Josef "Jupp" Heynckes (Sebutan bahasa Jerman: [jʊp haɪnkəs]; lahir 9 Mei 1945) merupakan bekas pemain bola sepak Jerman dan kini beliau merupakan pengendali kelab Bayern Munich. Sebagai seorang pemain bola sepak, beliau telah banyak menghabiskan kariernya sebagai penyerang untuk kelab Borussia Mönchengladbach ketika zaman kegemilangannya pada 1960an dan 1970an apabila beliau meraih beberapa trofi Bundesliga, DFB-Pokal dan juga Piala UEFA. Pada masa itu juga, pasukannya mara ke perlawanan akhir Piala Eropah pada tahun 1977 namun tewas kepada Liverpool. Beliau merupakan pemain ketiga sebagai penjaring terbanyak dalam sejarah Bundesliga dengan 220 gol direkodkan. Beliau merupakan sebahagian daripada pasukan Jerman Barat yang menjuarai Euro 1972 dan meraih trofi Piala Dunia 1974.

Jupp Heynckes
Maklumat peribadi
Nama penuh Josef Heynckes
Tarikh lahir (1945-05-09) 9 Mei 1945 (umur 78)
Tempat lahir Mönchengladbach, Jerman
Ketinggian 1.80 m (5 ka 11 in)
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Bayern Munich (pengurus)
Kerjaya remaja
1956–1962 Grün-Weiß Holt
1962–1964 Borussia Mönchengladbach
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1963–1967 Borussia Mönchengladbach 82 (50)
1967–1970 Hannover 96 86 (25)
1970–1978 Borussia Mönchengladbach 226 (168)
Jumlah 394 (243)
Pasukan kebangsaan
1966–1967 Jerman Barat B23 3 (1)
1967–1976 Jerman Barat 39 (14)
Pasukan diurus
1979 Borussia Mönchengladbach (pembantu)
1979–1987 Borussia Mönchengladbach
1987–1991 Bayern Munich
1992–1994 Athletic Bilbao
1994–1995 Eintracht Frankfurt
1995–1997 Tenerife
1997–1998 Real Madrid
1999–2000 Benfica
2001–2003 Athletic Bilbao
2003–2004 Schalke 04
2006–2007 Borussia Mönchengladbach
2009 Bayern Munich (sementara)
2009–2011 Bayer Leverkusen
2017–kini Bayern Munich
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Sebagai pengurus bola sepak, Heynckes merangkul tiga gelaran Bundesliga bersama kelab Bayern Munich dan dua trofi Liga Juara-Juara ketika bersama Real Madrid pada musim 1997-98 dan bersama Bayern pada musim 2012-13.

Kerjaya kelab sunting

Heynckes beraksi dalam 369 perlawanan Bundesliga dan menyumat 220 gol.[1] Menerusi rekod tersebut, beliau merupakan penjaring gol ketiga terbanyak dalam sejarah Bundesliga selepas Gerd Müller (365 gol) dan Klaus Fischer (268 gol).[2]

Selepas memulakan karier mudanya di kelab amatur Grün-Weiß Holt, Heynckes memulakan kerjaya profesionalnya pada tahun 1964 bersama kelab setempatnya iaitu Borussia Mönchengladbach[3] yang pada masa itu kelabnya beraksi di divisyen kedua. Pada tahun 1965, kelab ini dikendalikan oleh jurulatih legenda, Hennes Weisweiler memperoleh promosi ke Bundesliga[4] manakala Heynckes menjaringkan 23 gol dalam 25 perlawanan pada musim sulungnya.[5]

Heynckes menjaringkan 27 gol Bundesliga pada dua musim pertamanya untuk kelab Borussia sebelum beliau berpindah ke Hannover 96. Di Hannover, beliau menghabiskan kariernya selama tiga tahun dan menjaringkan 25 gol dalam 86 perlawanan liga.[6]

Beliau kembali ke semula ke Borussia Mönchengladbach pada tahun 1970 apabila kelab tersebut baru menjadi juara liga buat kali pertama dalam sejarah.[7] Heynckes seterusnya menyumbat 19 gol dalam 33 perlawanan sekali gus membantu Gladbach meraih kejuaraan liga kedua berturut-turut pada musim 1970-71.[8]

Dalam saingana Piala Eropah pada musim seterusnya, beliau menjaringkan dua gol dalam perlawanan luar biasa kemenangan 2-1 ke atas juara Itali, Internazionale.[9] Walau bagaimanapun, perlawanan tersebut terpaksa diulang oleh kerana penonton melemparkan tin minuman ke arah padang dan mengenai pemain pelawat, Roberto Boninsegna. Borussia seri pada perlawanan ulangan 0-0 sebelum tersingkir hasil agregat 4-2.

Pada tahun 1973, Borussia Mönchengladbach menjadi kelab Jerman pertama melangkah ke perlawanan akhir Piala UEFA.[10] Borussia tewas pada perlawanan akhir pertama menentang Liverpool 3-0. Ketika perlawanan tersebut, Heynckes gagal memanfaatkan peluang apabila percubaan penaltinya berjaya diselamatkan oleh penjaga gol pasukan lawan, Ray Clemence sekali gus memadamkan impian Gladbach menghasilkan gol di tempat lawan.[11] Pada perlawanan seterusnya, Heynckes menjaringkan dua gol untuk pasukan Gladbach tetapi gagal untuk meraih trofi apabila pasukannya tewas menerusi agregat 3-2. Bersama 12 gol, Heynckes sertai penjaring terbanyak kejohanan bersama pemain Twente, Jan Jeuring. Walaupun kecewa gagal meraih trofi Piala UEFA, Gladbach menamatkan musim 1973-74 dengan kejayaan apabila merangkul trofi DFB-Pokal dengan menewaskan 1. FC Köln.

