Jwanita

Filem seram Malaysia 2015 arahan Osman Ali

Jwanita (Tulisan Jawi: جوانيتا) ialah sebuah filem seram psikologi Malaysia 2015 yang diarahkan oleh Osman Ali. Filem ini menampilkan barisan pelakon A-List iaitu Maya Karin, Bront Palarae, Cristina Suzanne Stockstill, Datin Umie Aida[3] dan Marsha Milan Londoh. Filem ini mengisahkan mengenai Jwanita (Maya Karin) yang terpisah dari adiknya, Julaika (Cristina Suzanne Stockstill) ketika kecil. Dia telah dibesarkan oleh seorang dukun, (Datin Umie Aida) dan sering didera. Selepas kedua-duanya dewasa, mereka bertemu semula tetapi Jwanita telah mengancam kehidupan Julaika dan keluarganya. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 24 September 2015.

Jwanita
Poster keluaran tayangan
PengarahOsman Ali
DibintangiMaya Karin
Bront Palarae
Cristina Suzanne Stockstill
Datin Umie Aida
Marsha Milan Londoh
Syarikat
penerbitan
Nuansa Sdn Bhd
Ehsan Production
Diedarkan olehEmpire Film Solution
Tarikh tayangan
  • 24 September 2015 (2015-09-24)
Masa tayangan
100 minit
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu
BajetRM 1.5 Juta[1]
Pecah panggungRM 1.5 juta[2]

Plot sunting

Jwanita (Maya Karin) yang mengalami masalah mental akibat pernah didera secara mental dan fizikal akibat ibu (Datin Umie Aida) dan bapa angkatnya (Radin Intan), yang mengamalkan ilmu hitam. Jwanita kemudiannya bertemu dengan Farhan (Bront Palarae) yang merawatnya selepas dia membunuh kedua ibu bapa angkatnya dalam satu kejadian penuh tragis. Namun, segalanya musnah apabila Farhan yang dicintainya merupakan tunang kepada adik kandungnya sendiri iaitu Julaika (Cristina Suzanne Stockstill) yang terpisah daripadanya sejak kecil. Selepas menghilangkan diri pada hari perkahwinan Farhan dan Julaika, Jwanita muncul semula dengan perwatakannya yang jauh berbeza.

Jwanita mula menggoda Dr. Farhan, untuk berlaku curang terhadap Julaika dan menghasut anak-anak buahnya. Nona, pembantu rumah (Marsha Milan Londoh) telah diugut untuk tidak menganggu perancangannya selepas Nona ternampak Jwanita melakukan pemujaan. Namun, sebelum Nona sempat memberitahu majikannya mengenai kelakuan pelik Jwanita, dia telah dibunuh. Jwanita kemudiannya menghidupkan semula mayat Nona. Mayat Nona telah digunakan oleh Jwanita untuk mengganggu dua orang pekerja Dr. Farhan, sebelum mereka berdua turut dibunuh. Mayatt ketiga-tiga orang ini kemudiannya digunakan untuk menganggu pula hidup Julaika.

Julaika mulai menjauhkan anaknya dari Jwanita. Ketika Jwanita membawa anak-anak buahnya berjalan-jalan, Julaika menjumpai tempat pemujaan Jwanita. Jwanita marah apabila mengetahui Julaika telah menjumpai tempat pemujaannya. Jwanita mengejar dan cuba membunuh Julaika dan anak-anak buahnya. Jwanita hampir membunuh Julaika sebelum membawa lari anak-anak buahnya. Dr. Farhan kemudian mengejar Jwanita dan berjaya menghalang Jwanita dari membunuh anak-anaknya.

Dr. Farhan dan Julaika hampir selamat namun Jwanita sempat mencederekan Dr. Farhan. Jwanita kemudiannya membunuh diri bersama dengan membakar dirinya bersama-sama Dr. Farhan. Julaika dan anak-anaknya, walau bagaimanapun, selamat.

Pelakon sunting

 
Karitini (Datin Umie Aida) ketika sedang ketawa.

