Kadbod merupakan istilah umum bagi sejenis kertas tugas berat yang berbagai-bagai kekuatannya, baik susunan ringkas sehelai kertas tebal mahupun bentukan kompleks yang terdiri daripada banyak lapisan gelugur mahupun tak gelugur.

Pelbagai bentukan kadbod gelugur.

Biarpun meluas disebutkan dalam bahasa umum,[1][2] namun istilah "kadbod" sudah dilupuskan dari kegunaan perniagaan dan industri.[3] Pengeluar bahan, pengilang kontena,[4] jurutera pembungkusan,[5] mahupun pertubuhan piawaian,[6] cuba menggunakan peristilahan yang lebih spesifik.


Jenis sunting

Pelbagai stok kad sunting

Terdapat pelbagai jenis kad yang boleh bergelar "kadbod". Antaranya, kertas tebal (pelbagai jenis) atau kertas berlapis yang digunakan untuk membuat kad nama, kad bukaan, poskad, daun teruk, kulit katalog, papan penjilid, buku skrap, dan lain-lain kegunaan yang memerlukan bahan yang lebih tahan lasak daripada kertas biasa.

Papan kertas sunting

Papan kertas merupakan bahan berasaskan kertas yang ketebalan lazimnya kurang daripada 10 mil (0.010 inci (0.25 mm)). Ia sering digunakan untuk membuat karton berlipat, bungkusan berkad, dsb. Antara bentukan papan kertas:

Papan gentian gelugur sunting

Papan gentian gelugur merupakan kombinasi papan kertas, iaitu lazimnya dua lapik pipih dengan selapis pengantara gelugur berjejalur di dalam. Lazimnya digunakan untuk membuat kotak gelugur untuk pengangkutan atau menyimpan barang.

Rujukan sunting

  1. ^ [1]
  2. ^ [2][pautan mati kekal]
  3. ^ Walter Soroka, Illustrated Glossary of Packaging Terminology, p. 154
  4. ^ What is Corrugated?. Fibre Box Association. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-04. Dicapai pada 2014-12-17.
  5. ^ Soroka, W. Illustrated Glossary of Packaging Terminology (ed. Second). Institute of Packaging Professionals.
  6. ^ D996 Standard Terminology of Packaging, and Distribution Environments. ASTM International. 2004.