Pada musim 1973–74, Heynckes menjadi penjaring terbanyak Bundesliga bersama Gerd Müller dengan menjaringkan 30 gol. Selain itu, Heynckes turut menjadi penjaring terbanyak dalam kejohanan Piala Pemenang Eropah iaitu dengan lapan gol. Pada kejohanan itu, Gladbach ditewaskan oleh Milan dengan agregat 2-1.

Pada musim 1974–75, pasukan die Fohlen meraih trofi Bundesliga ketiganya manakala Heynckes menamatkan musim sebagai penjaring terbanyak Bundesliga dengan 27 gol. Tambahan lagi, pasukan ini turut akhirnya meraih trofi Eropah pertama mereka dalam kejohanan Piala UEFA. Selepas terikat seri tanpa jaringan pada perlawanan pertama menentang Twente, Heynckes yang terlepas perlawanan pertama menjaringkan hatrik pada perlawanan di tempat lawan 5-1 di Enschede. Kejayaan ini menandakan Gladbaach pasukan Jerman pertama meraih Piala UEFA. Sekali lagi, Heynckes dinobatkan penjaring terbanyak kejohanan dengan sepuluh gol. Secara keseluruhannya, Heynckes menjaringkan 23 gol dalam 21 perlawanan Piala UEFA sekali gus menjadikannya sebagai penjaring gol kesembilan terbanyak dalam sejarah kejohanan dan berada di kalangan sepuluh pemain terbaik yang mempunyai nisbah satu gol per perlawanan.

Selepas meraih gelaran liga, Weisweiler meninggalkan kelab untuk menjadi pengurus Barcelona. Beliau seterusnya digantikan oleh Udo Lattek. Borussia Mönchengladbach seterusnya menjuarai dua kejuaraan liga berturut-turut iaitu pada musim 1975–76 dan 1976–77. Pada tahun 1977, Borussia melangkah ke final Piala Eropah buat pertama kali. Mereka tewas 3-1 kepada Liverpool sekali lagi di Stadio Olimpico, Rom.

Heynckes menjaringkan 18 gol dalam Bundesliga pada musim 1977-78 termasuk lima gol ketika perlawanan menentang Borussia Dortmund 12-0 pada perlawanan terakhir musim. Dalam saingan Eropah, Heynckes menjaringkan empat gol dalam Piala Eropah dan menyaksikan pasukannya mara ke peringkat separuh akhir sebelum diketepikan sekali lagi oleh Liverpool. Secara keseluruhannya, Heynckes menjaringkan 51 gol dalam 64 perlawanan kejohanan Eropah.[12] Purata permainannnya 0.8 gol per perlawanan dan hampir sekata dengan rekod Gerd Müller yang memperoleh purata 0.89 gol per perlawanan.

Heynckes menamatkan kerjayanya pada tahun 1978[13] dan mula belajar untuk memperoleh lesen kejurulatihan di Deutsche Sporthochschule Köln.[14] Sepanjang kerjayanya di peringkat kelab, beliau telah merangkul empat kejuaraan Bundesliga, satu trofi DFB-Pokal dan satu trofi Piala UEFA. Beliau ialah penjaring gol ketiga terbanyak dalam sejarah Bundesliga dan merupakan penjaring gol terbanyak buat kelab Borussia Mönchengladbach dalam kejohanan tersebut dengan 195 gol dihasilkan.[15]

Kerjaya antarabangsa sunting

Heynckes telah melakukan 39 kemunculan buat pasukan kebangsaan Jerman Barat dan menjaringkan 14 gol.[16]

Pada Februari 1967, beliau melakukan penampilan sulungnya di pentas antarabangsa ketika berusia 21 tahun dengan menjaringkan gol pada perlawanan persahabatan menentang Maghribi yang berkesudahan kemenangan 5-1 berpihak kepada Jerman Barat.[17]

Heynckes merupakan sebahagian daripada pasukan Jerman Barat yang menjuarai Kejohanan Eropah 1972. Beliau beraksi sehingga tiupan wisel penamat pada final menentang Kesatuan Soviet yang berkesudahan Jerman menang 3-0. Beliau dinamakan oleh UEFA sebagai salah satu daripada tujuh pemain Jerman yang diletakkan ke dalam Pasukan Pilihan Kejohanan.[18]

Heynckes dimasukkan ke dalam skuad Jerman Barat yang mengambil bahagian dalam Piala Dunia 1974 yang diadakan di negara tanah airnya. Beliau kebanyakannya hanya duduk di bangku simpanan apabila posisi penyerang diisi oleh Gerd Müller yang ditetapkan oleh jurulatih Helmut Schön.[19] Heynckes hanya terlibat dalam kesebelasan utama Jerman Barat pada dua perlawanan iaitu menentang Chile dan Australia[20] sebelum beliau tidak tampil dalam perlawanan Piala Dunia kerana kecederaan sehinggalah die Nationalelf meraih trofi Piala Dunia keduanya menewaskan Belanda 2-1 pada final.

Kerjaya pengurus sunting

Borussia Mönchengladbach sunting

Selepas mengumumkan persaraan, beliau mengambil alih jawatan pembantu jurulatih Borussia Mönchengladbach sebelum menjadi pengurus pasukan menggantikan Udo Lattek pada tahun 1979 ketika usia 34 tahun.

Beliau memegang jawatan pengurus Borussia Mönchengladbach sehinggalah tahun 1987. Walaupun tidak meraih sebarang kejuaraan sepanjang tempohnya di situ, beliau digelar "juara tanpa gelaran".[21] Beliau telah dilantik menjadi pengurus juara Bundesliga, Bayern Munich pada musim panas 1987 dan jawatan yang beliau sandang digantikan oleh bekas pengurus Mönchengladbach, Udo Lattek.[22]

Heynckes merekodkan 169 kemenangan, 77 seri dan 97 kekalahan.[23]

Bayern Munich sunting

Heynckes dilantik menjadi pengurus kelab FC Bayern Munich pada 1 Julai 1987. Beliau menjadi pengurus kelab Bavara itu sehingga 8 Oktober 1991. Pada musim pertamanya, Bayern meraih DFL-Supercup dengan menewaskan Hamburg 2–1.[24] Bayern seterusnya merangkul kejuaraan Bundesliga pertama di bawah kendalian Heynckes pada musim 1988-89. Tidak cukup dengan kejayaan tersebut, Bayern menambah lagi trofi Bundesliga buat kali kedua berturut-turut pada musim seterusnya.

