Jugra

penempatan di Selangor, Malaysia

Jugra ialah sebuah petempatan yang terletak di daerah Kuala Langat, Selangor, Malaysia, berhampiran Pulau Carey, Kanchong Darat, Banting, Jenjarom dan Sungai Buaya. Jugra menghadap ke Selat Melaka dan berdekatan muara Sungai Langat. Jugra meliputi kawasan Bukit Jugra, pantai Kelanang, Kampung Sungai Arak dan Kampung Chodoi.

Jugra
Jugra is located in Bumi
Jugra
Jugra (Bumi)
Koordinat: Koordinat: 2°49′N 101°25′E / 2.817°N 101.417°E / 2.817; 101.417
NegaraMalaysia
NegeriSelangor
DaerahKuala Langat

Asal nama sunting

Dapatan antropologi mengesahkan nama Jugra terbit daripada gelaran pembesar Senoi, Jukrah atau Jurukrah yang bertugas sebagai pembesar taraf kecil yang mengerah anggota-anggota kelompok,[1][2] dan terkait dengan istilah Melayu jurukerah.[3] Jugra disebut sebagai Sugĕrĕ atau juga Jugra dalam bahasa asli Mah Meri.[4]

Sejarah sunting

Rekod berkenaan petempatan Jugra telah dikatakan wujud sejak abad ke-15 ketika di bawah pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.[5]

Pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Samad yang memerintah negeri Selangor dari 1859 hingga 1898, Bukit Jugra telah dijadikan tempat bersemayam Sultan Selangor. Rumah api Bukit Jugra dibina di puncak Bukit Jugra.[6]Istana Jugra pula dibina baginda pada 1870-an. Sampan, perahu dan tongkang yang membawa bijih timah dari Kajang, Balakong, Hulu Langat, Semenyih dan lain-lain dibawa keluar melalui Sungai Langat dan membayar cukai di Jugra.

Bukit Jugra merupakan tempat strategik kerana berhampiran dengan laut, menghadap perairan Selat Melaka dan ingin dimajukan sebagai kota maritim. Bukit Jugra berasal dari sebuah perkampungan kecil Melayu yang bernama Tanjung Kera, dan dinamakan oleh kerana banyaknya kera di sini. Walau bagaimanapun, kera tidak begitu sesuai dengan status baharu Jugra sebagai kawasan istana lalu ditukar nama kepada Bandar Temasya.

Geografi sunting

Bukit Jugra ada tiga punca bukit yang menempatkan makam-makam diraja negeri, bangunan lama para pembesar dan kerabat diraja, serta rumah api Bukit Jugra setinggi 146 meter dibina pada 1976 dan ditadbir oleh Jabatan Marin Malaysia.[7]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Isa, Mariana; Kaur, Maganjeet (2015). Kuala Lumpur Street Names, A Guide to Their Meanings & Histories (dalam bahasa Inggeris). Kuala Lumpur: Marshall Cavendish Editions. ISBN 978-981-4561-54-9.
  2. ^ Skeat, Walter William; Blagden, Charles Otto (1906). Pagan races of the Malay Peninsula (dalam bahasa Inggeris). 1. London: Macmillan and Co. m/s. 505–507.
  3. ^ Skeat, Walter William; Blagden, Charles Otto (1906). Pagan races of the Malay Peninsula (dalam bahasa Inggeris). 2. London: Macmillan and Co. m/s. 557.
  4. ^ Nicole Kruspe and Azman Zainal (2010). A Dictionary of Mah Meri as Spoken at Bukit Bangkong. Oceanic Linguistics Special Publication No.36. University of Hawai'i Press. Honolulu.
  5. ^ Adil, Haji Buyong (1971). Sejarah Selangor. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. m/s. 4.
  6. ^ "Bukit Jugra". VisitSelangor.com. Dicapai pada 15 April 2020.
  7. ^ "Rumah Api Bukit Jugra". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-01-06. Dicapai pada 2008-12-26.