Kafe kucing (کافي کوچيع) atau kafe neko (کافي نى کو) ialah sejenis kafe yang bertemakan kucing, di dalamnya penyewa khidmat boleh bermain dan memanja-manjakan kucing. Pemilik akan menawarkan makanan kucing jika penyewa ingin memberikan peliharaan itu makan.[1] Baka kucing yang dipakai oleh pemilik kafe lazimnya merupakan baka kucing yang eksotik dari luar Asia Tenggara (contoh: Chartreux, Mau arab, Kucing don dan lain-lain).

Sebuah kafe kucing di Kyoto bernama Nekokaigi.

Pelanggan membayarkan yuran khidmat yang dihitung dari setiap jamnya atau memilih satu pembayaran bagi masa tertentu.

Sejarah sunting

 
Sebuah kafe kucing bernama "Cats Republic" di Saint Petersburg, Russia

Kafe kucing pertama di dunia bernama "Cat Flower Garden" (貓花園), buka di Taipei, Taiwan, pada tahun 1998 dan perlahan menjadi salah satu tempat pelancong yang cukup populer. Dasar daripada istilah kafe kucing atau kafe neko yang popular sehingga kini menguntum di negeri Jepun, kafe kucing yang paling pertama buka di negara itu ialah "Neko no Jikan" (harafiah. "Masanya bagi Kucing") pada bandar Osaka tahun 2004. Sebab ramainya penduduk Jepun yang terpusat di wilayah perbandaran, banyak dari flat atau apartemen yang tidak membolehkan kepemilikan haiwan peliharaan, sehingga di negara ini kafe kucing begitu digemari bagi anak-anak muda yang ingin merasakan bermanja-manja dengan kucing. Kafe kucing perdana di Tokyo ialah "Neko no Mise" (Kedai Kucing), mula beroperasi pada tahun 2005. Selepas pembukaan di Tokyo, kepopularan kafe kucing di Jepun semakin bertambah bahkan menyebar ke pelbagai negara.

Kafe kucing pertama di Malaysia ialah Meow Meow Cafe dari Pulau Borneo di bandar Kuching, Sarawak pada tarikh 30 Ogos 2014. Kafe kucing perdana di Semenanjung, ditubuhkan tidak lama selepasnya pada akhir tahun 2014 bernama Country Cat Cafe yang berada di Setapak, Kuala Lumpur. Pada 20 Februari 2022, salah satu daripada syarikat jenama haiwan peliharaan Jepun, Coo & Riku telah membuka ranting kafe kucingnya di Bukit Bintang. Kafe kucing di Malaysia lazimnya banyak ditemui di beberapa bandar besar negara sebagai contoh Choco Neko di Masai, Johor Bahru.

Rujukan sunting

  1. ^ "cat café Meaning in the Cambridge English Dictionary". dictionary.cambridge.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-06-10.