Penerbitan sunting

Pengarah filem, Osman Ali ini mengulas bahawa dia mendapat ilham untuk menghasilkan filem ini dari hasil pembacaannya mengenai kes-kes pembunuhan di akhbar. Filem ini ialah filem seram kedua arahannya selepas Puaka Tebing Biru yang ditayangkan pada 2007.[4] Watak Jwanita telah ditulis khas untuk Maya Karin[1] manakala watak Dukun pula dicipta khas untuk Datin Umie Aida yang pernah membintangi filem Dukun (2007). Filem ini juga merupakan filem seram pertama bagi Bront Palarae.[5] Sebanyak 10 tong dram darah sintetik telah diimport dari Thailand untuk digunakan sepanjang penggambaran filem ini.[6]

Sepanjang penggambaran, Maya Karin terlalu menjiwai watak Jwanita sehinggakan pengarah, Osman Ali dan Bront Palarae tidak berani mendekati dia ketika di set pengembaraan.[1][7] Filem ini telah menjalani pengambaraan di Kijal dan Kemaman Terengganu, Kuala Lumpur dan Kuala Kubu Baru.[1] Proses pengambaraan mengambil masa sebanyak sebulan, iaitu yang terpendek untuk Osman Ali.[1][8] Terdapat babak dimana Marsha digantung dan dihentak ke dinding berulang kali. Babak ini menyebabkan Marsha mengalami lebam di seluruh babak.[9] Walau bagaimanapun, proses pasca produksi telah menyebabkan filem ini memerlukan sebanyak tiga tahun sebelum dapat ditayangkan.[1]

Sambutan sunting

Filem ini menjadi mahsyur di media sosial sejak filem ini ditayangkan kepada umum.[10][11]

Tayangan sunting

Trailer bagi filem ini telah dimuatnaik ke YouTube pada 10 Julai 2015.Tayangan perdana filem ini telah dilakukan di GSC Nu Sentral pada 8 September 2015.Terdapat beberapa orang dilaporkan termuntah dan tidak dapat meneruskan menonton kerana terlalu seram.[12] Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 24 September 2015 di 57 pawagam.[13] Filem ini telah diberikan klasifikasi 18 oleh FINAS,[14] selepas 30 peratus dari babak ngeri dipotong oleh pengarah.[7] Selepas lima hari ditayangkan, filem ini berjaya mengumpul RM 600 ribu.[15] Selepas 21 hari ditayangkan, filem ini mengutip kutipan sebanyak RM 1.5 Juta.

Ulasan sunting

Rata-rata ulasan mengenai filem ini ialah bercampur.Kebanyakan pujian memuji lakonan Maya Karin serta elemen seram di dalam filem ini manakal kritikan dituju terhadap susunan polt yang serabut. Mohd Al Qayum Azizi dari mStar memuji arahan Osman Ali serta lakonan memberangsangkan dari Umie Aida, Marsha Milan Londoh dan Maya Karin. Dia juga tidak akan terkejut sekirannya Maya mendapat pencalonan Pelakon Wanita Terbaik untuk Festival Filem Malaysia (FFM). [16]

Deric Ect dari portal perfileman Dailyseni.com pula mengkritik filem ini sebagai "baik tetapi bukan terbaik". Dia mengulas "masalah dengan filem ini ialah Osman Ali." dan walaupun dengan persembahan memberangsangkan dari Maya Karin, plot cerita yang lintang pukang serta arahan pengarah merencatkan filem ini.[17]Dia turut menyatakan mungkin filem ini akan menyebabkan kejatuhan Maya Karin di dalam industri perfileman.

Runut bunyi sunting

"Dendam Cinta"
 
Single oleh Alyah
Dilancarkan pada2015
Dirakamkan pada2015
GenreBalada
Panjang3:35 minit
PenulisNurzaidi Abdul Rahman
PenerbitNuansa Sdn Bhd
sunting · sunting di Wikidata
 
Lihat pendokumenan templat ini

Lagu OST untuk filem ini ialah Dendam Cinta oleh Alyah.[18] Lagu ini telah dilancarkan di Hulu Kelang pada 18 Ogos 2015.[19]

Anugerah dan pencapaian sunting

Anugerah Kategori Penerima Hasil
Anugerah MeleTOP Era 2016 Bintang Filem MeleTOP Maya Karin Tercalon
Festival Filem Malaysia ke-28 Pelakon Wanita Terbaik Maya Karin Tercalon
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Cristina Suzanne Tercalon
Skor Muzik Asal Terbaik Nur Zaidi Abdul Rahman Tercalon
Anugerah Skrin 2016 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Filem) Cristina Suzanne Tercalon

