KL Gangster 2

Filem aksi jenayah Malaysia 2013 arahan Syamsul Yusof

KL Gangster 2 ialah sebuah filem aksi jenayah Malaysia 2013[1] arahan Syamsul Yusof dan terbitan bersama Skop Productions dan Grand Brilliance. Ia dibintangi oleh Aaron Aziz, Adi Putra, Soffi Jikan, Zizan Razak, Rosyam Nor dan Syamsul sendiri.[2] KL Gangster 2 merupakan filem prekuel kepada filem KL Gangster (2011).[3] Filem ini menelan kos penerbitan sebanyak RM4.5 juta dan telah memenangi dua dari tujuh pencalonan dalam Festival Filem Malaysia ke-26.[4] Ini merupakan filem terakhir Skop Productions yang menggunakan logo lama Skop Productions tahun 2002.

KL Gangster 2
Poster keluaran tayangan
PengarahSyamsul Yusof
PenulisSyamsul Yusof
Dihasilkan olehYusof Haslam
Dibintangi
Dikisahkan olehSyamsul Yusof
SinematografiOmar Ismail
Disunting oleh
  • Syamsul Yusof
  • Hisham Jupri
Muzik olehHafiz Hamidun
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehPrimeworks Studios
Tarikh tayangan
  • 3 Oktober 2013 (2013-10-03) (Malaysia)
Masa tayangan
115 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 4.51 juta
Pecah panggungRM 4.96 juta

Sinopsis sunting

KL Gangster 2 mengisahkan tentang bagaimana 2 orang adik-beradik iaitu Malek (Aaron Aziz) dan Jai (Adi Putra) secara tidak langsung terjebak dalam dunia gangster setelah kematian ayah mereka 10 tahun lalu. Semenjak kematian ayah mereka, kehidupan mereka sekeluarga dalam serba kesusahan di samping ibu (Ku Faridah) mereka sering ketakutan gara-gara ugutan dari kumpulan gangster yang menagih hutang ayah mereka. Disebabkan kesempitan wang dan keperitan hidup maka Jai menjadi semakin liar hingga sanggup melakukan apa saja demi wang bagi mengubah nasib hidupnya dan mendapat tentangan hebat dari keluarganya.

Malek semakin buntu memikirkan masalah yang dihadapi dan ditambah pula dengan laporan dari doktor yang mengesahkan ibunya mengidap penyakit barah. Sementara itu, Tailong (Rosyam Nor) merupakan antara gangster terbesar di KL yang giat menjalankan kegiatan-kegiatan haram. Segala tindak tanduk Tailong tidak disenangi oleh gangster-gangster lain namun terpaksa akur dengan kekuatan Tailong. Pada masa yang sama, King (Ridzuan Hashim) dan Shark (Syamsul Yusof) merancang untuk memperkukuhkan kedudukan bagi menjatuhkan Tailong dan meminta pertolongan dari rakan baiknya iaitu Malek dengan menawarkan ganjaran yang besar.

Malek menerima tawaran tersebut bagi menampung kos ibunya dan membayar hutang ayahnya. Namun kegiatannya tidak disenangi oleh ibunya dan dia dan Jai dihalau dari rumah. King menjadi lebih berkuasa atas bantuan Malek dan kehadirannya membuatkan Tailong berasa tergugat. Dia merancang untuk menghapuskan King dan Malek. Terjadi pertempuran hebat antara dua kumpulan gangster terbesar di KL apabila Tailong menyerang King dan Malek. Mereka hampir tumpas ditangan Tailong namun terselamat apabila polis tiba dan berjaya melepaskan diri. Pada masa yang sama, Malek ternampak “tattoo” yang sama di badan Tailong dan pembunuh ayahnya. Bermulanya konflik dan dendam antara Malek dan Tailong.

Apabila Tailong mendapat tahu Jai ialah adik Malek, dia menculik Zeti (Sheera Iskandar) dan memperkosanya di hadapan Jai. Jai tidak mampu berbuat apa-apa kerana orang-orang Tailong terlalu ramai. Malek pula mendapati ibunya cedera parah akibat dipukul orang Tailong. Dia tidak sempat ke sarang Tailong untuk menyelamatkan adik-adiknya kerana terpaksa bergegas ke hospital dengan ibunya. Tailong akhirnya memanggil Malek ke kawasan pelabuhan sekiranya dia ingin selamatkan adik-adiknya dalam pertembungan terakhir.

