Josip Radošević (lahir 3 April 1994) merupakan pemain bola sepak Croatia yang kini bermain untuk Rijeka di Croatia secara pinjaman dari kelab Napoli di posisi pemain tengah bertahan.

Josip Radošević
Maklumat peribadi
Nama penuh Josip Radošević
Tarikh lahir (1994-04-03) 3 April 1994 (umur 30)
Tempat lahir Split, Croatia
Ketinggian 1.80 m (5 ka ​10 78 in)
Posisi permainan Pemain tengah bertahan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Rijeka (pinjaman dari Napoli)
Nombor 33
Kerjaya remaja
Hajduk Split
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2011–2013 Hajduk Split 24 (0)
2013– Napoli 9 (0)
2015–Rijeka (pinjaman) 9 (1)
Pasukan kebangsaan
2010 Croatia U16 4 (2)
2010–2011 Croatia B17 16 (0)
2011–2012 Croatia B19 6 (0)
2013 Croatia B20 2 (0)
2013– Croatia B21 9 (0)
2012 Croatia 1 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 12 April 2015
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 30 Mac 2015

Kerjaya kelab sunting

Split sunting

Radošević memulakan kerjayanya di kelab remaja Hajduk Split. Beliau mula membuat debut untuk skuad senior pada November 2011. Pada 23 November 2011, beliau membuat debut untuk pasukan senior ketika menang 1-0 ke atas NK Zagreb pada suku akhir Piala Croatia. Pada musim 2011-12, beliau mula menjadi pemain regular selepas ketibaan jurulatih baru, Mišo Krstičević. Pada musim 2012-13, beliau menjadi kunci pemain di pertahanan. Beliau sempat bermain 17 perlawanan domestik liga sebelum berpindah ke Napoli.

Napoli sunting

Pada 29 Januari 2013, Radosevic dipinjam ke kelab Serie A, S.S.C. Napoli dengan harga 2 juta euro. Beliau dipinjam sehingga musim panas pada tahun tersebut ketika Croatia menjadi sebahagian Kesatuan Eropah yang menyebabkan beliau menjadi pemain asing yang tidak boleh menyambung kontrak. Pada 25 Ogos 2013, beliau membuat penampilan pertama rasmi bersama Napoli pada perlawanan prtama musim 2013-14 menentang Bologna dan beliau menggantikan Gonzalo Higuain pada minit ke-84.

Kerjaya antarabangsa sunting

Pada Ogos 2012, Radosevic telah dipanggil oleh pasukan kebangsaan Croatia untuk perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Macedonia dan Belgium sebagai pengganti pemain tengah bertahan, Ognjen Vukojević. Pada 11 September 2012, Radošević membuat penampilan penuh untuk pasukan kebangsaan pada perlawanan seri 1-1 bertemu Belgium, membuatkan beliau pemain termuda membuat debut pasukan kebangsaan.

Penghargaan sunting

Napoli

Pautan luar sunting

Templat:Skuad HNK Rijeka