Pada musim 1991-92, Heynckes dipecat oleh Bayern pada 4 Oktober 1991 selepas pasukannya hanya mencatat empat kemenangan daripada 12 perlawanan pertama Bundesliga. Saat pemecatan Heynckes, Bayern menduduki carta ke-12 liga. Bayern terus bergelut selepas pemergian Heynckes dan akhirnya menamatkan musim di tempat ke sepuluh dan berada kelebihan lima mata daripada zon penyingkiran. Keputusan memecat Heynckes kemudian diungkapkan oleh Uli Hoeneß sebagai "kesilapan terbesar dalam kerjaya saya".[25]

Sepanyol sunting

Pada tahun 1992, Heynckes dilantik sebagai ketua jurulatih kelab Sepanyol, Athletic Bilbao sekali gus menjadikan beliau sebagai pengurus ketiga Jerman membimbing pasukan La Liga selepas Hennes Weisweiler dan Udo Lattek, kedua-duanya mengendali kelab Barcelona. Pada musim pertamanya, Athletic menduduki tempat kelapan liga.[26] Pada musim 1993-94, beliau membawa kelab Basque menduduki tempat kelima liga sekali gus membawa anak buahnya menempah tempat ke kelayakan Piala UEFA.[27]

Pada 1 Julai 1994, Heynckes kembali ke Jerman untuk menjadi pengurus kelab Eintracht Frankfurt. Tempoh Heynckes di Frankfurt dihujani masalah dan pertikaian dengan pemain-pemainnya termasuklah Anthony Yeboah, Jay-Jay Okocha dan Maurizio Gaudino.[28] Pada Disember 1994, tiga pemain tersebut dihukum kerana kurang mempamerkan usaha ketika menjalani latihan. Oleh sebab ketiga-tiga pemain ini menolak untuk beraksi dalam perlawanan menentang Hamburg, mereka digantung selama-lamanya. Gaudino dipinjam ke Manchester City pada bulan seterusnya[29] dan Yeboah dijual ke Leeds United pada Januari 1995. Okocha pula dibenarkan kembali ke pasukan namun berpindah ke Fenerbahçe S.K. pada tahun 1996. Heynckes meninggalkan kelab pada 2 April 1995 selepas tewas 3-0 di halaman sendiri kepada Schalke 04.[30] Sementara itu, Frankfurt menduduki tempat ke-13 liga pada musim tersebut.

Pada tahun 1995, Heynckes kembali ke Sepanyol untuk mengambil alih jawatan ketua jurulatih Tenerife.[31] Dalam saingan La Liga, beliau membawa pasukan yang berpusat di Kepulauan Canary itu layak ke Piala UEFA selepas menghuni tempat kelima liga.[32] Pada musim seterusnya, kelab ini menghuni tempat kesembilan di La Liga[33] dan melangkah ke peringkat separuh akhir Piala UEFA sebelum disingkirkan oleh pemenang kejohanan, Schalke 04.[34]

Pada Jun 1997, Heynckes dilantik oleh juara Sepanyol, Real Madrid sebagai ketua jurulatih kelab. Real Madrid meraih Piala Super Sepanyol dengan menewaskan FC Barcelona 5-3 secara agregat. Dalam kempen Liga Juara-Juara, Heynckes membawa Real menewaskan Juventus 1–0 pada perlawanan akhir untuk menjulang trofi Piala Eropah tersebut ke Madrid buat pertama kali ejak tahun 1966.[35] Walau bagaimanapun, oleh kerana kurang memperoleh kejayaan di peringkat domestik dengan menduduki tempat keempat liga, kontraknya ditamatkan pada penghujung musim.[36]

Benfica dan kembali ke Athletic sunting

Selepas dipecat oleh Real Madrid, Heynckes menggantikan Graeme Souness untuk menjadi ketua jurulatih bagi kelab Portugal, Benfica bagi menghadapi musim 1999-2000. Benfica menghuni tempat ketiga pada musim pertama di bawah kendalian Heynckes.[37]

Selepas melepaskan ikon dan kapten kelab, João Pinto yang menyertai musuh tradisi, Sporting CP, Heynckes menjadi tidak popular di kalangan peminat dan meninggalkan kelab melalui persetujuan bersama pada September 2000. Benfica di tempat ketujuh liga saat pemergian Heynckes.

Pada tahun 2001, Heynckes kembali ke Athletic Bilbao buat tempoh kedua sebagai jurulatih. Pada musim 2001–02, Athletic menghuni tempat kesepuluh La Liga sekali gus terlepas peluang ke Piala UEFA. Musim seterusnya menyaksikan Athletic menduduki tempat ketujuh La Liga[38] dan sekali lagi terlepas satu mata untuk layak ke Piala UEFA. Pada Jun 2003, Heynckes meninggalkan Athletic untuk menjadi ketua jurulatih Schalke 04.

Kembali ke Jerman sunting

Pada tahun 2003, selepas tahun di Semenanjung Iberia, Heynckes kembali ke Jerman untuk mengendali pasukan Schalke 04. Pada musim pertamanya, beliau mensasarkan menghuni tempat kelima teratas Bundesliga, Schalke menamatkan musim 2003-04 di tempat ketujuh liga. Pada musim seterusnya, Schalke menghuni zon penyingkiran selepas tewas tiga daripada empat perlawanan pembukaan liga. Pada 15 September 2004, Heynckes dipecat oleh pihak kelab yang diketuai Rudi Assauer.

