Kakaktua Jambul Kuning

Kakaktua Jambul Kuning, Cacatua sulphurea, juga dikenali sebagai Kakaktua Jambul Sulfur Kecil adalah sejenis burung kakaktua bersaiz sederhana (sekitar 34 sm panjang) dengan warna bulu pelepah putih, kulit berwarna putih kebiruan, kaki kelabu, paruh hitam dan jambul kuning yang boleh ditegakkan. Kedua-dua jantina mempunyai penampilan fizikal yang sama.

Kakaktua Jambul Kuning
Seekor Kakaktua Jambul Kuning di Taman Burung Tropika, Leicestershire, England
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Superkeluarga:
Keluarga:
Subkeluarga:
Tribus:
Genus:
Subgenus:
Spesies:
C. sulphurea
Nama binomial
Cacatua sulphurea
Gmelin, 1788
Taburan asal (biru) dan dibawa masuk (merah) C. sulphurea

Kakaktua Jambul Kuning boleh ditemui di kawasan berhutan dan yang dibangunkan di Timor Timur, kepulauan Sulawesi serta Sunda Kecil di Indonesia. Ia mudah dikelirukan dengan Kakaktua Jambul Sulfur yang lebih besar dan mudah dijumpai. [2][3], yang mana bertaburan di kawasan timur dan boleh dibezakan melalui kekurangan warna kuning pucat di pipinya. Selain itu, warna jambul pada Kakaktua Jambul Kuning lebih terang, mendekati kepada warna oren.[4] Kakaktua Jambul Sitron, yang mana merupakan subspesies bagi Kakaktua Jambul Kuning, mempunyai jambul yang berwarna oren.[5]

Diet Kakaktua Jambul Kuning terdiri dari bijirin, bebawang, buah-buahan, kekacang dan tumbuhan herba.

Pembiakkan sunting

Kakaktua Jambul Kuning bersarang di dalam lubang pokok. Telurnya berwarna putih dengan dua biji telur pada setiap musim. Pengeraman dilakukan bergilir-gilir di antara burung betina dan jantan. Telur akan dieramkan selama kira-kira 28 hari dan anak burung akan meninggalkan sarang sekitar 75 harii selepas menetas.[5]

Rujukan sunting

  1. ^ Bird, J., Butchart, S., Symes, A. (2008) Cacatua sulphurea Dalam: IUCN 2009. IUCN Red List of Threatened Species. Versi 2009.1. www.iucnredlist.org Diterima pada 10 February 2010.
  2. ^ BirdLife Species Factsheet, retrieved 10 February 2010
  3. ^ Birds in backyards factsheets: Sulphur-crested Cockatoo
  4. ^ Yellow-crested and Sulphur-crested Cockatoo on Flickr - Photo Sharing!
  5. ^ a b Alderton, David (2003). The Ultimate Encyclopedia of Caged and Aviary Birds. London, England: Hermes House. m/s. 204. ISBN 1-84309-164-X.

Pautan luar sunting