Jost Gippert

Seorang ahli bahasa daripada Jerman

Jost Gippert (IPA: [ˈjoːst ˈgɪpʰɐt], lahir 12 Mac 1956 di Winz-Niederwenigern, kini dikenali sebagai Hattingen) merupakan seorang ahli bahasa bahkan juga seorang professor terkemuka dalam bidang pengajian bahasa khususnya berkaitan Linguistik Komparatif di Institut Linguistik Empirikal di Universiti Goethe Frankfurt. Fokusnya yang mendalam dalam bidang rumpun bahasa Caucasus telah membolehkan Professor Gippert menghasilkan banyak penulisan dan penerbitan buku-buku berkenaan bahasa rumpun Caucasus.[1]

Jost Gippert

Latar belakang sunting

 
Bernard Outtier, Jost Gippert, Winfried Boeder

Pada tahun 1972 beliau telah menamatkan pengajian persekolahan di peringkat menengah di sebuah sekolah iaitu Leibniz Gymnasium yang terletak di Essen (Altenessen). Bermula dari tahun 1972 sehingga 1977 beliau telah melanjutkan pengajian di peringkat universiti dan bergelar sebagai mahasiswa di Universiti Marburg dan kemudiannya di Universiti Awam Berlin dengan fokus kepada bidang Linguistik Komparatif, Indologi, Kajian Bahasa Jepun serta Sinologi.[2] Setelah menamatkan pengajian di peringkat kedoktoran pada 1977, beliau telah mendapat tauliah sebagai doktor falsafah (Ph.D) apabila menghasilkan penulisan tesis berkenaan sintaksis pembentukan modus infinitif dalam kelompok bahasa Indo-Eropah. Selanjutnya bermula daripada 1977 sehingga 1990 beliau telah bertugas sebagai pembantu penyelidik, pembantu pensyarah serta di Berlin, Vienna dan juga di Salzburg. Selaku seorang pembantu penyelidik dalam bidang Linguistik Komputasi Oriental di Universiti Bamberg, pada 1991 beliau telah berpeluang memberikan kuliah berhubung kosa kata serapan bahasa Parsi ke dalam bahasa Armenia dan bahasa Georgia. Selanjutnya pada 1994 beliau telah mengajar di Universiti Goethe Frankfurt dalam bidang Linguistik Komparatif. Kemudian pada tahun 1996 beliau telah diangkat menjadi anggota di Akademi Ilmu Pengetahuan Gelati di Georgia dan semenjak 2007 pula menjadi anggota Pusat Bahasa di Akademi Ilmu Pengetahuan Berlin-Brandenburg.

Pada tahun 1997 Prof Gippert telah menerima anugerah sebagai professor kehormat. Anugerah tersebut telah diterima daripada Universiti Sulkhan Saba Orbeliani di Tbilisi, Georgia, manakala pada tahun 2009 dan 2013 berikutnya, beliau telah sekali lagi dianugerahkan dengan gelaran sebagai doktor kehormat masing-masing daripada Universiti Ivane Javakhisvili, Tbilisi dan Universiti Shota Rustaveli di Batumi, Georgia.

Semenjak beliau mula bertugas pada 1994 sebagai professor dalam bidang Linguistik Komparatif di Universiti Goethe-Frankfurt fokus penyelidikan beliau lebih tertumpu kepada bahasa-bahasa rumpun Indo-Eropah secara umum selain turut meliputi sejarah dan tipologi bahasa-bahasa di sekitar kawasan Caucasus. Di bawah kepimpinannya, pelbagai projek kerjasama di peringkat antarabangsa telah disalurkan bagi membiayai kajian dan penyelidikan bagi bahasa-bahasa Caucasus. Sebagai seorang ahli dalam bidang linguistik komputasi beliau telah mengelola projek TITUS yang telah dimulakan oleh beliau pada 1987. Projek TITUS bertujuan untuk mengumpulkan material berupa teks yang terdapat dalam bahasa-bahasa rumpun Indo-Erpah serta bahasa-bahasa yang bersangkutan, iaitu secara digital dan lengkap. Fokus penyelidikan Profesor Gippert adalah Linguistik Komparatif iaitu daripada segi sejarah bahasa, tipologi bahasa, korpus-korpus linguistik secara elektronik, dokumentasi bahasa secara multimedia selain analisis naskah kuno secara elektronik.

 
Jost Gippert, Universiti Batumi, 2013

Kemanusiaan digital sunting

 
Penyelidikan palimpsest di Gunung Sinai

TITUS, ARMAZI dan LOEWE sunting

Jost Gippert ialah merupakan pengasas, pencipta dan pengarah projek TITUS (Singkatan bahasa Jerman "Thesaurus Indogermanischer Text-und Sprachmaterialien") (Thesaurus Indogermanischer Text- und Sprachmaterialien),[3] yang berfungsi untuk mengumpulkan seluruh bahan-bahan teks yang terdapat dalam bahasa-bahasa rumpun Indo-Eropah serta bahasa-bahasa yang berkaitan, iaitu bermula sejak 1987, secara digital dan lengkap. Pada tahun 1999, projek ARMAZI telah dimulakan dengan tujuan awal bagi mengumpulkan bahan-bahan berkaitan bahasa-bahasa Caucasus secara digital,[4] yang hingga kini telah menjadi korpus kebangsaan (negara) bahasa Georgia.