Kesinambungan sunting

Pengarah filem ini, Osman Ali merancang untuk membuat sekuel bagi filem ini pada tahun 2016. Beliau turut menambah, untuk filem seterusnya, aspek pemasaran dan promosi akan lebih dilipatgandakan.[20]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e f Mohamad Ishak, Noor Ainulyakin (8 Ogos 2015). "Jwanita, filem seram kedua taruhan Osman Ali". Sinar Harian. |access-date= requires |url= (bantuan)
  2. ^ "TAYANGAN FILEM CEREKA TAHUN 2015". FINAS. Dicapai pada 2016-01-01. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  3. ^ Mohd Faizal, Shazryn (24 Julai 2015). "'Jwanita' filem seram kedua puluh lima Osman Ali selepas lapan tahun menanam anggur". The Rakyat Post. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-28. Dicapai pada 1 Januari 2016.
  4. ^ "Jwanita filem seram kedua Osman Ali". Sinar FM. 22 September 2015. Dicapai pada 2016-01-01. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)[pautan mati kekal]
  5. ^ "Kerana 'Jwanita', Bront Palarae Jauhi Maya Karin". Tonton Extra. 15 September 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 2016-01-01. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  6. ^ "Jwanita Buat Maya Karin Jadi Gila Meroyan, Kejam & Psiko". Murai.com.my. 22 September 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-01-06. Dicapai pada 2016-01-01. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  7. ^ a b (Inggeris)"Osman Ali cuts 30pc of 'Jwanita' scenes". The Malay Mail. 10 Ogos 2015. Dicapai pada 31 Disember 2015.
  8. ^ (Inggeris)Yeoh, Angelin (23 September 2015). "Maya Karin is the black magic woman in Jwanita". The Star. Dicapai pada 31 Disember 2015.
  9. ^ Syed Mahdi, Syed Musaddad (13 September 2015). "Jwanita uji Bront, Marsha". Utusan Malaysia. Dicapai pada 1 Januari 2016.
  10. ^ Shuib, Syafique (29 September 2015). "'Pertama kali terjerit-jerit dalam pawagam', netizen puji filem seram Jwanita". Astro Awani. Dicapai pada 31 Disember 2015.
  11. ^ "Non-Stop Menjerit! – Reaksi Netizen Bila Tonton Jwanita Yang Cukup Menyeramkan & 'Psycho' Tahap Menggigil". Ohbulan.com. 29 September 2015. Dicapai pada 2016-01-01. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  12. ^ "Filem Paling Seram, Jwanita Bakal Hantui Hidup Anda". Rotikaya.com. 25 September 2015. Dicapai pada 2016-01-01. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  13. ^ (Inggeris)"Three local films dominate Top 10 Malaysian box office chart this week". Astro Awani. 29 September 2015. Dicapai pada 31 Disember 2015.
  14. ^ (Inggeris)"Osman Ali happy with 18 rating for 'Jwanita'". The Malay Mail. 11 September 2015. Dicapai pada 31 Disember 2015.
  15. ^ (Inggeris)"Polis Evo, Jwanita continues performing strongly at the box office". Astro Awani. 6 Oktober 2015. Dicapai pada 31 Disember 2015.
  16. ^ Azizi, Al Qayum (28 September 2015). "'Jwanita' Sukar Dijangka, Bukan Sekadar Filem Seram". mStar. Dicapai pada 31 Disember 2015.
  17. ^ (Inggeris)Ect, Deric (22 September 2015). "THERE'S SOMETHING WRONG WITH 'JWANITA'". Dailyseni.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-01-16. Dicapai pada 2015-12-31. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  18. ^ Mohamad, Zaidi (4 Ogos 2015). "Osman Ali kembali dengan genre seram, pertaruh Jwanita". Berita Harian. Dicapai pada 1 Januari 2016.
  19. ^ Azam, Nadia (19 Ogos 2015). "Jwanita filem seram bebas tapisan". Malaysiakini. Dicapai pada 1 Januari 2016.
  20. ^ Ashari, Amirul Haswendy (27 Disember 2015). "Osman optimis Langit Cinta pergi jauh". Harian Metro. Dicapai pada 1 Januari 2016.

Pautan luar sunting