Josef Mengele (bahasa Jerman: [ˈjoːzɛf ˈmɛŋələ]  ( dengar); 16 Mac 1911 – 7 Februari 1979) adalah seorang yang cukup sinonim dengan holokus terutamanya kekejaman yang berlaku di kem Auschwitz semasa Perang Dunia Kedua. Beliau diberi gelaran 'Malaikat Maut' sebab hanya dengan lambaian tangannya ke kiri atau ke kanan boleh menentukan hidup matinya tahanan perang di kem tersebut. Dianggarkan 40,000 orang dari bayi sehinggalah orang tua telah terkorban atas arahan beliau. Beliau juga terkenal dengan eksperimennya yang pelik dan menggerunkan terhadap manusia dan mangsanya yang utama adalah anak kembar.

Josef Mengele
Dr.Josef Mengele (Buenos Aires 1956)
Nama lahirJosef Mengele
Nama samaranAngel of Death (Jerman: Todesengel)[1]
Kelahiran(1911-03-16)16 Mac 1911
Günzburg, Bavaria, Empayar Jerman
Meninggal dunia7 Februari 1979(1979-02-07) (umur 67)
Bertioga, São Paulo, Brazil
Kesetiaan Jerman Nazi
Perkhidmatan Schutzstaffel
Tahun perkhidmatan1938–45
Pangkat SS-Hauptsturmführer (Kapten SS)
Jumlah perkhidmatan
Anugerah
Pasangan
  • Irene Schönbein (k. 1939; c. 1954) (bercerai)
  • Martha Mengele (janda adiknya Karl) (k. 1958)
Tandatangan

Sejarah Awal sunting

Josef Mengele lahir sebagai anak sulung kepada tiga adik beradik lelaki pada 16 Mac, 1911 di Günzburg, Bavaria. Bapanya Karl Mengele adalah pengasas Karl Mengele & Sons, sebuah syarikat mesin perladangan yang besar di sana. Josef Mengele adalah seorang yang bersopan santun dan popular di pekan tersebut. Beliau juga bijaksana dan telah melanjutkan pelajarannya dalam bidang Falsafah di Munich dan memperoleh PhD dalam Antropologi dari Ludwig-Maximilian-Universität München (Universiti Munich) pada tahun 1935. Disertasinya adalah berkenaan perbezaan ras dalam struktur rahang bawah manusia. Pada Januari 1937, di Institute for Hereditary Biology and Racial Hygiene di Frankfurt, beliau menjadi pembantu kepada Dr. Otmar Freiherr von Verschuer seorang saintis yang menerajui bidang genetik khususnya berkenaan anak kembar. Melalui kerjasama ini, tumbuhlah minat beliau yang amat mendalam dalam kajian baka terutamanya berkaitan anak kembar.

Pada 1937 beliau menyertai parti Nazi, dan setahun kemudian beliau menyertai Schutzstaffel atau lebih dikenali sebagai SS. Pada tahun tahun 1938 juga, beliau telah mendapat ijazah dalam bidang perubatan. Beliau terkenal sebagai seorang yang berani di medan perang dan telah dianugerahkan beberapa pingat atas keberaniannya. Namun demikian, penglibatannya sebagai tentera berakhir pada 1942 apabila cedera semasa operasi di Rusia dan beliau diisythiharkan tak sesuai sebagai tentera. Beliau kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai kepten dan diberi tugasan pejabat di Pejabat Ras dan Penempatan Semula di Berlin. Di sana, beliau ditemukan semula dengan mentornya iaitu Dr. Otmar.

Di Kem Auschwitz sunting

Dr Josef Mengele amat berminat dengan ujikaji manusia dan baka, namun subjeknya tidak mencukupi. Walaupun begitu, peluang untuk melakukan eskperimen terhadap manusia tiba pada Mei 1943, apabila kem tumpuan di Auschwitz memerlukan seorang doktor yang berpengalaman. Beliau dengan sukarela mengambil kesempatan ini dan terus pergi ke sana.