Dengan bantuan Shark, Ajib (Soffi Jikan) dan orang-orang mereka, Malek berjaya melenyapkan seluruh geng Tailong. Dia dan Jai akhirnya bersama-sama berjaya menumpaskan Tailong lalu menyerahkannya kepada Shark untuk ditembak mati. Mereka kemudian bergegas ke hospital untuk membayar bil hospital supaya ibu mereka boleh dibedah. Zeti dan ibu mereka enggan memaafkan Malek dan Jai kerana memusnahkan kebahagiaan keluarga mereka. Jai pula berdegil untuk terus kekal dalam dunia jenayah demi mencari wang. Malek pula diberkas polis setelah dianiaya oleh gengnya sendiri. Ketika dibawa ke balai, Malek berdoa pada Tuhan supaya keluarganya selamat sementara dia dipenjarakan.

Pada masa yang sama, Tailong telah mati. Dengan pemergian Tailong, Shark kini menjadi ketua bagi satu-satunya geng terkuat di KL. Shark juga telah merancang untuk memenjarakan Malek. Seterusnya berpusing balik ke KL Gangster 1.

Pelakon sunting

 
Rosyam Nor sebagai Tailong.

Pelakon utama sunting

Pelakon pembantu sunting

Pelakon tambahan sunting

Penampilan khas sunting

Penerbitan sunting

Filem yang menjalani penggambaran bermula 1 Disember 2011 dan memilih beberapa lokasi menarik seperti sekitar Kuala Lumpur, Lembah Klang dan Batu Gajah, Perak sebagai lokasi dan mengambil masa 45 hari untuk disiapkan. Skrip filem ini ditulis bersama oleh Syamsul Yusof dan Rizal Ashreff. Kos pembikinan filem ini dianggarkan berjumlah RM 4.51 juta termasuk promosi.[5]

Filem ini akhirnya mendapat khidmat aktor berkaliber Malaysia, Datuk Rosyam Nor selepas gagal untuk dibawa untuk filem pertamanya akibat masalah jadual waktu kerja yang padat. Menurut Syamsul, beliau memang menginginkan Rosyam berlakon filem bercorak aksi kerana watak dalam filem tersebut memang dicipta khas untuk beliau.[6] Kali terakhir Rosyam berlakon aksi ialah dalam filem Castello pada 2006.[7] Untuk menghidupkan watak Tailong, Rosyam mempelajari pergerakan dan sikap seperti reptilia seperti buaya, cicak dan ular. "Dia seperti reptilia, cara dia melihat orang, cara dia bergerak."[8]

Semasa pembikinan, pelakon Aaron Aziz menerima kecederaan di bahagian belakang semasa melakukan aksi pertarungan bersama Rosyam Nor.[9] Beliau dikejarkan ke hospital berdekatan untuk menerima rawatan.[10][11]

Penganalisis jenayah, Kamal Affandi Hashim turut berlakon dalam filem ini, sebagai penampilan cameo, yang mana beliau muncul dalam babak akhir filem ini.

Keluaran sunting

Promosi sunting

Dua bulan sebelum tayangan perdananya, treler rasmi filem KL Gangster 2 telah dimuat naik di YouTube pada 19 Ogos 2013 dan telah mencatat 127,762 tontonan.[12][13]

Tayangan dan kutipan sunting

Filem ini dikeluarkan pada 3 Oktober 2013 di pawagam seluruh Malaysia. KL Gangster 2 berjaya mendapat kutipan yang tinggi,[14] RM3 juta dalam tempoh lima hari tayangan, bermula 3 Oktober lalu termasuk tiga hari tayangan awal pada 27 hingga 29 September.[15][16] dan mendapat kutipan sebanyak RM 4.96 juta. Penerbit filem Datuk Yusof Haslam menyifatkan kutipan sebanyak RM5 juta untuk KL Gangster 2 sebagai satu rahmat buat karya arahan Syamsul walaupun ia telah disebarkan menerusi Internet dan menjadi mangsa cetak rompak sebelum ia ditayangkan.[17][18]

