Julia Fiona Roberts (lahir 28 Oktober 1967) atau lebih dikenali sebagai Julia Roberts adalah pelakon wanita jelita yang popular dari Amerika Syarikat. Beliau telah memenangi sebuah Oscar sebagai "Pelakon Wanita Terbaik" bagi lakonannya sebagai seorang peguam wanita yang tabah dalam filem "Erin Brokovich". Kebanyakan filem lakonannya telah berjaya memecah box office di AS dan secara keseluruhannya filem-filemnya telah mengutip sebanyak ASD 2 bilion. Pada tahun 2007, Majalah Forbes menganggarkan pendapatannya sebanyak ASD9 juta setahun.

Julia Roberts
Kelahiran
Julia Fiona Roberts

(1967-10-28) 28 Oktober 1967 (umur 56)
PekerjaanPelakon,Penerbit filem, UNICEF duty

Sejarah awal sunting

Dilahirkan di Smyrna, Georgia sebuah suburb di luar Atlanta, pada 28 Oktober 1967. Bapanya, Walter Grady Roberts, bekerja sebagai penjual vacuum cleaner, manakala ibunya Betty Lou Motes (née Bredemus), pernah bekerja sebagai setiausaha gereja dan juga ejen hartanah. Ibu bapanya juga amat giat dalam bidang lakonan dan telah menubuhkan Bengkel Pelakon dan Penulis di Georgia. Keduanya bercerai pada tahun 1971. Bapa Roberts meninggal akibat penyakit barah sewaktu beliau berusia 10 tahun. Abangnya, Eric Roberts dan kakaknya Lisa Roberts Gillan, juga terlibat dalam alam lakonan.

Semasa kanak-kanak, Roberts bercita-cita menjadi seorang veterinarian tetapi ketika di Georgia State University, beliau telah mengambil pelajaran kewartawanan. Selepas graduasi beliau menuju ke New York untuk bersama kakaknya Lisa Roberts Gillan untuk menceburi bidang lakonan pula. Di sana beliau bekerja sebagai seorang peragawati di agensi terkenal Click modeling agency dan mendaftar dalam kelas lakonan.


Penganut Hindu sunting

Julia Roberts menghadiri upacara keagamaan Hindu di kuil ketika menjalani penggambaran tahun 2009 di New Delhi, India. Beliau menghadiri majlis memuja, berdoa dan menghadiri keraian. Beliau berkahwin dengan jurukamera, Daniel Moder pada 2002. Dia dan suaminya kerap ke kuil bersama tiga anak mereka.Tiga anaknya iaitu Henry, 3, dan kembar Phinnaeus dan Hazel , 5 tahun ) Julia daripada keluarga berpegang pada ajaran Baptist dan Katolik.

Dia tertarik dengan agama Hindu selepas berlaku dalam filem 'Eat, Pray, Love' apabila memegang watak seorang wanita yang mahu mencari dirinya yang sebenar menerusi agama Hindu. Kontroversi timbul pada 2009, apabila kuil ditutup kepada orang yang hendak melakukan penyembahan Dewa Durga pada hari Ashram Hari Mandir selama sembilan hari. Ini kerana kuil ditutup oleh 350 pengawal keselamatan Julia , kenderaan kalis peluru dan sebuah helikopter. Dia merasai pengalaman yang sama di India dan Bali. Hidupnya cukup tertekan setelah menjadi selebriti terkenal dunia. Dalam agama Hindu ada ajaran hidup kembali.

[1]

Pembabitan sebagai pelakon sunting

Roberts bernasib baik kerana mempunyai adik-beradik yang agak terkenal dalam dunia lakonan. Lakonannya yang pertama adalah dalam watak kecil bersama abangnya Eric Roberts dalam filem koboi Blood Red yang difilemkan pada 1986, tetapi ditayangkan tiga tahun kemudiannya. Di samping itu, beliau juga berlakon dalam beberapa rancangan televisyen antaranya siri terkenal Miami Vice. Populariti Roberts mula meningkat dalam filem remaja Mystic Pizza pada 1988. Setahun kemudian, beliau berlakon dalam filem Steel Magnolias di samping pelakon veteran Sally Field dan Shirley MacLaine;dan buat pertama kalinya Roberts dicalonkan sebagai Pembantu Pelakon Wanita Terbaik untuk anugerah Oscar.

Bintangnya mula bersinar apabila beliau berlakon bersama pelakon kacak Richard Gere dalam filem Pretty Woman pada 1990. Selain memecah box office, filem ini telah membawa tuah kepada Roberts yang dicalonkan beberapa anugerah penting seperti Oscar dan BAFTA serta memenangi anugerah Golden Globe sebagai Pelakon Wanita terbaik.