Pada mulanya, beliau dijadikan pegawai perubatan dan ditempatkan di kem tahanan bagi kaum Gipsi. Lama kelamaan beliau dilantik sebagai ketua pegawai perubatan di kem utama di Auschwitz.

Jenayah terhadap manusia sunting

Selama 21 bulan di Auschwitz, Mengele telah diberi jolokan "Malaikat Maut" kerana kekejamannya kepada tahanan yang ditahan di kem tersebut. Bagi kebanyakan tahanan Dr Joseflah yang akan menyambut mereka dan dengan satu lambaian tangan ke kanan atau ke kiri akan menentukan sama ada mereka akan hidup atau mati. Bagi mereka yang boleh bekerja, mereka akan diberi peluang untuk hidup. Namun bagi mereka yang lemah dan tidak berupaya, mereka akan dihantar ke kamar gas atau dijadi bahan eksperimen.

Pernah sekali Dr Josef membuat garisan setinggi 150sm (lebih kurang 5 kaki) dari lantai di blok tahanan kanak-kanak dan bagi mereka yang tidak mencapai ketinggian ini telah dihantar ke kamar gas untuk dibunuh. (Lifton, ms. 346.) Dalam satu lagi kejadian, seorang Gipsi mengadu bloknya penuh dengan kutu. Akibatnya, beliau mengarahkan kesemua tahanan di blok itu dibunuh.

Eksperimen kejam sunting

Walaupun beliau boleh membunuh sesiapa yang beliau suka di kem tersebut, namun beliau lebih berminat dengan obsesinya iaitu kejadian baka. Dr Josef berminat melahirkan baka bangsa Aryan yang banyak dan beliau yakin pemahamannya mengenai kejadian anak kembar dapat membantunya 'melahirkan' ramai orang berbangsa Aryan dalam masa yang singkat. Antara ciri-ciri bangsa Aryan adalah berambut blond dan bermata biru. Selain itu, beliau juga ingin memahami kenapa manusia dilahirkan cacat dan subjek yang utama adalah orang yang katik atau cacat anggota. Melalui genetik beliau berharap dapat membuat manusia yang bebas daripada sebarang kecacatan.

Untuk mengambil hati anak kembar, beliau telah memberi layanan istimewa kepada mereka. Mereka ditempatkan di blok 10 yang dipanggil "The Zoo" dan mereka dikenali sebagai "anak-anak Mengele". Antara eksperimen yang ngeri termasuklah menyuntik pewarna biru ke dalam mata kanak-kanak tersebut, pembedahan anggota badan dan sebagainya.

Selain itu, beliau menjalankan ujikaji untuk mereka bentuk peralatan yang sesuai bagi tentera Jerman yang menghadapi kesejukan atau altitud tinggi. Antara lain subjeknya dimasukkan ke dalam air berais dalam keadaan telanjang untuk melihat suhu terendah yang mereka boleh tahan. Satu lagi eksperimen ialah meletakkan tahanan di dalam bilik tekanan tinggi. Ramai tahanan akan cuba membunuh diri dalam kamar tersebut kerana enggan mati dalam keadaan yang lebih menyakitkan akibat tekanan tinggi seperti kesukaran bernafas dan paru-paru yang pecah.

Dr Josef Mengele sebagai pelarian sunting

Pada 27 Januari, 1945, kerajaan Third Reich sudah hampir menemui kehancuran dan pasukan SS telah meninggalkan kem Auschwitz. Unitnya bergegas ke Barat untuk mengelak daripada ditangkap tentera Soviet. Akhirnya mereka bersama dengan Dr Mengele menjadi tahanan perang Amerika Syarikat. Mengele, pada mulanya mendaftar bawah namanya, tetapi apabila dibebaskan pada June 1945 beliau didaftarkan sebagai "Fritz Hollmann". Antara Julai 1945 sehingga Mei 1949, beliau bekerja di ladang di sebuah pekan kecil di Rosenheim, Bavaria, sementara merancang untuk melarikan diri ke Argentina untuk mengelak daripada ditahan sebagai penjenayah perang.