Ulasan kritis sunting

KL Gangster 2 menerima ulasan positif dari pengkritik. Nizam Malek dalam ulasannya berkata: "Penghasilan KL Gangster 2 ini juga dilihat amat halus kerana pelakon-pelakon dan cara persembahan adalah sama dengan filem KL Gangster yang sebelumnya, membuatkan KL Gangster 2 ini betul-betul ibarat satu kesinambungan yang kemas."[19] Dalam ulasan bercampur oleh Casey's Movie Mania yang mengulas, "Walaupun KL GANGSTER 2 menyampaikan beberapa seri perjuangan terbaik dan paling mendalam yang pernah dilihat dalam filem tempatan, plot masih bermain seperti parodi genre gangster. Walaupun plot masih memerlukan banyak penambahbaikan, ia tetap harus dilihat setiap peminat filem aksi."[20] Portal Thought on Films pula mengulas: ia mungkin adalah filem aksi yang paling berkesan yang pernah dihasilkan di Malaysia. Berkesan, kerana dari segi teknikal, sukar untuk benar-benar menyalahkan nilai penerbitan. Terdapat banyak aksi di sini, mulai dari adegan perarakan koreograf yang baik antara protagonis utama dan antagonis cerita kepada meniup kereta rawak yang benar-benar menambah adegan dan pencirian."[21] Nor Ashikin Abd Rahman dari AsiaOne mengulas "Walaupun ia sengit dan penuh aksi dari awal hingga akhir, filem itu juga menang dalam aspek emosinya kerana ia melalui ketegangan antara saudara-saudara yang berperang dan hubungan keluarga yang tegang."[22] Garret Dawum dari Utusan Malaysia mengulas: "Melatari sebuah filem aksi yang cukup dikoreograf dengan sebuah jalan cerita yang mudah, diadun dengan kisah pertelingkahan antara kumpulan-kumpulan kongsi gelap di sekitar Kuala Lumpur, yang merebut kawasan 'jagaan' mereka. Ia boleh dikatakan satu konflik realiti yang wujud dalam golongan masyarakat kota di sini."[23]

Kontroversi sunting

Pada 28 Ogos 2013, seluruh Malaysia digemparkan dengan penyebaran filem ini secara haram menerusi internet. Pihak penerbitan filem iaitu Skop Productions Sdn Bhd telah mengambil langkah segera dengan membuat laporan kepada pihak berkuasa bagi membendung penyebaran meluas filem ini.[24][25] Pengarahnya, Syamsul Yusof telah memberi amaran keras kepada pihak yang bertanggungjawab melakukan perkara tersebut. “Peringatan buat semua, pihak Skop Production dan Grand Brilliace akan mengambil tindakan keras kepada mana-mana individu yang mengedarkan atau memuat naik filem 'KL Gangster 2' tanpa kebenaran, di mana-mana media sekalipun. Kami dan pihak berkuasa akan mengambil tindakan habis-habisan untuk mengesan mereka yang bertanggungjawab," katanya yang memaklumkan perkara itu di akaun Facebook Dan Twitter miliknya.[26][27][28]

Susulan daripada insiden tersebut, pihak Skop Productions dan Grand Brilliance Sdn Bhd telah mengadakan sebuah sidang media tergempar bertempat di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) pada 30 Ogos 2013.Menurut Datuk Yusof Haslam, pihaknya sudah mendapat beberapa petunjuk mengenai isu penyebaran awal filem KL Gangster 2 dan buat masa ini, pihak berkuasa masih menjalankan siasatan untuk mencari bukti-bukti kukuh sebelum mendakwa mereka yang tidak bertanggungjawab itu ke muka pengadilan.[29][30]

Pelbagai pihak membuat spekulasi bahawa penyebaran filem ini didakwa berpunca daripada 'penglibatan orang dalam perfileman'.[31] Namun, kenyataan ini disangkal oleh Datuk Yusof Haslam. Menurut beliau, perbuatan tidak bertanggungjawab itu tiada kaitan dengan pembabitan orang dalam. "Hanya orang tertentu sahaja menyimpan CD asal filem ini. Saya syak bahawa ia bermula ketika kami melakukan pra-tayangan di sebuah pawagam dan ketika itu saya turut hadir dalam majlis itu. "Menurut Yusof, video yang tersebar itu serupa seperti yang ditayangkan waktu itu dan dia tidak menolak kemungkinan bahawa individu yang sama terlibat. "Filem yang berbentuk digital format itu memang senang untuk disalin malah boleh dimuatnaik terus ke internet untuk tontonan secara percuma."[32][33]

Datuk Yusof juga memaklumkan bahawa tayangan tersebut hanya merupakan filem awal yang belum disunting oleh Syamsul dan kualiti tayangan serta gambarnya juga sekadar 50% sahaja. Oleh itu, penerbit terkenal tersebut mengalu-alukan peminat filem tempatan untuk datang menyokong filem KL Gangster 2 itu di pawagam pada 3 Oktober depan bagi merasaikan pengalaman yang lebih memuaskan.[34][35][36]