Pada Mei 2006, Heynckes kembali mengendali kelab Borussia Mönchengladbach, tempat di mana beliau memulakan kariernya sebagai pemain dan pengurus. Gladbach menduduki tempat kelima dalam Bundesliga selepas memenangi empat perlawanan di laman sendiri pada awal musim. Beliau meletak jawatan pada 31 Januari 2007[39] selepas 14 perlawanan liga tanpa kemenangan yang menyaksikan Borussia jatuh ke tempat ke-17 liga. Pada Mei 2013, ketika kembali ke Borussia-Park pada perlawanan terakhirnya sebagai jurulatih, Heynckes berkata, "Inilah kelab saya. Tempat saya memulakan kerjaya pada usia 19 tahun dan seterusnya sebagai jurulatih. Mönchengladbach adalah kampung saya. Saya menghabiskan 23 tahun di kelab ini, jadi perlawanan ini bukanlah perlawanan biasa bagi saya."[40]

Nasib kelab selepas pemergian Heynckes tidak meningkat dan akhirnya, Borussia tersingkir ke divisyen kedua pada penghujung musim selepas menghuni tangga tercorot di Bundesliga.[41]

Tahun-tahun akhir sunting

Selepas dua tahun menyepi, Heynckes kembali ke bola sepak pada April 2009 dengan menjadi jurulatih sementara Bayern Muncih selepas Jürgen Klinsmann dipecat.[42] Bayern dalam kedudukan bahaya selepas terlepas kelayakan Liga Juara-Juara saat perlantikan Heynckes.[43] Namun, pasukan ini menccatat empat kemenangan dan satu seri pada baki perlawanan sebelum mereka menduduki tempat kedua Bundesliga, dua mata di belakang pendahulu, VfL Wolfsburg.[44]

Pada 5 Jun 2009, Heynckes menandatangani kontrak dua tahun bersama kelab Bayer Leverkusen. Pasukan ini memulakan musim dengan 24 perlawanan Bundesliga tanpa kalah dan mula mencabar Bayern untuk perebutan takhta liga.[45] Mereka akhirnya tewas 3–2 kepada 1. FC Nürnberg pada Mac 2010[46] sebelum Leverkusen hana memenangi dua daripada sembilan perlawanan terakhirnya lalu menghuni tempat keempat liga.

Pada musim 2010-11, Leverkusen menduduki tempat kedua liga di belakang Borussia Dortmund sekali gus layak ke Liga Juara-Juara buat pertama kali sejak tahun 2005. Leverkusen menduduki tempat kedua buat pertama kali sejak musim 2002.

Walaupun mengecapi berbagai-bagai kejayaan, Heynckes memutuskan beliau tidak akan melanjutkan kontraknyya dan meninggalkan Leverkusen pada tahun 2011 untuk mengambil alih jawatan pengurus Bayern Munich buat kali ketiga.[47][48][49]

Tempoh ketiga di Bayern Munich sunting

 
Heynckes saat mengendali Bayern pada 2013.

Pada 25 Mac 2011, Heynckes menggantikan tempat Louis van Gaal sebagai pengurus Bayern Munich pada permulaan musim 2011-12.[50] Pada usia 66 tahun, beliau menjadi jurulatih tertua di Bundesliga.[51] Heynckes mengambil alih pasukan yang menghuni tempat ketiga dalam musim lepas.

Bayern memulakan musim baru di bawah kendalian Heynckes dengan kekalahan mengejut 1-0 kepada kelab lama beliau, Borussia Mönchengladbach di Allianz Arena[52] sebelum Bayern mencatatkan enam kemenangan Bundesliga berturut-turut tanpa bolos sekali gus membawa Bayern ke puncak liga. Dalam semua kejohanan, Bayern mencatatkan 12 perlawanan tanpa bolos termasuklah empat perlawanan Liga Juara-Juara. Namun, Borussia Dortmund merampas tangga teratas liga selepas Bayern seri menentang Hamburg pada perlawanan ke-20. Dortmund menghuni tangga teratas liga sehinggalah mereka menjulang trofi Bundesliga pada penghujung musim.[53]

Pada 17 Mac 2012, Heynckes menyaksikan perlawanan Bundesliga ke-600nya sebagai pengurus dengan kemenangan 6-0 ke atas Hertha BSC. Pengurus Hertha iaitu Otto Rehhagel, hanya jurulatih yang mengedali lebih banyak perlawanan Bundesliga iaitu lebih 800 perlawanan.

Selepas menduduki tempat kedua liga, Bayern bertemu Dortmund pada perlawanan akhir DFB-Pokal 2012 namun mereka tewas 5-2.[54]

Walaupun dipanah kekecewaan berikutan prestasi Bayern di peringkat domestik, Heynckes membawa Bayern layak ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara. Pada perlawanan akhir yang berlangsung di Allianz Arena, die Roten bertembung dengan kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea. Walaupun Bayern banyak menguasai perlawanan[55] dan mendahului 1–0 pada minit ke-83, Bayern akhirnya tewas 4-3 menerusi penentuan penalti.[56] Musim ini menyaksikan Bayern menamatkan musim di seluruh kejohanan sebagai naib juara.

Musim 2012-13 sunting

Bayern memulakan musim 2012-13 dengan kejayaan menewaskan Borussia Dortmund 2-1 dalam DFL-Supercup.[57] Ia merupakan satu keputusan yang memberangsangkan apabila Bayern tewas dalam tiga pertemuan dengan die Schwarzgelben pada musim-musim sebelumnya. Kempen Bundesliga Bayern bermula dengan lapan kemenangan berturut-turut.

