Kakaktua Mejar Mitchell

Kakaktua Mejar Mitchell (Lophochroa leadbeateri) juga dikenali sebagai Kakaktua Leadbeater atau Kakaktua Merah Jambu, adalah seekor kakaktua bersiz sederhana yang hidup di kawasan separa gersang atau gersang di tanah besar Australia.

Kakaktua Mejar Mitchell
Seekor kakaktua Mejar Mitchell yang dibesarkan di Queensland, Australia
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Subkeluarga:
Genus:
Lophochroa

Bonaparte, 1857
Spesies:
L. leadbeateri
Nama binomial
Lophochroa leadbeateri
(Vigors, 1831)
Subspesies

C. (L.). l. leadbeateri  (Vigors, 1831)
C. (L.). l. mollis  (Mathews, 1912)

Taburan kakaktua Mejar Mitchell (warna merah)
Sinonim

Keterangan sunting

 
Seekor burung dewasa memanjat sebatang pkok di Zoo Melbourne

Kakaktua ini memiliki bulu yang berwarna merah jambu-ikan salmon dan putih lembut, dan dada yang berwarna kuning dan merah terang. Umumnya, ia dianggap sebagai burung kakaktua yang paling cantik. Namanya diberikan bersempena Mejar Sir Thomas Mitchell.

Status pemuliharaan sunting

Australia sunting

Kakaktua Mejar Mitchell tidak disenaraikan sebagai spesies terancam dalam Akta Pemuliharaan Kepelbagaian Bio dan Perlindungan Alam Sekitar 1999.

Victoria sunting

  • Kakaktua Mejar Mitchell disenaraikan sebagai terancam dalam Akta Jaminan Flora dan Fauna (1988) Victoria.[1] Di bawah akta ini, sebuah Pelan Tindakan untuk pemulihan dan pengurusan masa depan ke atas spesies ini telah disediakan.[2]
  • Pada tahun 2007, berdasarkan senarai nasihat bagi fauna bertulang belakang yang terancam di Victoria, spesies ini disenaraikan sebagai terancam.[3]

Budaya sunting

 
Cookie, seekor kakaktua berusia 78 tahun, ditempatkan di Zoo Brookfield

Seekor kakaktua Mejar Mitchell yang agak terkenal adalah "Cookie," seekor penghuni yang digemari di Zoo Brookfield Illinois berdekatan Chicago sejak dibuka pada tahun 1934. Setakat 25 Jun 2011, Cookie berumur 78 tahun dan bersara dari pertunjukkan aktif. Ia kini disimpan di dalam pejabat penjaga di Rumah Burung Perching.

Galeri sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Department of Sustainability and Environment, Victoria
  2. ^ "Department of Sustainability and Environment, Victoria" (PDF). Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2006-09-20. Dicapai pada 2006-09-20.
  3. ^ Victorian Department of Sustainability and Environment (2007). Advisory List of Threatened Vertebrate Fauna in Victoria - 2007. East Melbourne, Victoria: Department of Sustainability and Environment. m/s. 15. ISBN 978-1-74208-039-0.

Pautan luar sunting