Ekoran kes ini, penerbit baru Nusan Bakti Coorperation telah mengumpulkan 10 penerbit filem bumiputera dan mengambil inisiatif membeli sebanyak 5000 tiket filem tersebut dan akan diberikan kepada penonton. Antara penerbit yang terlibat ialah Suhan Movies & Trading Sdn Bhd, Global Station, Bright Network, Rumah Karya Citra, Line Clear Motion Pictures, KRU Studios, Pesona Pictures, Ace Motion Pictures, dan Vision Network.[37]

Muzik sunting

Lagu tema filem ini ialah "Jalan Bersimpang" nyanyian Fadali Mohd Darif atau Filsuf, bekas penyanyi kumpulan Ahli Fiqir duet bersama Sleeq, dikeluarkan pada 2 Oktober 2013.

Format dan senarai runut sunting

  • Muat turun digital
  1. "Jalan Bersimpang" – 3:42

Sejarah keluaran sunting

Negara Tarikh Format
Malaysia 2 Oktober 2013 Muat turun digital

Anugerah dan pencalonan sunting

Anugerah Kategori Penerima Keputusan
Festival Filem Malaysia ke-26 Filem Terbaik Dato' Yusof Haslam Tercalon
Pengarah Terbaik Syamsul Yusof Tercalon
Lakon Layar Terbaik Tercalon
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Datuk Rosyam Nor Menang
Penyunting Terbaik Syamsul Yusof & Hisyam Jupri Tercalon
Penataan Bunyi Terbaik Menang
Skor Muzik Asal Terbaik Hafiz Hamidun Tercalon
Anugerah MeleTOP Era Anugerah Filem Meletop Dato' Yusof Haslam Menang
Bintang Filem Meletop Aaron Aziz Menang
Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2014[38] Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Rosyam Nor Tercalon

Kesinambungan sunting

Tailong sunting

Sebuah siri filem spin-offs yang masih dalam perancangan dimana filem ini akan menceritakan kehidupan watak Tailong (Datuk Rosyam Nor) sebelum memasuki dunia gangster dan menjadi gangster terbesar di KL.

