Kabel sepaksi adalah kabel elektrik yang terdiri daripada wayar pengalir bulat, dikelilingi oleh penebat, dikelilingi sarung pengalir silinder, dan biasanya dibalut oleh lapisan akhir penebat.

Kabel coaxial boleh lentur gred radio.
A:Sarung plastik luar
B:skrin tembaga
C:penebat dalam eletrik
D:teras tembaga

Kabel ini direka bagi membawa isyarat jalur lebar atau berfrekuensi tinggi, seperti dalam talian pemancar berfrekuensi tinggi. Kadang kala arus terus (direct current) (dipanggil bias) ditambah kepada isyarat bagi membekalkan kuasa kepada peralatan dihujung, seperti penerima satelit pemancar langsung. Disebabkan medan elektromagnetik yang membawa isyarat wujud (secara ideal) hanya antara ruang antara pengalir dalam dan luar, ia tidak mengganggu atau diganggu gangguan daripada medan elektromagnetik luar.

Kabel coaxial boleh jadi tegar atau mudah lentur. Jenis tegar mempunyai pembalut pejal, sementara jenis mudah lentur mempunyai pembalut berjalin, kedua-dua biasanya diperbuat dari wayar tembaga halus. Penebat dalam, juga dikenali sebagai dielektrik, mempunyai kesan jelas pada ciri-ciri kabel, seperti ciri-ciri galangan (impedance) dan (attenuation). Dielektrik juga mungkin penuh atau berlubang dengan ruang udara. Sambungan pada hujung kabel coaxial biasanya dibuat dengan penyambung RF.

Elektromagnetik sunting

Penyaluran wayar terbuka mempunyai ciri-ciri yang gelombang elektromagnetik bergerak melalui talian terserak kepada ruang mengelilingi wayar selari. Talian ini kurang kehilangan kuasa, tetapi mempunyai kesan sampingan. Ia tidak boleh dibengkokkan, dipilin atau dibentuk tanpa mengubah ciri-ciri galangan (impedance) mereka. Ia juga tidak boleh dipasang sepanjang atau dilekatkan pada sebarang bahan pengalir, kerana medan yang terserak akan menghasilkan arus dalam pengalir berhampiran menyebabkan radiasi yang tidak diingini dan talian tidak sempurna (detuning).

Talian coaxial menyelesaikan masalah ini dengan menghadkan gelombang eletromagnetik pada kawasan dalam kabel, antara teras pengalir dan penghadang. Talian itu sendiri membentuk pemandu gelombang sepaksi, dan pengaliran tenaga dalam talian dengan itu hanya berlaku sepenuhnya melalui gelombang yang mengalir dalam kabel antara pengalir. Talian coaxial dengan itu boleh dibengkokkan dan dipilin tanpa kesan negatif, dan ia boleh dilekatkan pada bahan penyokong pengalir tanpa menghasilkan arus tidak diingini pada bahan pengalir tersebut.

Talian sepaksi diisi dengan bahan dielektrik yang mengekalkan jarak antara teras pengalir dan pelindung. Malangnya, semua dielektrik meningkatkan galangan, dengan itu menyebabkan kebanyakan talian coaxial kurang berkesan berbanding talian wayar terdedah.

Parameter penting sunting

Jenis kabel piawai sunting

Pautan luar sunting