Auto City dan Kampung Juru ஜூரு merupakan sebuah bandar lebuh raya dekat Jambatan Pulau Pinang, Malaysia sekali. Pekan ini juga merupakan pekan berkependudukan kerana merupakan pekan yang sangat mendekat dengan Pulau Pinang. Ia terletak 330 km dari Kuala Lumpur dan 17 km dari George Town. Sungai Juru turut merupakan sungai yang penting di Pulau Pinang.

Kawasan Rehat Juru juga disediakan dekat Juru kerana sini sudah mahu tiba Pulau Pinang bagi orang dari Ipoh, Kuala Lumpur, dan Selatan.

Tempat aktiviti yang terkenal iaitu Auto City adalah terdapat di sini. Ia terletak di bawah jejambat Lebuhraya Utara Selatan Juru sahaja seperti kawasan sekolah Jit Sin. Sini juga dirujuk dengan Highway Auto City dan Persimpangan Juru. Tapi, ke pekannya hendaklah melalui jarak 3 km lagi melalui utara Butterworth (susur keluar Sungai Petani dan Sungai Dua) ke Sungai Udang. Auto City ini juga dikenali sebagai bandar kereta bagi orang Cina.

Kampung Juru juga merupakan bandar satelit Pulau Pinang. Ia juga terletak 100 km ke utara Alor Setar. Pekan Juru juga berhubung dengan Bukit Minyak dan Perai di Bukit Mertajam dan juga berhubung dengan Bukit Tambun dan Simpang Ampat. Kebanyakan penduduk Bukit Mertajam datang bekerja di Juru kerana Juru terkenal dengan kawasan perindustrian dan komersial.

Plaza tol di Juru pula merupakan plaza tol utama kepada lebuh raya PLUS. Perjalanan lebuh raya ulang-alik dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur adalah bermula dan tamat di plaza tol Juru ini. Pada musim perayaan ataupun cuti panjang, kesesakan utama kenderaan sentiasa berlaku di hadapan plaza tol utama Juru di kedua-dua arah termasuklah lorong Touch 'n Go dan lorong Smart TAG

Plaza tol Juru ini pun telah dicadangkan untuk beralih ke Bukit Tambun bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas dan memendekkan perjalanan ke Jambatan Kedua Pulau Pinang.