Abang Long Fadil sunting

Rujukan sunting

  1. ^ KL Gangster 2 tayang 3 Oktober Diarkibkan 2018-04-14 di Wayback Machine Kosmo! (1 September 2013). Dicapai pada 14 April 2014.
  2. ^ "KL Gangster 2" dijadualkan ditayang di Malaysia pada hari bulan 3 Oktober", Rotikaya, 29 Ogos 2013.
  3. ^ Feride Hikmet Atak (4 Oktober 2013). KL Gangster 2' Filem Termahal Arahan Syamsul Setaraf Hollywood Diarkibkan 2018-04-12 di Wayback Machine mSTAR Online. Diperoleh pada 14 Mac 2014.
  4. ^ Melati Pusaka (20 October 2013). Shamsul semakin matang dengan KL Gangster 2 Diarkibkan 2017-10-26 di Wayback Machine Free Malaysia Today. Retrieved on 1 March 2014.
  5. ^ Abd. Aziz Itar (12 Disember 2011). "KL Gangster 2 filem termahal Skop". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-12. Dicapai pada 18 Oktober 2013.
  6. ^ "KL Gangster 2 dirosakkan dengan kehadiran Rosyam Nor!". Perak Today. 23 Disember 2011. Dicapai pada 18 Oktober 2013.
  7. ^ "Rosyam menonjol, Soffi seimbang". Kosmo!. 30 September 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-12. Dicapai pada 18 Oktober 2013.
  8. ^ "Studying reptiles to play villain in 'KL Gangster 2'". The Star (Malaysia). 8 Oktober 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-14. Dicapai pada 18 Oktober 2013.
  9. ^ Aaron Aziz gangs up with Adi Putra The Star (Malaysia) (8 Oktober 2013). Diperoleh pada 12 April 2017.
  10. ^ Aaron Aziz Kemalangan di Lokasi KL Gangster 2 Sensasi Selebriti (10 Januari 2012). Diperoleh pada 12 April 2018.
  11. ^ Eddino Abdul Hadi (4 Oktober 2013). "Brothers gang up in KL Gangster 2". The Straits Times. Dicapai pada 18 Oktober 2013.
  12. ^ "KL Gangster 2 (2013) Official Trailer HD". YouTube. Dicapai pada 22 April 2017.
  13. ^ "Trailer Filem KL Gangster 2 Sungguh Ohsem". Sensasi Selebriti. 2 Ogos 2013. Dicapai pada 22 April 2017.
  14. ^ Hari pertama KL Gangster 2 kutip RM200,000 Sinar Harian (3 Oktober 2013). Dicapai pada 14 April 2014.
  15. ^ KL Gangster 2 Sudah Kutip RM3 Juta! Oh Bulan! (7 Oktober 2013). Dicapai pada 14 April 2014.
  16. ^ Filem KL Gangster 2 Kutip RM3Juta Tiga Hari Tayangan Sensasi Selebriti (6 Oktober 2013). Diperoleh pada 14 April 2014.
  17. ^ Mohd Al-Qayum Azizi (25 Oktober 2013). Yusof Haslam Anggap Rahmat 'KL Gangster 2' Kutip RM5 Juta mStar Online. Dicapai pada 1 November 2013.
  18. ^ Adi Putra yakin KL Gangster 2 raih kutipan tinggi Astro Awani (3 September 2013). Dicapai pada 3 Oktober 2013.
  19. ^ "KL Gangster 2 (2013): Review". Nizam Malek. Dicapai pada 18 Oktober 2013.
  20. ^ "KL Gangster 2 (2013): Review". Casey's Movie Mania. 8 Oktober 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-12. Dicapai pada 18 Oktober 2013.
  21. ^ "Action Speaks Louder Than Words – KL Gangster 2". Thought on Films. 18 Oktober 2013. Dicapai pada 18 Oktober 2013.
  22. ^ Nor Ashikin Abd Rahman (27 September 2013). "Movie review: KL gangster 2". AsiaOne. Dicapai pada 18 Oktober 2013.
  23. ^ Garret Dawum (26 September 2013). "Penampilan aksi hebat". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-14. Dicapai pada 18 Oktober 2013.
  24. ^ Filem KL Gangster 2 Bocor Ke Internet - Satu Strategi Pemasaran? Rotikaya (29 Ogos 2013). Dicapai pada 3 Oktober 2013.
  25. ^ Skop Production bakal ambil tindakan individu muat naik atau edarkan 'KL Gangster 2' Astro Awani (29 Ogos 2013). Diperoleh pada 3 Oktober 2013
  26. ^ Filem KL Gangster 2 bocor: Salah siapa? Izyan.com (30 Ogos 2013). Diperoleh pada 3 Oktober 2013.
  27. ^ Nazeri Nong Samah (7 Oktober 2013). KL Gangster 2 isytihar perang Diarkibkan 2017-03-02 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Diperoleh pada 1 Mac 2014.
  28. ^ Aida Sue (2 September 2013). Isu filem KL Gangster 2 yang ‘bocor’ di internet, VCD haram filem itu dijual hanya RM5 Wanista. Diperoleh pada 2 Oktober 2013.
  29. ^ Raziatul Hanum A. Rajak (29 Ogos 2013). KL Gangster 2 bocor, Syamsul lapor polis Sinar Harian. Diperoleh pada 1 Mac 2014.
  30. ^ KL Gangster 2 Bocor Ke Internet? Selebriti Online (30 Ogos 2013). Dicapai pada 3 Oktober 2013.
  31. ^ SYAMSUL YUSOF BERANG 'KL GANGSTER 2' BOCOR Diarkibkan 2017-04-13 di Wayback Machine Media Hiburan. 29 Ogos 2013.
  32. ^ Nor Atieyah Yusoff (30 Ogos 2013). KL Gangster 2 bocor: Pawagam jadi dalang? Sinar Harian. Dicapai pada 3 Oktober 2013.
  33. ^ Syamsul Yusof Kecewa KL Gangster 2 Tersebar Di Internet Oh Bulan! (29 Ogos 2013). Dicapai pada 3 Oktober 2013.
  34. ^ Feride Hikmet Atak (12 September 2013). Syamsul vows to give up film-making The Star Online. Diperoleh pada 14 Mac 2014.
  35. ^ Budiey (30 Ogos 2013). KL Gangster 2 Bocor Di Internet Syamsul Beri Amaran Sensasi Selebriti. Dicapai pada 3 Oktober 2013.
  36. ^ Kecewa KL Gangster bocor, Syamsul Yusof mahu bersara Diarkibkan 2018-04-12 di Wayback Machine Beritasini. Dicapai pada 3 Oktober 2013.
  37. ^ 10 Penerbit Beli 5000 Tiket 'KL Gangster 2' Untuk Penonton Malaysian Digest (9 Oktober 2013). Diperoleh pada 18 April 2014.
  38. ^ Psiko Pencuri Hati, Kolumpo tambat hati pengkritik filem Astro Awani (12 September 2014). Dicapai pada 11 April 2015.

Pautan luar sunting