Jurulatih Terbaik Dunia FIFA

Jurulatih Terbaik Dunia FIFA[1] merupakan sebuah anugerah tahunan bola sepak yang diberikan kepada pengurus atau ketua jurulatih bola sepak yang dianggap telah memberikan prestasi yang terbaik sepanjang tahun sebelumnya. Penganugerahan ini diberikan berdasarkan kepada undian daripada jurulatih dan kapten pasukan kebangsaan, serta wartawan di seluruh dunia.

Jurulatih Terbaik Dunia FIFA
Anugerah pertama2010
Anugerah terakhir2015
Laman web rasmiFIFA.com

Anugerah ini bermula pada tahun 2010 hasil dari gabungan anugerah berprestij Ballon d'Or kelolaan France Football dan Pemain Terbaik Dunia FIFA kelolaan FIFA. José Mourinho merupakan pengurus pertama yang memenangi anugerah ini yang diadakan pada tahun 2010. Anugerah untuk pengurus wanita pula dimenangi ketua jurulatih Silvia Neid pada tahun 2010. Bermula tahun 2016, anugerah ini digantikan dengan anugerah The Best FIFA Football Coach.


Pemenang sunting

Jurulatih Terbaik Dunia FIFA (lelaki) sunting

Tahun Tempat pertama Tempat kedua Tempat ketiga
2010   José Mourinho (Internazionale)   Vicente del Bosque (Sepanyol)   Pep Guardiola (Barcelona)
2011   Pep Guardiola (Barcelona)   Sir Alex Ferguson (Manchester United)   José Mourinho (Real Madrid)
2012   Vicente del Bosque (Sepanyol)   José Mourinho (Real Madrid)   Pep Guardiola (Barcelona)
2013   Jupp Heynckes (Bayern Munich)   Jürgen Klopp (Dortmund)   Sir Alex Ferguson (Manchester United)
2014   Joachim Löw (Jerman)   Carlo Ancelotti (Real Madrid)   Diego Simeone (Atlético Madrid)
2015   Luis Enrique (Barcelona)   Pep Guardiola (Bayern Munich)   Jorge Sampaoli (Chile)


Jurulatih Terbaik Dunia FIFA (wanita) sunting

Tahun Tempat pertama Tempat kedua Tempat ketiga
2010   Silvia Neid (Jerman)   Maren Meinert (Jerman B-20)   Pia Sundhage (Amerika Syarikat)
2011   Norio Sasaki (Jepun)   Pia Sundhage (Amerika Syarikat)   Bruno Bini (Perancis)
2012   Pia Sundhage (Amerika Syarikat)   Norio Sasaki (Jepun)   Bruno Bini (Perancis)
2013   Silvia Neid (Jerman)   Ralf Kellermann (Wolfsburg)   Pia Sundhage (Sweden)
2014   Ralf Kellermann (Wolfsburg)   Maren Meinert (Jerman B-20)   Norio Sasaki (Jepun)
2015   Jill Ellis (Amerika Syarikat)   Norio Sasaki (Jepun)   Mark Sampson (England)


Lihat juga sunting


Rujukan sunting

  1. ^ "Rules of allocation" (PDF). FIFA.com. 2012. Diarkibkan daripada yang asal (pdf) pada 2015-09-24. Dicapai pada 15 Januari 2013.


Pautan luar sunting