Julat dinamik (Inggeris: dynamic range) ialah istilah yang digunakan di pelbagai bidang untuk menjelaskan nisbah sekumpulan bilangan dari nilai terbesar dan terkecil. Ukuran yang digunakan ialah nisbah, asas-10 (desibel), asas-2 (doubling, bits dan stops).

Mata manusia mempunyai julat dinamik visual yang sangat tinggi. Mata dapat melihat objek pada siang hari dan objek yang teriluminasi 1/1,000,000,000 dengan jelas, walaupun untuk itu mata memerlukan masa penyesuaian. Sehingga kini, peralatan elektronik masih belum dapat mendekati julat dinamik visual manusia, sebagai contoh, skrin LCD yang bermutu mempunyai julat dinamik 1000:1 (nisbah beza ialah nama komersial julat dinamik, yang bermaksud kapasiti nisbah pencahayaan antara nilai maksimum dan minimumnya), beberapa penderia CMOS mutakhir ini mempunyai nisbah 11,000:1.