KRI Katon (810) adalah kapal perang milik tentera laut Indonesia yang dilancarkan pada tahun 2004.

KRI Katon adalah kapal perang jenis bot peronda pantas yang dibina sendiri di Fasilitas Pemeliharaan dan Perbaikan TNI-AL. KRI Katon yang sepanjang 36 meter dilengkapi dengan meriam ringan Hispano-Suiza 20 milimeter.

Pelancaran dan penauliahan kapal perang tersebut dilakukan oleh Kepala Staf TNI-AL, Laksamana TNI Bernard K Sondakh di dermaga Komando Lintas Laut Militer TNI-AL, Jakarta.

KRI Katon (810) merupakan kapal tentera laut Indonesia jenis bot peronda pantas yang sentiasa bersedia mempertahankan negara Indonesia. KRI Katon memenuhi keperluan Indonesia dan berperanan mempertahankan Indonesia dari kapal-kapal musuh. KRI Katon dibina oleh Kemudahan Pemulihan dan Pembaikian tentera laut Indonesia Fasharkan Mentigi, Tanjung Uban, Riau.

Pelancaran dan penauliahan kapal perang tersebut dilakukan oleh Kepala Staf TNI-AL, Laksamana TNI Bernard K Sondakh di dermaga Komando Lintas Laut Militer TNI-AL, Jakarta.

Kapal peronda ini yang dibina dengan gentian kaca ini ringan dan mampu beroperasi di kawasan air cetek yang tidak mampu dihampiri oleh kapal perang biasa

Kapal lain dalam kelas yang sama adalah KRI Boa, KRI Welang, KRI Suluh Pari, KRI Katon, KRI Sanca, KRI Warakas, KRI Tedong Naga, KRI Panana, KRI Kalakae.

KRI Katon dilengkapkan untuk misi meronda dan dengan kelajuan tinggi ia mampu bertindak sebagai peninjau dalam pertempuran kapal ke kapal di permukaan laut "anti-surface warfare".

TORPEDO sunting

Tiada maklumat

PELURU BERPANDU sunting

Tiada maklumat

MERIAM sunting

KRI Katon yang sepanjang 36 meter dilengkapi dengan sepucuk meriam ringan meriam Oerlikon 20 mm/70 yang mampu memuntahkan 250 - 320 biji peluru seminit. Jarak berkesannya adalah sejauh 4.3 kilometer dengan berat peluru .1 kilogram.

Meriam Oerlikon 20 mm/70 ini menawarkan pertahanan udara jarak-dekat terhadap pesawat sayap kekal dan pesawat sayap berputar. Selain itu ia merupakan senjata bagi menentang kapal-kapal kecil (terbatas).

Selain itu ia juga dilengkapi dengan 1 - 2 pucuk mesingan 12.7 mm sebagai senjata sampingan.

PENANGKIS "COUNTERMEASURES" sunting

Tiada maklumat

PENGESAN sunting

Tiada maklumat

TUJAHAN sunting

KRI Katon memiliki 3 enjin MAN 1100HP D2842 LE 410 yang berkeupayaan memecut kapal yang seberat 90 tan ini pada kepantasan 33.8 knot. Mempunyai dimensi 36 meter x 7 meter. Mempunyai anak kapal seramai 20 anak kapal.

Pautan luar sunting