Aktiviti sunting

Projek-projek antarabangsa (pilihan) sunting

  • 1995–1998: Avesta und Rigveda: Elektronische Auswertung ("Avesta dan Rig Veda: Penilaian eletronik"), DFG
  • 1995–1999: The Georgian Verbal System ("Sistem kata kerja dalam bahasa Georgia"), INTAS
  • 1999–2002: Kaukasische Sprachen und Kulturen: elektronische Dokumentation ("Kebahasaan dan kebudayaan Caucasus: Dokumentasi elektronik"), Yayasan Volkswagen
  • Sejak 2000: Graduiertenkolleg "Satzarten: Variation und Interpretation" ("Jenis kalimat: Variasi dan Interpretasi"), DFG
  • 2002–2006: Endangered Caucasian Languages in Georgia ("Bahasa-bahasa Caucasus yang terancam punuh di Georgia"), Yayasan Volkswagen
  • 2003–2007: Palimpsesthandschriften kaukasischer Provenienz ("Manuskrip palimpsest berasal Caucasus"), Yayasan Stiftung
  • 2005–2009: Georgian Gospels ("Injil-injil bahasa Georgia"), INTAS
  • 2005–2007: Die sprachliche Situation im gegenwärtigen Georgien ("Situasi kebahasaan di negara Georgia kini"), Yayasan Volkswagen[5]
  • 2008-2014: Referenzkorpus Altdeutsch ("Korpus rujukan bahasa Jerman kuno"), DFG
  • Sejak 2008: Deutsche Sprachressourcen-Infrastruktur ("Infrastruktur sumber-sumber bahasa Jerman"), BMBF
  • 2009: "Aché Documentation Project", Yayasan Volkswagen, kira-kira EUR 400.000
  • Sejak 2009: Rendering Endangered Lexicons Interoperable Through Standards Harmonization ("Mengajukan kosa kata yang terancam punuh interoperabel mengenai harmonisasi standard"), DFG/NEH
  • Sejak 2009: Georgische Palimpsesthandschriften ("Manuskrip palimpsest bahasa Georgia"), Yayasan Volkswagen
  • 2010: "Corpus Caucasicum", Google Inc., US$ 49.600
  • Sejak 2011: Fokus LOEWE "Digital Humanities – Integrierte Aufbereitung und Auswertung textbasierter Corpora" ("Pengolahan dan penilaian bersepadu korpus-korpus berdasarkan teks"), HMWK
  • 2011: "Khinalug Documentation Project" ("Projek Dokumentasi Khinalug"), Yayasan Volkswagen, EUR 299.600
  • Sejak 2011: Relativsätze in typologischer Perspektive ("Kalimat-kalimat relatif dalam perspektif tipologi"), DFG
  • 2012: "Georgian National Corpus" ("Korpus nasional bahasa Georgia"), Yayasan Volkswagen, EUR 390.400

Penerbitan (pilihan) sunting

  • 1977: Zur Syntax der infinitivischen Bildungen in den indogermanischen Sprachen. ("Tentang sintaksis bentukan-bentukan infinitif dalam bahasa-bahasa Indo-Eropa") (Europäische Hochschulschriften, 21/3), 360 Seiten; Frankfurt a/M, Bern, Las Vegas: Lang 1978. Disertasi.
  • 1990: Iranica Armeno-Iberica. Studien zu den iranischen Lehnwörtern im Armenischen und Georgischen. ("Kajian kata-kata serapan Persia dalam bahasa Armenia dan Georgia") (Mayrhofer, Manfred [penyusun]), XXIII, 451 + 389 Seiten; Wina: Österreichische Akademie der Wissenschaften 1993. Habilitasi.
  • 2007: Gippert, Jost / Sarjveladze, Zurab / Kajaia, Lamara: The Old Georgian Palimpsest Codex Vindobonensis georgicus 2. Disusun oleh Jost Gippert dalam kerjasama dengan Zurab Sarjveladze dan Lamara Kajaia. (Monumenta Palaeographica Medii Aevi, Series Ibero-Caucasica, 1), 368 halaman; Turnhout: Brepols 2007.
  • 2008: Gippert, Jost / Schulze, Wolfgang / Aleksidze, Zaza / Mahé, Jean-Pierre: The Caucasian Albanian Palimpsests of Mount Sinai "Palimpsest-palimpsest bahasa Aghwan dari Semenanjung Sinai" (Monumenta Palaeographica Medii Aevi / Series Ibero-Caucasica, 2) , 2 jilid, XXIV + 530 halaman; Turnhout: Brepols 2009.
  • 2010: Gippert, Jost / Schulze, Wolfgang / Aleksidze, Zaza / Mahé, Jean-Pierre: The Caucasian Albanian Palimpsests of Mount Sinai ""Palimpsest-palimpsest bahasa Aghwan dari Semenanjung Sinai"", Jilid ke-3: The Armenian Layer, disusun oleh Jost Gippert. (Monumenta Palaeographica Medii Aevi / Series Ibero-Caucasica, 2-3), 220 halaman; Turnhout: Brepols 2010.

Rujukan sunting

  1. ^ "Kurrikulum Universitas Frankfurt" Diperoleh pada 2 Mac 2016
  2. ^ "Jost Gippert's curriculum vitae" Diperoleh pada 2 Mac 2016
  3. ^ "The TITUS Project" Diperoleh pada 2 Mac 2016
  4. ^ "The ARMAZI Project" Diperoleh pada 2 Mac 2016
  5. ^ "Die Sprachliche Situation im gegenwärtigen Georgien (Bahasa Jerman)" Diperoleh pada 2 Mac 2016

Pautan luar sunting