Pada tahun yang sama beliau sekali lagi berjaya dalam box office dengan filem suspen lakonannya bertajuk Sleeping with the Enemy. Setahun selepas itu, Roberts memegang watak kecil sebagai Tinkerbell dalam filem Hook arahan pengarah terkenal Steven Spielberg. Pembabitannya dalam lakonan berhentia seketika antara tahun 1991 dan 1992. Namun pada 1993, beliau kembali dalam filem The Pelican Brief adaptasi novel John Grisham. Selepas itu beliau berlakon dalam beberapa filem yang gagal dalam box office sehinggalah tahun 1996 apabila beliau digandingkan dengan Liam Neeson dalam filem biografi Michael Collins. Pada 1997 beliau kembali popular dalam filem komedi cinta My Best Friend's Wedding, diikuti dengan filem popular Notting Hill pada 1999 dan Runaway Bride pada tahun yang sama. Dalam filem Runaway Bride, beliau sekali lagi digandingkan dengan Richard Gere.

Selepas lebih satu dekad menunggu, akhirnya pada tahun 2001 Roberts berjaya merangkul anugerah Oscar sebagai Pelakon Wanita Terbaik bagi filem drama Erin Brokovich. Selepas filem itu, kerjayanya serta popularitinya semakin meningkat. Dua tahun kemudian beliau telah dibayar ASD25 juta untuk berlakon dalam filem Mona Lisa's Smile. Selain itu beliau juga berlakon dalam filem aksi Ocean's Eleven (2000) dan Ocean's Twelve (2003) bersama beberapa pelakon lelaki seksi seperti Matt Damon, George Clooney dan Brad Pitt.

Pada tahun 2006, Roberts telah menjadi latar suara bagi dua filem animasi iaitu The Ant Bully dan Charlotte's Web. Kemudian, pada tahun berikutnya beliau berlakon dua pelakon terkenal Tom Hanks dan Phillip Seymour Hoffman, dalam filem Charlie Wilson's War, dimana beliau sekali lagi dicalonkan sebagai Pelakon Filem Pembantu Wanita terbaik.

Kehidupan peribadi sunting

Roberts cukup terkenal dengan perhubungan romantiknya dengan beberapa pelakon lelaki popular seperti Liam Neeson, Dylan McDermott, Kiefer Sutherland, Daniel Day-Lewis, Matthew Perry, dan Benjamin Bratt. Malah beliau telah bertunang dengan Dylan McDermott dan juga Kiefer Sutherland tetapi memutuskan pertunangannya dalam masa yang singkat. Pada 27 Jun, 1993, beliau berkahwin dengan penyanyi country Lyle Lovett tetapi perkahwinan ini berakhir dua tahun kemudian.

Beliau berjumpa dengan suaminya yang baru, jurukamera Daniel Moder, sewaktu penggambaran The Mexican pada tahun 2000 dan mereka berkahwin pada 4 Julai 2002, di ladangnya di Taos, New Mexico. Pada 28 November, 2004, mereka dikurniakan anak kembar, anak perempuan Hazel Patricia dan anak lelaki Phinnaeus Walter. Anaknya yang bongsu Henry Daniel Moder, dilahirkan pada 18 Jun, 2007 di Los Angeles.

Filemografi sunting

Tahun Film Watak Catatan
2006 Charlie Wilson's War Joanne Herring Pra-produksi
Charlotte's Web Charlotte suara
The Ant Bully Hova suara
2004 Ocean's Twelve Tess Ocean/Diri sendiri
Closer Anna Cameron
2003 Mona Lisa Smile Katherine Ann Watson
2002 Confessions of a Dangerous Mind Patricia Watson
Full Frontal Catherine/Francesca
2001 Ocean's Eleven Tess Ocean
America's Sweethearts Kathleen "Kiki" Harrison
The Mexican Samantha Barzel
2000 Erin Brockovich Erin Brockovich Menang Oscar untuk Pelakon Wanita Terbaik
1999 Runaway Bride Maggie Carpenter
Notting Hill Anna Scott
1998 Stepmom Isabel Kelly
1997 Conspiracy Theory Alice Sutton
My Best Friend's Wedding Julianne Porter
1996 Everyone Says I Love You Von Sidell
Michael Collins Kitty Kiernan
Mary Reilly Mary Reilly
1995 Something to Talk About Grace King Bichon
1994 Ready to Wear (Prêt-à-Porter) Anne Eisenhower
I Love Trouble Sabrina Peterson
1993 The Pelican Brief Darby Shaw
1992 The Player kameo
1991 Hook Tinkerbell
Dying Young Hilary O'Neil
Sleeping with the Enemy Sara Waters/Laura Burney
1990 Flatliners Rachel Mannus
Pretty Woman Vivian Ward
1989 Steel Magnolias Shelby Eatenton Latcherie
1988 Blood Red Maria Collogero
Mystic Pizza Daisy Arujo
Baja Oklahoma Candy Hutchins TV
Satisfaction aka Girls of Summer Daryle
1987 Firehouse Babs

Rujukan sunting

Pautan luar sunting