Pada 16 Januari 2013, Bayern mengumumkan bahawa bekas pengurus Barcelona, Pep Guardiola akan menggantikan Heynckes pada Julai 2013. Pengurus Besar Bayern, Uli Hoeneß seterusnya menyatakan Heynckes tidak membuat keputusan untuk meninggalkan Bayern namun tindakan kelab yang menginginkan perkhidmatan Guardiola.[58] Selepas perlawanan liga disambung berikutan percutiam musim sejuk, Bayern memenangi 14 perlawanan berturut-turut dari bulan Januari dan seterusnya sebelum dinobatkan sebagai juara Bundesliga pada 6 April 2013.[59] Seterusnya, Bayern menjadi pasukan terawal merangkul Bundesliga selain memecahkan beberpa rekod lain ketika musim ini antaranya pengutipan mata tertinggi (91), kemenangan berturut-turut terpanjang (14), kemenangan tertinggi dalam satu musim (29), perbezaan gol terbanyak dalam satu musim (+80) dan jumlah gol dibolos paling sedikit dalam satu musim (18). Pasukan ini turut menjaringkan gol dalam setiap perlawanan dan hanya menempuhi satu kekalahan.[60]

Pada 23 Februari 2013, Heynckes mengendali Bayern dalam perlawanan ke-1000 Bundesliganya sebagai seorang pemain dan pengurus sekali gus menjadikan beliau sebagai insan kedua yang melakukan kemunculan tertinggi dalam sejarah Bundesliga. Pada 14 Mei 2013, beliau mengendali perlawanan Bundesliga yang dianggap buat kali terakhir. Lebih dramatik lagi, perlawanan tersebut berlangsung di Borussia Mönchengladbach, kelab di mana Heynckes memulakan karier dan berkhidmat selama 20 tahun sebagai pemain dan pengurus.[61]

Dalam saingan Liga Juara-Juara, Bayern menumbangkan Barcelona pada peringkat separuh akhir selepas menang 7-0 menerusi agregat untuk melangkah ke perlawanan akhir. Heynckes membawa Bayern menewaskan pesaing ketat kelab, Borussia Dortmund 2-1 di Stadium Wembley. Heynckes menjadi pengurus keempat (selepas Ernst Happel, Ottmar Hitzfeld dan José Mourinho) untuk meraih Liga Juara-Juara bersama dua kelab berbeza.[62]

Pada 1 Jun 2013, Heynckes mengendali Bayern buat kali terakhir pada perlawanan akhir DFB-Pokal menentang VfB Stuttgart.[63] Bayern akhirnya menang 3-2 dan melengkapkan "treble" dalam satu siri musim.[63][64][65] Bekas kapten Bayern dan pasukan Jerman Barat, Franz Beckenbauer yang membawa die Roten merangkul tiga trofi Piala Eropah berturut-turut pada era 1970an,[66] mengungkapkan pasukan Bayern di bawah kendalian Heynckes adalah "pasukan terbaik Bayern selamanya"[67] dan pandangan ini turut disertai bekas penyerang legenda Bayern, Karl-Heinz Rummenigge.[68]

Pada 4 Jun 2013, Heynckes mengumumkan bahawa beliau tidak akan menjadi pengurus kelab ketika musim 2013-14.[69]

Statistik kerjaya sunting

Kelab sunting

Kelab Musim Liga Piala Eropah Lain[nb 1] Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
  Borussia Mönchengladbach 1964-65 25 23 0 0 6 6 31 29
1965-66 27 12 2 0 29 12
1966-67 30 15 1 0 31 15
Jumlah 82 50 3 0 6 6 91 56
  Hannover 96 1967-68 29 10 1 0 1 0 31 10
1968-69 34 9 4 2 6 5 44 16
1969-70 23 6 1 2 2 1 25 9
Jumlah 86 25 6 4 9 6 101 35
  Borussia Mönchengladbach 1970-71 33 19 6 2 4 2 42 23
1971-72 31 19 5 2 4 3 40 24
1972-73 33 28 9 7 11 13 53 48
1973-74 33 30 3 2 7 8 43 40
1974-75 31 27 2 4 10 11 43 42
1975-76 24 12 4 1 6 5 34 18
1976-77 20 15 0 0 7 1 34 18
1977-78 21 18 0 0 5 5 0 0 26 23
Jumlah 226 168 29 18 54 50 0 0 309 236
Jumlah kerjaya 394 243 38 22 63 56 6 6 501 327

Antarabangsa sunting

Pasukan kebangsaan Jerman Barat
Tahun Kmncln Gol
1967 2 2
1968 0 0
1969 1 0
1970 3 0
1971 7 0
1972 6 0
1973 6 3
1974 6 2
1975 5 4
1976 3 3
Jumlah 39 14