Dr Mengele telah membuat dokumen permastautin Itali ynag palsu untuk memasuki Argentina dan telah menerima pasportnya pada 1949. Sewaktu di sana beliau menceraikan isterinya Irene Mengele dan pada tahun 1958 berkahwin pula dengan balu adiknya Karl iaitu Martha. Berapa tahun kemudian isterinya dan juga anak Martha telah hidup bersama beliau di Argentina. Sewaktu di Argentina beliau telah berjumpa rakan Nazi yang lain seperti Hans-Ulrich Rudel dan Adolf Eichmann.

Pada mulanya, Dr Mengele hidup dengan selesa di Buenos Aires. Beliau telah praktis perubatannya di sana dan bidang yang diceburinya adalah pengguguran anak secara haram. Beliau juga telah mendapat bantuan kewangan beberapa rakyat Jerman yang berpengaruh di sana. Namun beliau dihantui kezalimannya yang lampau dan berita penangkapan Adolf Eichmann oleh pihak Mossad telah membimbangkan beliau.

Oleh itu, pada 1962 beliau meninggalkan Argentina dan berpindah ke Paraguay di atas nama samaran "José Mengele". Beliau berharap Paraguay boleh dijadikan tempat yang selamat baginya, dan beliau boleh mendapat perlindungan daripada diktator Alfredo Stroessner yang berketurunan Jerman dan pernah mengambil bekas anggota Nazi untuk membangunkan negara tersebut. Di Paraguay, beliau tinggal di pinggir pekan Hohenau, sebuah koloni Jerman. Walaupun begitu, beliau sedar pihak Mossad sedang menjejakinya dan berita tentang penculikan dan hukuman gantung yang dikenakan terhadap rakannya Adolf Eichmann di Israel telah menambahkan kekhuatirannya. Akhirnya, beliau berpindah pula ke Brazil pada 1960 dan tinggal bersama neo-Nazi anak kelahiran Austria iaitu Wolfgang Gerhard di ibukota São Paulo.

Sewaktu di Brazil, beliau hidup serba ketakutan dan jarang meninggalkan rumahnya. Walaupun begitu, pada satu hari atas desakan keluarganya beliau telah pergi berenang di laut dan sewaktu berenang beliau diserang strok lalu mati lemas.

Menjelang Abad ke-21 sunting

Pada 17 September 2007, United States of Holocaust Memorial Museum telah menyiarkan koleksi gambar milik staff di Auschwitz yang turut mengandungi 8 gambar Josef Mengele dan satu-satunya koleksi asli gambar-gambar beliau di Auschwitz. Gambar-gambar tersebut telah diambil ketika beliau sedang berada di Solahütte, iaitu pusat rekreasi bagi para pegawai SS.[2]

Pada bulan Februari 2010, kesemua 31 himpunan manuskrip milik Josef Mengele yang dikumpul semenjak 1960 sehingga 1975 ketika beliau berada di Paraguay dan Brazil telah dilelong oleh Alexander Autograph dengan anggaran harga sekitar $100,000 kepada individu berbangsa Yahudi yang tidak ingin namanya dikenali.Manuskrip tersebut merangkumi himpunan diari, autobiografi, penulisan berunsurkan falsafah, komen terhadap isu politik serta kesusasteraan seperti sajak dan cerpen yang dikarang olehnya. Kebanyakan manuskrip tersebut ditulis oleh Josef Mengele dengan menggunakan kata ganti diri ketiga bergelar ‘Andreas‘ demi mengelakkan beliau dikesan sekiranya penulisan beliau dijumpai mana-mana pemburu Nazi. Koleksi itu juga mencerminkan beliau sebagai seorang yang mengalami sedikit gangguan mental akibat kemurungan, kerisauan dan ketakutan sepanjang pelariannya daripada dicekup pihak berkuasa akibat daripada jenayah peperangan yang telah dilakukannya.

Rujukan sunting

  1. ^ Levy 2006, m/s. 242.
  2. ^ "Koleksi | Auschwitz pada kaca mata staff SS: Gambar pemimpin Nazi di kem". Ushmm.org. Jun 21, 1944. Dicapai pada Mac 1, 2010.