Juhar Mahiruddin

ahli politik Malaysia

Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar bin Haji Mahiruddin (lahir 5 November 1953) ialah ahli politik Malaysia yang berkhidmat sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah ke-10 sejak 2011. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjanamuda Undang-undang dari Universiti Wolverhampton, England. Beliau juga merupakan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah ke-7 dan Timbalan Yang DiPertua Dewan Rakyat ke-11. Beliau adalah antara pengasas UMNO negeri Sabah.


Juhar Mahiruddin

جوهر ماهرالدين
Yang di-Pertua Negeri Sabah ke-10
Memegang jawatan
1 Januari 2011
Ketua MenteriMusa Aman
(2011–2018)
Shafie Apdal
(2018–2020)
Hajiji Noor
(sejak 2020)
Didahului olehAhmadshah Abdullah
Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah
Dalam jawatan
15 Disember 2002 – 31 Disember 2010
Didahului olehHassansaid Alban Sandukong
Digantikan olehSalleh Said Keruak
Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat
Dalam jawatan
5 Disember 1990 – 10 November 1999
Berkhidmat dengan Ong Tee Keat
RajaAzlan Shah
Ja'afar
Salahuddin
Perdana MenteriMahathir Mohamad
SpeakerMohamed Zahir Ismail
Kawasan pilihan rayaKinabatangan
Anggota Parlimen Malaysian
untuk Kinabatangan
Dalam jawatan
21 October 1990 – 29 November 1999
Didahului olehPitting Mohd Ali
Digantikan olehBung Moktar Radin
Butiran peribadi
Lahir (1953-11-05) 5 November 1953 (umur 70)
Tambisan, Sandakan, Borneo Utara
PasanganNorlidah R.M. Jasni

Biografi sunting

Juhar Mahiruddin dilahirkan di Pulau Tambisan, di luar pantai Bahagian Sandakan di Sabah pada tahun 1953 kepada keluarga politik.[1] Bapanya, Mahiruddin Husin adalah ahli Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO).[2]

Beliau menerima ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Politeknik Wolverhampton pada tahun 1977 dan telah dipanggil ke Bar di Lincoln's Inn pada tahun 1980.[1][2] Beliau berkhidmat sebagai hakim kelas pertama dari 1981 hingga 1982 dan menjalani latihan swasta dari 1982 hingga 1985.[2][3]

Kerjaya sunting

Beliau memulakan kerjaya dalam Perkhidmatan Perundangan dan Kehakiman sebagai majistret dan kemudiannya sebagai seorang peguam.

Pada tahun 1986, beliau dilantik sebagai Setiausaha Politik di Jabatan Ketua Menteri sehingga tahun 1989 sebelum dilantik sebagai Timbalan Yang DiPertua Dewan Rakyat pada tahun 1990. Pada tahun yang sama, beliau menyandang kerusi Ahli Parlimen Kinabatangan selama dua penggal sehingga tahun 1999 sebelum dilantik sebagai Yang DiPertua DUN Sabah pada 5 Disember 2002.

Perlantikan sebagai Yang DiPertua Negeri Sabah sunting

 
Memeriksa kawalan perbarisan Hari Kebangsaan di Kota Kinabalu, 2013
 
Kenderaan rasmi TYT YDP Negeri Sabah

Pada 22 Disember 2010, beliau telah ditabalkan sebagai Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah ke-10 oleh Yang DiPertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin mulai 1 Januari 2011. Majlis itu disaksikan oleh beberapa pemimpin kerajaan persekutuan dan negeri.

Berikutan perlantikan beliau sebagai Yang DiPertua Negeri Sabah yang baru, beliau bersara sebagai Yang DiPertua DUN Sabah 31 Disember ini setelah menjawat jawatan tersebut selama 8 tahun. Penasihat Sains dan Teknologi kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said yang pernah menjadi Ketua Menteri Sabah suatu ketika dulu kini menggantikan Datuk Seri Juhar dalam DUN Sabah.[2][3]

Anugerah yang diterima sunting

Tuan Yang Terutama Datuk Seri Panglima Juhar Mahiruddin secara automatiknya dianugerahkan darjah Yang Mulia Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK), membawa gelaran Datuk Seri Panglima, setelah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Negeri Sabah. Sebelum ini, beliau pernah dianugerahkan darjah Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK), membawa gelaran Datuk.[1][4]

Keluarga sunting

Beliau telah mendirikan rumahtangga dengan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datin Seri Panglima Norlidah binti Datuk RM Jasni dan telah dikuniakan empat cahaya mata.[5]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c "Former speaker Juhar Mahiruddin sworn in as 10th Sabah governor". Bernama. mysarawak.org. 2 Januari 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 April 2013. Dicapai pada 13 April 2011. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. ^ a b c d Radin, Wendy (31 Disember 2010). "Juhar Mahiruddin, a redoubtable statesman". Insight Sabah. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Januari 2011. Dicapai pada 13 April 2011. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^ a b "Juhar Mahiruddin is Sabah Yang Dipertua Negeri on Jan 1". Bernama. New Straits Times. 22 Disember 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Disember 2010. Dicapai pada 13 April 2011. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  4. ^ "Juhar angkat sumpah Yang Dipertua Negeri Sabah Ke-10". Utusan Malaysia. 2 January 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-05. Dicapai pada 1 October 2013.
  5. ^ "Juhar Mahiruddin sworn in as Sabah Yang Dipertua Negeri for second term". BorneoPost. BorneoPost. 2 January 2015. Dicapai pada 27 January 2015.