Gol antarabangsa sunting

Pengurusan sunting

Pasukan Dari Hingga Rekod
BP M S K BJ GB PG Menang %
  Borussia Mönchengladbach 1 Julai 1979[70] 30 Jun 1987[71] &&&&&&&&&&&&0343.&&&&&0343 &&&&&&&&&&&&0169.&&&&&0169 &&&&&&&&&&&&&077.&&&&&077 &&&&&&&&&&&&&097.&&&&&097 &&&&&&&&&&&&0732.&&&&&0732 &&&&&&&&&&&&0513.&&&&&0513 +219 &&&&&&&&&&&&&049.27000049.27
  Bayern Munich 1 Julai 1987[72] 8 Oktober 1991[73] &&&&&&&&&&&&0198.&&&&&0198 &&&&&&&&&&&&0113.&&&&&0113 &&&&&&&&&&&&&046.&&&&&046 &&&&&&&&&&&&&039.&&&&&039 &&&&&&&&&&&&0408.&&&&&0408 &&&&&&&&&&&&0215.&&&&&0215 +193 &&&&&&&&&&&&&057.&7000057.07
  Athletic Bilbao 1 Julai 1992[74] 30 Jun 1994[75] &&&&&&&&&&&&&082.&&&&&082 &&&&&&&&&&&&&034.&&&&&034 &&&&&&&&&&&&&020.&&&&&020 &&&&&&&&&&&&&028.&&&&&028 &&&&&&&&&&&&0120.&&&&&0120 &&&&&&&&&&&&0103.&&&&&0103 +17 &&&&&&&&&&&&&041.46000041.46
  Eintracht Frankfurt 1 Julai 1994[76] 2 April 1995[77] &&&&&&&&&&&&&034.&&&&&034 &&&&&&&&&&&&&012.&&&&&012 &&&&&&&&&&&&&010.&&&&&010 &&&&&&&&&&&&&012.&&&&&012 &&&&&&&&&&&&&044.&&&&&044 &&&&&&&&&&&&&045.&&&&&045 −1 &&&&&&&&&&&&&035.29000035.29
  Tenerife 1 Julai 1995[78] 26 Jun 1997[79] &&&&&&&&&&&&0104.&&&&&0104 &&&&&&&&&&&&&044.&&&&&044 &&&&&&&&&&&&&027.&&&&&027 &&&&&&&&&&&&&033.&&&&&033 &&&&&&&&&&&&0173.&&&&&0173 &&&&&&&&&&&&0136.&&&&&0136 +37 &&&&&&&&&&&&&042.31000042.31
  Real Madrid 26 Jun 1997[80] 28 Mei 1998[81] &&&&&&&&&&&&&053.&&&&&053 &&&&&&&&&&&&&026.&&&&&026 &&&&&&&&&&&&&015.&&&&&015 &&&&&&&&&&&&&012.&&&&&012 &&&&&&&&&&&&&092.&&&&&092 &&&&&&&&&&&&&055.&&&&&055 +37 &&&&&&&&&&&&&049.&6000049.06
  Benfica 1 Julai 1999[82] 20 September 2000[83] &&&&&&&&&&&&&048.&&&&&048 &&&&&&&&&&&&&027.&&&&&027 &&&&&&&&&&&&&&08.&&&&&08 &&&&&&&&&&&&&013.&&&&&013 &&&&&&&&&&&&&084.&&&&&084 &&&&&&&&&&&&&054.&&&&&054 +30 &&&&&&&&&&&&&056.25000056.25
  Athletic Bilbao 1 Julai 2001[84] 17 Jun 2003[85] &&&&&&&&&&&&&086.&&&&&086 &&&&&&&&&&&&&036.&&&&&036 &&&&&&&&&&&&&022.&&&&&022 &&&&&&&&&&&&&028.&&&&&028 &&&&&&&&&&&&0135.&&&&&0135 &&&&&&&&&&&&0139.&&&&&0139 −4 &&&&&&&&&&&&&041.86000041.86
  Schalke 04 17 Jun 2003[86] 15 September 2004[87] &&&&&&&&&&&&&057.&&&&&057 &&&&&&&&&&&&&028.&&&&&028 &&&&&&&&&&&&&014.&&&&&014 &&&&&&&&&&&&&015.&&&&&015 &&&&&&&&&&&&&086.&&&&&086 &&&&&&&&&&&&&064.&&&&&064 +22 &&&&&&&&&&&&&049.12000049.12
  Borussia Mönchengladbach 1 Julai 2006[88] 31 Januari 2007[89] &&&&&&&&&&&&&021.&&&&&021 &&&&&&&&&&&&&&05.&&&&&05 &&&&&&&&&&&&&&04.&&&&&04 &&&&&&&&&&&&&012.&&&&&012 &&&&&&&&&&&&&017.&&&&&017 &&&&&&&&&&&&&028.&&&&&028 −11 &&&&&&&&&&&&&023.81000023.81
  Bayern Munich 28 April 2009[90] 5 Jun 2009[91] &&&&&&&&&&&&&&05.&&&&&05 &&&&&&&&&&&&&&04.&&&&&04 &&&&&&&&&&&&&&01.&&&&&01 &&&&&&&&&&&&&&00.&&&&&00 &&&&&&&&&&&&&012.&&&&&012 &&&&&&&&&&&&&&05.&&&&&05 +7 &&&&&&&&&&&&&080.&&&&&080.00
  Bayer Leverkusen 5 Jun 2009[92] 30 Jun 2011[93] &&&&&&&&&&&&&084.&&&&&084 &&&&&&&&&&&&&044.&&&&&044 &&&&&&&&&&&&&026.&&&&&026 &&&&&&&&&&&&&014.&&&&&014 &&&&&&&&&&&&0166.&&&&&0166 &&&&&&&&&&&&&094.&&&&&094 +72 &&&&&&&&&&&&&052.38000052.38
  Bayern Munich 1 Julai 2011[94] 26 Jun 2013 &&&&&&&&&&&&0109.&&&&&0109 &&&&&&&&&&&&&083.&&&&&083 &&&&&&&&&&&&&012.&&&&&012 &&&&&&&&&&&&&014.&&&&&014 &&&&&&&&&&&&0270.&&&&&0270 &&&&&&&&&&&&&053.&&&&&053 +217 &&&&&&&&&&&&&076.15000076.15
Jumlah &&&&&&&&&&&01224.&&&&&01,224 &&&&&&&&&&&&0625.&&&&&0625 &&&&&&&&&&&&0282.&&&&&0282 &&&&&&&&&&&&0317.&&&&&0317 &&&&&&&&&&&02339.&&&&&02,339 &&&&&&&&&&&01504.&&&&&01,504 +835 &&&&&&&&&&&&&051.&6000051.06

Pencapaian sunting

Pemain sunting

Borussia Mönchengladbach
Jerman Barat[95]

