkan gol pertamanya untuk kelab itu pada 16 September 2013, ketika seri 2–2 dengan Liverpool serta membuat bantuan gol kepada Michu.[24] Dia menjaringkan gol pada 26 April 2014 ketika kemenangan 4–1 ke atas Aston Villa.[25]

Pada bulan Julai 2015, Shelvey menandatangani perjanjian baru empat tahun bersama Swans, mengekalkannya di kelab itu sehingga musim panas tahun 2019.[26]

Karier antarabangsa sunting

Pada bulan Oktober 2012 Shelvey dipanggil ke skuad England untuk dua perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA 2014 menentang San Marino dan Poland.[27] Dia membuat penampilan senior pertamanya pada 12 Oktober 2012 ketika kemenangan 5–0 ke atas San Marino, menggantikan Michael Carrick pada minit ke-66.[28]

Statistik karier sunting

Kelab sunting

Sehingga 24 Mei 2015.
Statistik kelab
Kelab Musim Liga Piala Piala Liga Eropah Lain-lain Jumlah
Divisyen Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Charlton Athletic 2007–08[29] Championship 2 0 0 0 0 0 2 0
2008–09[30] Championship 16 3 3 1 1 0 20 4
2009–10[31] League One 24 4 1 0 0 0 2 0 27 4
Jumlah 42 7 4 1 1 0 2 0 49 8
Liverpool 2010–11[32] Liga Perdana Inggeris 15 0 1 0 1 0 4 0 21 0
2011–12[33] Liga Perdana Inggeris 13 1 2 1 1 0 16 2
2012–13[34] Liga Perdana Inggeris 19 1 2 0 1 0 10 4 32 5
Jumlah 47 2 5 1 3 0 14 4 69 7
Blackpool (pinjam) 2011–12[33] Championship 10 6 0 0 0 0 10 6
Swansea City 2013–14[35] Liga Perdana Inggeris 32 6 1 0 1 0 8 0 42 6
2014–15[36] Liga Perdana Inggeris 31 3 1 0 3 0 35 3
Jumlah 63 9 2 0 4 0 8 0 77 9
Jumlah karier 162 24 11 2 8 0 22 4 2 0 205 39

Kejayaan sunting

Liverpool

Rujukan sunting

  1. ^ "Premier League clubs submit squad lists". premierleague.com. Premier League. 1 September 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-09-04. Dicapai pada 1 September 2010.
  2. ^ Staff (2015). "Premier League Player Profile Jonjo Shelvey". Premier League. Barclays Premier League. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-04-13. Dicapai pada 17 January 2015.
  3. ^ Profile, express.co.uk; accessed 22 August 2015.
  4. ^ "Shelvey hopes to copy pal Jack". Liverpool.tv. 13 September 2010. Dicapai pada 13 September 2010.
  5. ^ "Record-breaker Shelvey starts at Oakwell". Charlton Athletic F.C. 26 April 2008. Dicapai pada 26 April 2008.
  6. ^ "Southampton v Charlton". Sky Sports. 4 April 2009. Dicapai pada 26 April 2010.
  7. ^ "Southampton 2–3 Charlton". BBC Sport. 4 April 2009. Dicapai pada 26 April 2010.
  8. ^ "Liverpool sign Charlton's Jonjo Shelvey". BBC Sport. 28 April 2010. Dicapai pada 28 April 2010.
  9. ^ "Liverpool 1- 2 Northampton". BBC Sport. 22 September 2010. Dicapai pada 22 September 2010.
  10. ^ "Napoli 0 – 0 Liverpool". BBC Sport. 21 October 2010. Dicapai pada 28 October 2010.
  11. ^ "Seasiders land Shelvey" – Sky Sports, 20 September 2011
  12. ^ "Blackpool 5 – 0 Bristol City" – BBC Sport, 1 October 2011
  13. ^ "Leeds 0–5 Blackpool". BBC News. 3 November 2011.
  14. ^ SHELVEY RETURNS TO LIVERPOOL Diarkibkan 2011-12-02 di Wayback Machine, blackpoolfc.co.uk; accessed 22 August 2015.
  15. ^ Nursey, James (19 December 2011). "Shelvey: Dalglish has saved my Kop career". Daily Mirror. Dicapai pada 7 January 2012.
  16. ^ Bascombe, Chris (7 January 2012). "Liverpool 5 Oldham Athletic 1: match report". Daily Telegraph. London. Dicapai pada 7 January 2012.
  17. ^ "Liverpool 4–1 Chelsea". BBC. 8 May 2012. Dicapai pada 8 May 2012.
  18. ^ "Liverpool midfielder Jonjo Shelvey signs new contract". Daily Telegraph. London. 10 July 2012. Dicapai pada 10 July 2012.
  19. ^ "Young Boys 3–5 Liverpool". BBC Sport. BBC. 20 September 2012. Dicapai pada 20 September 2012.
  20. ^ "Liverpool 1 Man Utd 2". Guardian UK. 23 September 2012. Dicapai pada 10 October 2012.
  21. ^ "Liverpool 2 Udinese 3". Guardian UK. 4 October 2012. Dicapai pada 10 October 2012.
  22. ^ "Swansea City complete £5m Jonjo Shelvey signing". BBC Sport. Dicapai pada 4 July 2013.
  23. ^ "Swansea City complete £5m Jonjo Shelvey signing". BBC Sport. 3 July 2013. Dicapai pada 2 September 2013.
  24. ^ "Swansea 2–2 Liverpool" BBC Sport, 16 September 2013; retrieved 17 September 2013.
  25. ^ Gwilym, Andrew (26 April 2014). "Swansea 4 Aston Villa 1 match report: Jonjo Shelvey's superb strike stuns Villa". The Independent. London, UK. Dicapai pada 22 May 2014.
  26. ^ "Shelvey signs new Swans contract". swanseacity.net. 8 July 2015.
  27. ^ "England call-ups for Jonjo Shelvey and Ryan Bertrand". BBC Sport. Dicapai pada 8 October 2012.
  28. ^ "England 5 – 0 San Marino". BBC Sport. Dicapai pada 12 October 2012.
  29. ^ "Games played by Jonjo Shelvey in 2007/2008". Soccerbase. Dicapai pada 19 November 2014.
  30. ^ "Games played by Jonjo Shelvey in 2008/2009". Soccerbase. Dicapai pada 19 November 2014.
  31. ^ "Games played by Jonjo Shelvey in 2009/2010". Soccerbase. Dicapai pada 19 November 2014.
  32. ^ "Games played by Jonjo Shelvey in 2010/2011". Soccerbase. Dicapai pada 19 November 2014.
  33. ^ a b "Games played by Jonjo Shelvey in 2011/2012". Soccerbase. Dicapai pada 19 November 2014.
  34. ^ "Games played by Jonjo Shelvey in 2012/2013". Soccerbase. Dicapai pada 19 November 2014.
  35. ^ "Games played by Jonjo Shelvey in 2013/2014". Soccerbase. Dicapai pada 19 November 2014.
  36. ^ "Games played by Jonjo Shelvey in 2014/2015". Soccerbase. Dicapai pada 19 November 2014.

Pautan luar sunting