Pengurus sunting

Bayern Munich[96]
Real Madrid[97]
Schalke 04

Individu sunting

Pemain
Pengurus

Nota sunting

  1. ^ Termasuk DFL-Ligapokal dan promosi ke Regionalliga

Catatan sunting

  1. ^ Arnhold, Matthias (7 February 2013). "Josef Heynckes – Matches and Goals in Bundesliga". Rec.Sport.Soccer Statistics Foundation. Dicapai pada 7 February 2013.
  2. ^ "After a week of farewells, Heynckes' career in the game should never be forgotten". Daily Mail. 25 May 2013. Dicapai pada 2 June 2013.
  3. ^ name=farewells
  4. ^ "Borussia Moenchengladbach: Foals with a proud history". FIFA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-12-20. Dicapai pada 2 June 2013.
  5. ^ name=farewells
  6. ^ name=spieler
  7. ^ name=foals
  8. ^ name=foals
  9. ^ name=triumphs>"Triumphs, bitter defeats and curiosities: Heynckes, Bayern and the Foals". FourFourTwo. 23 May 2013. Dicapai pada 2 June 2013.
  10. ^ name=foals
  11. ^ "Five great UEFA Cup finals". ESPN. 13 May 2009. Dicapai pada 2 June 2013.
  12. ^ Haisma, Marcel (4 October 2003). "Jupp Heynckes – Goals in European Cups". Rec.Sport.Soccer Statistics Foundation. Dicapai pada 7 February 2013.
  13. ^ "Jupp Heynckes: The man behind Bayern's success". Fußball-Bundesliga. 13 May 2013. Dicapai pada 2 June 2013.
  14. ^ name=farewells
  15. ^ "Heynckes anticipates an emotional farewell". FC Bayern München. 17 May 2013. Dicapai pada 2 June 2013.
  16. ^ Arnhold, Matthias (18 April 2004). "Josef 'Jupp' Heynckes – International Appearances". Rec.Sport.Soccer Statistics Foundation. Dicapai pada 7 February 2013.
  17. ^ "West Germany v Morocco, 22 February 1967". 11 v 11. Dicapai pada 2 June 2013.
  18. ^ "1972 team of the tournament". UEFA. 2 May 2011. Dicapai pada 2 June 2013.
  19. ^ name=nineteenseventytwo
  20. ^ "Jupp HEYNCKES". FIFA. Dicapai pada 2 June 2013.
  21. ^ name=triumphs
  22. ^ name=farewells
  23. ^ name="Bor. Moenchengladbach - Trainerhistorie"
  24. ^ name="1987 German Super Cup"
  25. ^ Templat:UEFA coach
  26. ^ name="1992–93 league table">"Spain | Primera División 1992/1993 | 38. Round". Dicapai pada 29 July 2016.
  27. ^ name="1993–94 league table">"Spain | Primera División 1993/1994 | 38. Round". World Football. Dicapai pada 29 July 2016.
  28. ^ Hesse, Uli (30 March 2013). "Heynckes mellows to be record breaker". ESPN FC. Dicapai pada 31 May 2013.
  29. ^ "City sign German charged with car theft". The Independent. 20 December 1994. Dicapai pada 31 May 2013.
  30. ^ name="1994–95 season"
  31. ^ name="Jupp Heynckes"
  32. ^ name="1995–96 league table">"Spain | Primera División 1995/1996 | 42. Round". World Football. Dicapai pada 29 July 2016.
  33. ^ name="1996–97 league table">"Spain | Primera División 1996/1997 | 42. Round". World Football. Dicapai pada 29 July 2016.
  34. ^ name="1996–97 season">"CD Tenerife | Dates & results 1996/1997". World Football. Dicapai pada 16 January 2014.
  35. ^ "Mourinho replaces Heynckes at Benfica". BBC. 20 September 2000. Dicapai pada 1 June 2013.
  36. ^ "Football: Heynckes is sacked by Real Madrid". The Independent. Independent Print Limited. 29 May 1998. Dicapai pada 10 May 2012.
  37. ^ Pascoal, Alcino. "Portugal 1999/2000". RSSSF. Dicapai pada 16 January 2014.
  38. ^ "Spain | Primera División 2002/2003 | 38. Round". World Football. Dicapai pada 29 July 2016.
  39. ^ "Hitzfeld to the Rescue as Bayern Munich Axe Magath". Deutsche Welle. 31 January 2007. Dicapai pada 26 July 2016.
  40. ^ "Bayern's Heynckes to close 'Gladbach circle". Times of Inda. 17 May 2013. Dicapai pada 3 June 2013.[pautan mati kekal]
  41. ^ "Bremen lose at Bielefeld – Mönchengladbach relegated". Deutscher Fußball-Bund. 29 April 2007. Dicapai pada 1 June 2013.
  42. ^ "Klinsmann dismissed as Bayern Munich coach". CNN News. 27 April 2009. Dicapai pada 15 September 2009.
  43. ^ "Coach Klinsmann sacked by Bayern". BBC. 27 April 2009. Dicapai pada 1 July 2013.
  44. ^ "The hunt for Bayern's old fox Jupp Heynckes". Deutsche Welle. 1 May 2009. Dicapai pada 1 June 2013.
  45. ^ "Record-breaking Leverkusen pip Bayern to top spot". World Sports Network. 21 February 2010. Dicapai pada 1 June 2013.
  46. ^ "Nuremberg end Bayer Leverkusen's unbeaten run". CNN. 7 March 2010. Dicapai pada 1 June 2013.
  47. ^ "Coach Jupp Heynckes to leave Bundesliga side Leverkusen". BBC. 21 March 2011. Dicapai pada 1 June 2013.
  48. ^ "Heynckes to leave Bayer Leverkusen at end of season". CNN. 21 March 2011. Dicapai pada 1 June 2013.
  49. ^ "Bayern Munich confirm Heynckes as new coach from next season". CNN. 25 March 2011. Dicapai pada 1 June 2013.
  50. ^ Nathler, Christian. "Bayern Appoint Jupp Heynckes as new coach". Deutsche Welle. Dicapai pada 25 March 2011.
  51. ^ "Heynckes: Bayern will be very, very motivated". FC Bayern München. 15 April 2011. Dicapai pada 1 June 2013.
  52. ^ "Bayern Munich suffer rare home defeat to Borussia Mönchengladbach". The Guardian. 8 August 2011. Dicapai pada 1 June 2013.
  53. ^ "Borussia Dortmund celebrate Bundesliga title win built on unity". The Guardian. 23 April 2013. Dicapai pada 1 June 2013.
  54. ^ "Bayern Munich shaken to the core by Borussia Dortmund humiliation". The Guardian. 14 May 2012. Dicapai pada 1 June 2013.
  55. ^ "Bayern Munich v Chelsea: how the players rated in Champions League final". The Telegraph. 19 May 2012. Dicapai pada 1 June 2013.
  56. ^ McNulty, Phil (19 May 2013). "Chelsea 1-1 Bayern Munich". BBC Sport. Dicapai pada 18 May 2013.
  57. ^ name="Supercup: Bayern best Dortmund">Hallam, Mark (12 August 2012). "Supercup: Bayern best Dortmund". Deutsche Welle. Dicapai pada 27 July 2016.
  58. ^ "Bayern Munich coach Jupp Heynckes' decision to retire was not entirely voluntary". Sky Sports. 18 January 2013. Dicapai pada 1 June 2013.
  59. ^ Reuters (6 April 2013). "Bundesliga – Bayern Munich seal fastest ever title after win over Frankfurt". Yahoo! Eurosport. Dicapai pada 6 April 2013.
  60. ^ "Comprehensive List of All Bundesliga Records Broken By Bayern Munich This Season". Who Ate All The Pies. 20 May 2013. Dicapai pada 1 June 2013.
  61. ^ "Heynckes bids farewell in Mönchengladbach". 17 May 2013. Dicapai pada 1 June 2013.
  62. ^ "Two-time winner Heynckes in exclusive club". UEFA. 25 May 2013. Dicapai pada 2 June 2013.
  63. ^ a b "Bayern Munich win German Cup and secure historic treble". BBC. 1 June 2013. Dicapai pada 2 June 2013.
  64. ^ "Bayern Cup win clinches Bayern's historic treble". CNN. 1 June 2013. Dicapai pada 2 June 2013.
  65. ^ "Treble top for super Bayern". Sky Sports. 1 June 2013. Dicapai pada 2 June 2013.
  66. ^ "The great European Cup teams: Bayern Munich 1974-76". The Guardian. 23 May 2013. Dicapai pada 2 June 2013.
  67. ^ "Bayern Munich cap season by winning German Cup". CBC. 1 June 2013. Dicapai pada 2 June 2013.
  68. ^ "Rummenigge: This is the best Bayern Munich ever". goal.com. 31 May 2013. Dicapai pada 2 June 2013.
  69. ^ "Jupp Heynckes says he will not manage a club in 2013-14". The Guardian. 4 June 2013. Dicapai pada 6 June 2013.
  70. ^ name="Bor. Moenchengladbach - Trainerhistorie"
  71. ^ name="Bor. Moenchengladbach - Trainerhistorie"
  72. ^ name="Bayern München - Trainerhistorie"
  73. ^ name="Bayern München - Trainerhistorie"
  74. ^ name="Jupp Heynckes"
  75. ^ name="Jupp Heynckes"
  76. ^ name="Eintracht Frankfurt - Trainerhistorie"
  77. ^ name="Eintracht Frankfurt - Trainerhistorie"
  78. ^ name="Jupp Heynckes"
  79. ^ name=realposition
  80. ^ name=realposition
  81. ^ name=realucltrophy
  82. ^ name="Jupp Heynckes"
  83. ^ name="Mourinho replaces Heynckes at Benfica"
  84. ^ name="Jupp Heynckes"
  85. ^ name="Heynckes neuer Trainer auf Schalke"
  86. ^ name="Heynckes neuer Trainer auf Schalke"
  87. ^ name="FC Schalke 04 - Trainerhistorie"
  88. ^ name="Bor. Moenchengladbach - Trainerhistorie"
  89. ^ name="Hitzfeld to the Rescue as Bayern Munich Axe Magath"
  90. ^ name="Bayern München - Trainerhistorie"
  91. ^ name="Fußball-Bundesliga: Heynckes neuer Trainer in Leverkusen"
  92. ^ name="Fußball-Bundesliga: Heynckes neuer Trainer in Leverkusen"
  93. ^ name="Bayer 04 Leverkusen - Trainerhistorie"
  94. ^ name="Bayern München - Trainerhistorie"
  95. ^ name="Soccerway_player">"Jupp Heynckes". Soccerway. Dicapai pada 10 February 2016.
  96. ^ name="Soccerway_coach">"J. Heynckes". Soccerway. Dicapai pada 10 February 2016.
  97. ^ name="Soccerway_coach"
  98. ^ Rota, Davide; Owsianski, Jarek (18 December 2003). "Cup Winners Cup Topscorers". RSSSF. Dicapai pada 10 February 2016.
  99. ^ Mamrud, Roberto; Rota, Davide; Owsianski, Jarek (11 June 2015). "Fairs/UEFA Cup Topscorers". RSSSF. Dicapai pada 10 February 2016.
  100. ^ "1972 UEFA European Championship". UEFA.com. Dicapai pada 10 February 2016.
  101. ^ "THE WORLD'S BEST CLUB COACH". IFFHS. 10 January 2014. Dicapai pada 10 February 2016.
  102. ^ Rainbow, Jamie (12 December 2013). "Cristiano Ronaldo is World Soccer's Player of the Year 2013". WorldSoccer. Dicapai pada 10 February 2016.

Pautan luar sunting